Sunday, November 27, 2011

Kita semua sama.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahimm..

Bukan mudah untuk berubah daripada satu benda yang kita dah biasa buat, walaupun perkara itu berdosa. Tanpa keazaman yang betul-betul teguh, ditambah lagi dengan pengaruh persekitaran yang tidak membantu, usaha untuk melakukan perubahan pasti sukar dan terbantut. Cik arkitek pernah membaca nukilan salah seorang kolumnis majalah GenQ. Bagaimana seorang pelajar yang terdetik di hatinya untuk berubah, tetapi niat itu hanya mati di situ apabila mereka yang berada di sekelilingnya sering memandang negatif dan menuding jari ke arahnya setiap kali ada perkara buruk yang terjadi. Padanya, 'sia-sialah aku jadi baik, dah kalau semua orang tak percaya pun pada aku. Semua orang anggap aku ni jahat walaupun aku dah berubah. Kalau macam tu, baik aku terus jadi diri aku. Diri aku yang selalu mereka perkatakan, yang selalu mereka burukkan.' Bukan seorang dua yang rasa macam ini.  Rasanya semua orang yang kita kata mereka jahat, ada terdetik di hati mereka perasaan seumpama ini. 

#Kenapa yakin sangat? Kalau dah jahat tu tetap jahatlah jugaa..



Semua orang fitrahnya bersih. Suci. Pernah cik arkitek terdengar suatu kisah di mana, ada seorang mat rempit yang kalau sekali kita pandang, kita pun takut nak dekat, dengan gaya samsengnyaa. Tapi, si mat rempit ini tadi, telah berhenti di tepi jalan semata-mata untuk mengangkat bangkai kucing di tengah jalan. Itu kisah yang dikongsi dari seorang doktor. Si doktor yang pada awalnya menyangka dirinya hebat, kerana menyelamatkan nyawa orang tiap-tiap hari, terkedu. Tidak terlintas di hatinya untuk melakukan tindakan seperti mat rempit tu. Mungkin anda kata perkara kecil je. Membuang benda yang menghalang jalan, itu perbuatan baikkan..? Sejahat-jahat manusia pun, pasti ada satu sudut dalam hatinya dia mahu bertaubat dan betulkan diri dia. Tapi, itulah persekitaran tak membantu. Orang sekeliling hanya tahu mengata, mengata dan mengata. Kalau tak kuat, memang payah nak berubah. Kenapalah kita ni suka sangat nak menghukum orang? Tak boleh ke kita ni bantu mereka. Bukan sesuka hati je kata 'awak tu dah jahat sangat. Allah pun tak ampunkan awak. Neraka jelah tempatnya..' Siapa kita nak hukum orang, cakap mereka ni penghuni syurga ke neraka. Allah je yang tetapkan semua tu. Jangan sebab kita rasa kita ni banyak ilmu&amal, kita dah layak masih syurga, dan kita dah layak untuk hukum orang lain! Ingat, kita masuk syurga BUKAN sebab AMAL kita, tapi sebab RAHMAT ALLAH.

#Orang jahat ni, bukannya boleh percaya sangat. Silap hari bulan, dia kenakan kita balik.

Apa kata kalau kita berbaik sangka. Lebih baik, kita berbaik sangka. Tapi, perlu berpada-pada jugalah, jangan sampai macam drama-drama TV. Setidaknya, kita raikanlah mereka yang nak berubah ni. Kita kongsikan berita-berita gembira, seperti Allah suka orang yang bertaubat. Bukannya mencemuh dan mematahkan semangat ingin berubah dalam diri mereka. :)

Kita jangan sesekali rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Boleh jadi, orang yang kita kata kita lebih baik dari dia itu akan mati dalam khusnul khatimah. Kita pula sebaliknya. Siapa tahu. Kita semua sama pada hakikatnya. Sama-sama ada kekurangan. Sama-sama harapkan rahmat Allah dalam kehidupan. Hanya takwa yang membezakan. Jangan jadikan diri kita sebagai penyebab mengapa orang lain tidak berubah ke arah kebaikan. Jangan benci orang kerana kesalahan yang mereka lakukan, tapi benci apa yang mereka lakukan. Siapa kita nak benci orang lain, sebab kita semua sama!

#Kalau mereka tu betul-betul nak berubah, mereka mesti istiqamah. Takkan cakap sikit terus down?

Mereka manusia. Mereka sedar diri mereka pernah buat silap. Mereka mungkin takut untuk bangkit bersama kesilapan tu. Walaupun dah berlalu, benda tu masih membelenggu mereka. Kalau yang kuat, alhamdulillah. Manusia, kann. Kita pun, kalau orang kata lebih-lebih, semangat kita pun hilang. Lagi-lagi dengan keadaan sekeliling yang memang tak membantu. Semuanya dunia. Jadi, bila mereka datang cari kita, dan nyatakan hasrat untuk berubah tu, apa salahnya kita raikan. Jangan pula kita hukum macam-macam. :)

Salam maal hijrah 
1433 :)
Wallahua'lam,
wassalam,
cik arkitek.

Saturday, November 26, 2011

Kita satu! :)

Photobucket



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Hari ini, cik arkitek tak tahu kenapa cik arkitek terlintas nak tulis tentang kita. Tentang kita, umat islam di Malaysia, khususnya. Tak perlu nak pergi jauh-jauh. Dalam negara kita dulu. 


Kita sibuk tuding-tuding jari pada orang lain. Kita sibuk tuduh-menuduh sesama sendiri. Si A kata si B. Si B kata si A. Takut nanti, akhirnya si C yang menyelinap. Kita sama-sama mengaku islam. Sama-sama kata nak perjuangkan agama. Tapi, kenapa kita saling bertelagah sesama kita sendiri? Semua orang kan, ada kelemahan masing-masing. Semua orang juga ada kelebihan. Semua tu Allah jadikan bertujuan supaya kita saling berkerjasama, dan bukan kita saling mengaibkan, saling memfitnah semata-mata kerana nakkan pangkat dunia. Takut nanti, musuh Allah yang mengambil tempat. Musuh Allah dah lama dah tengok kita bertelagah macam ni. Mereka cuma tunggu masa saja. Mereka dah buang rasa malu pada pemuda-pemudi islam. Mereka dah letak keseronokan dunia dalam hati pemuda-pemudi islam. Mereka dah buat pemuda-pemudi islam semua jatuh dalam pelukan dunia. Mereka dah campakkan rasa kasih kepada dunia dan takut mati dalam diri pemuda-pemudi islam! Dengan mudah mereka lakukan semua itu. Dengan mudah mereka hilangkan semangat juang pemuda-pemudi islam. 

Ya, kami! Kami, generasi muda yang beragama islam. Letih. Pandang kiri, pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam. Macam-macam ragam manusia. Macam-macam dosa yang diperlihatkan di hadapan kami. Konsert sana, konsert sini. Filem itu, filem ini. Semuanya mengagunggkan dunia. Pandang kanan, pemimpin yang saling bertelagah. Rebutkan pangkat dan harta dunia. Yang menjadi mangsa, generasi muda juga. Memfitnah, menjelekkan orang lain, mengaibkan orang lain bukan lagi perkara biasa, tapi dianggap norma.

Bukan mahu menyalahkan sesiapa, tapi mengajak semua orang bermuhasabah diri. Perbetulkan diri sendiri. Semuanya mula daripada diri sendiri. Kalau semua orang berubah, semua orang perbaiki diri, insyaAllah, akan lahir masyarakat islam yang kukuh di negara kita! Akan lahir masyarakat yang benar-benar sedar dan mengamalikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah untuk memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah Allah. 



Betulkan mereka yang salah dengan cara yang betul. Betulkan kesilapan mereka, dan bukan menghukum, memburuk-burukkan mereka bahkan memfitnah mereka. Yang paling penting, betulkan niat. Setelah itu, betulkan cara. Niat biar benar-benar telus kerana Allah. Cara biar yang benar-benar menepati syariat Allah. Kita hidup atas muka bumi ini, ada aturannya. Bukan boleh buat main sesuka hati. Semua itu perlukan ilmu. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu. Bukan pemimpin yang mengikut nafsu, rakyat yang buat keputusan terburu-buru.

Apabila umat islam bersatu, kita akan mampu mengemudikan negara kita berlandaskan syariat Allah. Tiada persengketaan. Musuh Allah jadi gerun dengan kekuatan yang kita ada. Bukan kekuatan zahir. Tapi, kekuatan batin, kekuatan semangat juang kita, umat islam dalam memperjuangkan agama Allah. Amin. Insya Allah, one dayy.

"saya nak pergi belajar ke Universiti Yarmouk, Jordan! Saya nak faham agama! Saya nak bantu saudara-saudara saya! Saya nak bangunkan negara saya!" ya Allah, permudahkanlahh. Amin.

"ya Allah, satukan hati kami di atas jalanMu."
wassalam,
cik arkitek.

Thursday, November 24, 2011

Remaja & Majlis ilmu.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)

Alhamdulillah, nak dekat seminggu dah cuti sekolah, kann. Cik arkitek hanya mampu terperap di rumah, menghadap skrin ni, menghadap apa saja buku yang menarik. Masing-masing mesti ada plan kann? Keluar buat reunion-lah, outing dengan kawan-kawan, main bowling, tengok wayang. Seronoknya.. Tapi, tak ke lagi seronok kalau kita dapat sertai majlis ilmu. #bosan! Mana ada bosan. Kalau niat kita kerana Allah, kita takkan rasa bosan. Kalau kita letakkan menuntut ilmu sebagai satu kewajipan ke atas diri kita sebagai seorang muslim, ada rasa tanggungjawab, kita takkan rasa bosan walau sedikit pun. Paling tidak pun, seminggu sekali. Kalau dah memang tak boleh sangat, sebulan sekali pun jadilah. Kuliah-kuliah di surau kejiranan mana-mana pun mesti banyak. Apa salahnya join, kan majlis ilmu macam tu umpama taman syurga. Malaikat doakan orang menuntut ilmu ni. :)


#Pergi kuliah? Macam mak cik pak cik je.

Aikk, sejak bila ada law yang kata cuma generasi mak cik pak cik je boleh pergi kuliah? Kita yang muda-muda ni lah kena rajin-rajinkan diri pergi berbagai-bagai kuliah. Banyak yang kita kena belajar. Nak jalani hidup dengan cara yang benar-benar diredhai Allah, mesti dengan ilmu. Kalau nak ilmu, kena belajarlah kann? Kita jangan cakap, 'alah, nanti dah pencen, aku ulang aliklah dari surau. Semua kuliah tak tinggal.' Kita belum tentu ada peluang tu. Orang bertuah saja dapat.Selagi kita ada peluang ni, manfaatkanlah. Tak rugi duduk majlis ilmu.

#ehmmm, memang tak rugi..

Okaylah, Bukan nak paksa "Hari-hari kena pergi kuliah maghrib. Jangan tinggal satu pun!" Kita ajak. Benda baikkan. Tak perlulah hari-hari, paling tidak untuk permulaan, kalau ada majlis ilmu sempena apa-apa Majlis Sambutan Perayaan umat islam, joinlahh. Contoh paling dekat, tak lama lagi maal hijrah. Mestinya, surau-surau/ masjid-masjid dekat kawasan kejiranan tu adakan ceramah.

#Ala, mesti cakap benda sama. Topik sama. Tiap-tiap tahun, benda yang sama je diulang. Bosanlahh~

Kita kan manusia. Memang kena selalu diingatkan dengan perkara yang sama. Dalam menuntut ilmu ni, kita jangan rasa, 'Aku dah cukup hebat! Aku dah tahu semua benda!' Kita kena rendah diri. Walaupun kita dah tahu tentang sesuatu perkara tu, kita anggap saja itu satu bentuk peringatan. Nak ingatkan kita balik. Nak suruh kita muhasabah diri ke mana ilmu tu kita guna. Kalau kita kata kita dah tahu dah, tapi tindakan kita, sikap kita macam orang yang tak pernah tahu, susahlahh. Ilmu tanpa amal macam pokok tiada buah. Itu bukan saya kata, tapi pepatah arab.

Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. (HR. Ath-Thabrani)


#ermm, seganlahh. Mak cik pak cik je yang ramai kat majlis ilmu. Mana ada kawan sebaya.

Memang payah sikit. Remaja macam kita-kita ni, memang semua benda nak ada kawan. Itulah, yang cik arkitek cuba tepis. Ini pengalaman cik arkitek, dulu nak pergi kuliah subuh tu, berat je. Yelah, pagi-pagi. Orang muda lain dok sambung tidur lagi. Memang ibu pun tak paksa. Tapi, lama-lama, berjinak sikit-sikit, rasa seronok pula. Mula-mula, memang macam kena paksa. Memang mula-mula seganlah, tengok semua orang yang baya ibu, abah je. Dan, cik arkitek sangat bertuah kerana memang ada seorang rakan yang istiqamah hadirkan diri ke majlis ilmu macam tu. Cik arkitek dapat kekuatan dari dia. Doakan kami istiqamah. So, masalah tak ada kawan, tolak tepi dulu. Kalau kita betul nak tuntut ilmu ada kawan ke tak ada kawan, sama saja. :)

#Ni memang nak wajibkan pergi majlis ilmu ke?

Bukanlah mewajibkan. Siapalah cik arkitek nak suka-suka hati tetapkan hukum. Cuma ajak. Benda baikkan. Oklah, kalau macam rasa berat nak pergi majlis ilmu, mulakan dulu dengan cara-cara yang ringan. Sekarang kan ada internet. Medium baru. Ustaz-ustaz pun banyak yang guna medium ni untuk dekati generasi kita-kita ni.. Jomlah sahut ajakan mereka tu. Ustaz Azhar Idrus, antara contohnya. Jomlah kita cari ilmu dan amalkannya. Baik untuk kita juga. Kita ni bukan selamanya akan jadi 'budak' selamanya. Kita akan pikul tanggungjawab lain juga suatu hari nanti. Sebagai suami, isteri, ayah, ibu dan paling penting yang memang dah terpikul kat bahu kita, khalifah Allah. Takkan kita nak nafikan tu semua? Takkan kita nak biar jiwa kita ni diisi dengan khayalan yang tak sudah-sudah? Kita isi jiwa kita dengan macam-macam jenis lagu yang semuanya membuatkan kita lupa pada realiti tanggungjawab kita. Bukannya salah nak berhibur, tetapi, kenalah pilih betul-betul dan jangan sampai cedera iman. Wallhua'alam.

Siapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah akan memberikannya pemahaman terhadap Agama (Sahih Ibnu Majah)

Cik arkitek nak  kongsi satu video dari youtube, 
Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi video ini di facebook pagi tadi :)




Peringatan ini juga buat diri sendiri, yang seringkali terlepas pandang.
Betulkan mana yang salah. 
wassalam, 
cik arkitek

Wednesday, November 23, 2011

FACEBOOK oh FACEBOOK :)

Photobucket
Bismillahirrahmanirrahim.

Cik arkitek cuma nak berkongsi sesuatu yang cik arkitek dapat dari sini. Siapa yang tak ada facebook? Angkat tangan! Okey, ada dua tiga orang. Tak salah nak ber-facebook. Tapi, biarlah berpada-pada. Berkongsi perkara yang membawa kebaikan saja. Keburukan kita tolah tepi. Gunakan facebook untuk sebarkan risalah islam. Nak sebarkan risalah islam tak semestinya dengan asyik tulis karangan berjela, kita tunjuk peribadi yang baik kat orang lain pun kira kita berdakwah, apa.. Kita bagi qudwah. Kita ajak orang buat baik melalui video ke, gambar ke.. Guna kemahiran tersendiri. Yang penting kita jaga batas. Jaga aurat. Jaga aib diri sendiri dan aib orang lain.

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

Wassalam,
cik Arkitek.

Tuesday, November 22, 2011

Mutabaah amal :)

Photobucket
Bismillahirrahmanirrahim..


Baru lepas tutup buku Chemistry. Menghadap dua tiga muka surat dah naik ngantuk. Mungkin sebab petang kot.*Mengadap skrin ni, tak pejam pula.. 

#apa benda atas tu?

Itu contoh mutabaah amal. 

#Apa tu, bahasa ringkasnya?

Check list. Macam kalau kita nak pergi camping, kita ada check list benda apa yang perlu bawa. Lebih kurang macam tulah. Mutabaah amal ni, list apa yang kita aim nak buat. Terpulang kita nak buat jenis macam mana. Ada orang dalam mutabaah amal dia, dia catat pukul berapa dia solat bagi setiap waktu solat. Dari situ, kita dapat buat penilaian. Kita ni solat awal ke tidak. 

#Macam leceh saja. Kalau tak tulis, kan boleh ingat sendiri..

Benda ni pun bukannya wajib. Cuma benda ni memudahkan kita nak tengok sejauh mana kita punya amalan seharian. Yang melihatnyapun kita sendiri. Tak rugipun kalau buat. Kalau tak buat pun, tak rugi apa-apa. Benda ni sebagai salah satu cara untuk kita muhasabah diri kita balik. Tengok balik apa yang kita buat seharian. Kalau tak tulis, boleh jadi kita lupa kann? Sebelum kita dihisab, kita muhasabah diri kita dulu.

Jom buat! Kalau tak nak tak apa. Tak wajib pun. Ajak saja. :)

Gambar hiasan semata-mata*langit lawa :)
p/s: siapa ada contengan jalanan(novel)-HLOVATE, dalam tu ada contoh mutabaah amal :)
wassalam,

cik arkitekk


Ikhtilat.

Photobucket


Bismillahirrahmanirrahim..

Cik Arkitek ada idea nak tulis tentang apa. Tapi jenuh fikir ayat yang nak dikeluarkan. Naik berpinar-pinar mata ni, tenung skrin fikir. Akhirnya, dapat jugalah nak tulis. Grafik atas ni, gambaran ala-ala pelajar sekolah lelaki nak pinjam nota pelajar sekolah perempuan. 

#jadi apa kaitannya dengan ikhtilat. Hal sekolah tu. Boleh kann? 

Boleh, tu boleh. Tetapi, lebih baik elakkan. Kalau kita ada rujukan dari pihak kita(sesama jantina) , lebih baik kalau kita utamakan yang itu selagi mampu. Bukan terlalu syadid. Tapi, ini untuk jaga hati kita sendiri. Terutamanya yang perempuan. Serius. Hati perempuan ni mudah luluh. Mudah sangat. Tapi, bergantung juga la kann. Ada orang yang memang hati kering tu, tak tahu nak cakap la. Hati perempuan ni mudaj sangat tersentuh. Pantang usik sikit, mulalah.. :) Itu fitrah. Jangan rasa bersalah. Memang wanita tercipta begitu. Sebab tulah, sebaik-baiknya kita elakkan pergaulan yang berlebihan.  Kalau nak berurusan pun, cukup sekadar cakap apa yang perlu. Tak perlulah sampai menokok tambah gelak ketawa dan gurauan yang mencuit hati. Takut nanti hati kita yang ada masalah. 

#masalah apa pulak ni?

Masalah hati. Jatuh hati. Kalau jatuh longkang, lukanya nampak. Jatuh hati? Ada nampak lukanya. Nanti mulalah tak menentu. Habiskan masa menghadap FACEBOOK sebab jadi stalker sejati. *wahhh! Sengih sampai tak perasan orang sebelah. Pergi mana-mana dengan harapan dapat jumpa si dia. 

#Takkan sampai macam tu sekali?

Ehh, betul. Tengok FB, berapa orang yang angau tak tentu pasal. Update status semuanya jiwang-jiwang. *salah ke? Tak salah. Tapi, kan lagi baik kalau kita ni buat sesuatu yang mampu mengundang redha Allah, kann? Tidak le sia-sia detik kehidupan kita tu, kann? Hidup ni cuma sekali. Muda cuma sekali. So, gunakanlah sebaiknya. Jadi orang yang luar biasa. Semasa muda-mudi lain sibuk berjiwang-jiwang layan perasaan, apa kata kita bentuk peribadi kita. Masa ini lah kita nak ready-kan diri kita untuk masa depan. Tak perlu nak gatal-gatal mencari pasangan hidup*amboi, ready-kan diri untuk menjadi pasangan hidup yang terbaik yang kita mampu supaya Allah pertemukan kita dengan orang yang baik. Kita sibuk mencari, merancang. Kita lupa yang Allah pun merancang juga, dan perancangan Allah itu lebih baik.*okey, jauhnya melerett.

#Tapi, kalau kita ni sedaya upaya jaga, tapi 'orang sana' tu yang mulakan, macam mana? Tak layan, kata sombonglah, kedekut ilmulah, macam-macam...

Bila orang minta, kita kenalah penuhi. Tapi, itu pun berpada-pada. Apa yang perlu. Cuba kita sendiri sarankan pada dia supaya jaga pergaulan. Kalau kita sedaya upaya nak jaga hati kita, insya Allah, Allah tolong. Allah tak menzalimi hambaNya. Dalam urusan hari ini, bukan semua hal kita boleh berjumpa dengan sesama jantina saja. Ada ketikanya kita memang perlu berurusan dengan berlainan jantina demi kemaslahatan umat. Di sinilah perlunya kita jaga peribadi kita, tutur kata kita, adab kita, batas kita. Semuanya untuk elak, ada masalah hati. 

#Sekejap. Kalau ada masalah hati, terkesan ke pada diri kita? Kalau setakat jadi stalker tu, macam biasa saja.

Bila muncul masalah hati, hati ni mulalah terisi dengan angan-angan kosong. Semuanya indah-indah. Dah kalau hati dah feeling-feeling macam dalam fairytale cinderella, bila masa pula nak ingat Allah. Ayat ulang tayang : Hati kita ni, hanya boleh diisi dengan salah satu, Allah atau bukan Allah. Kita sibuk berangan, fikir pasal orang tu. Solat memang solat. Tapi, erti sebalik solat tu, wallahu'alam. Itulah dia, mula-mula memang cuma perbincangan/ perbualan biasa. Lepas tu, muncul pula senda gurau yang mencuit hati. Terkekeh ketawa. Semua tu, mula lekat di hati. Terkenang-kenang. Lagha. Buat kita jauh dari Allah. 

#ohhh. Macam mana kalau perasaan tu datang tiba-tiba. Perasaan kan datang tanpa diundang..


Banyakkan istighfar. Banyakkan ingat Allah. Tepis semua tu dengan baca ayat Allah. Allah yang hadirkan rasa tu dalam hati kita, Allah juga yang mampu jaga hati kita dari dikotori. Langkah paling utama, paling penting, doa. Itu senjata kita*ayat ulang tayang lagi. Doa. Minta pada Allah agar hati kita terus dekat dengan Allah, agar hati kita terjaga dari perkara-perkara lagha. Kurangkan dengar lagu-lagu cinta *walaupun nasyid. Sebab kadang-kadang lagu-lagu tu buat kita rasa terbuai-buai dengan perasaan. Kalau dah telinga tu minta sangat nak dengar sesuatu yang indah, dengar ayat Allah. Itu yang paling indah dalam dunia kann? 

Peringatan buat cik arkitek juga yang mudah lupa :)
ya Allah, permudahkan. 

wassalam,
cik Arkitek


p/s: doodle comel tu freebies dari dua orang blogger yang sangat bermurah hati :)
Terima kasih.
Link mereka, ada di ruang kredit. :)

TAHNIAH!

Photobucket

selingan semata-mata :)



Semalam, cik Arkitekk jadi peminat bolak sepak. :)
120 minit, berkedudukan seri, buat kita yang tengok pun letih.
Apapun, akhirnya, penentuan melalui sepakan penalti berpihak kepada Malaysia :)
Alhamdulillah. Allah yang bagi tu. Kalau Allah tak berkehendak, tak jadi tu. Kena ingat! :)
Tahniah, Ong Kim Swee. Tahniah, Badrol Bakhtiar. Tahniah, Khairul Fahmi Che Mat. Tahniah, Syahrul Azwari *walaupun dia tak main semalam. Tahniah, Fadhli Shas. Tahniah, Muslim Ahmad. #ok, STOP. Tak kenal semua nama. Senang cerita, tahniah semua ahli pasukan Harimau Muda. Anda boleh lakukan lebih baik! Balik malaysia, dan fokus untuk lawan syria eeyh? Tak kisah lah lawan siapa pun. All the best. 


p/s: bola itu bulat
wassalam,
cik arkitekk

Monday, November 21, 2011

Aduhai, muslimah...

Photobucket

#SEBAIK-BAIK MEREKA YANG BERBUAT SALAH ADALAH MEREKA YANG BERTAUBAT.

Hari ini terdetik untuk mencoret sesuatu buat tatapan dan renungan bersama. Kita selaku manusia, mana ada yang sempurna. Kita perlukan suatu detik untuk bermuhasabah diri kita. Kita perlukan secebis nasihat sebagai peringatan. Tiada orang yang tidak terlepas dari berbuat salah. Dan, sebaik-baik orang yang buat salah itu, adalah orang yang sedar akan kesalahan yang dilakukan, dan bertaubat serta tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Nabi Muhammad (saw) berkata: "Semua keturunan Adam adalah orang-orang berdosa, dan yang terbaik antara yang sesat dan menyesatkan ialah orang-orang yang bertaubat."
[Diriwayatkan oleh Darimi]
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Hanya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Allah beri peluang untuk kita bertaubat, tetapi kita mensia-siakan peluang itu dengan beranggapan, 'Aku banyak dosa, Allah ampunkan ke dosa aku?'

Allah berfirman:Wahai anak-anak adam,selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu,Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu,Aku tidak peduli.Wahai anak Adam,jika dosamu sampai ke puncak langit,lalu engkau pohon keampunan dariKu,Aku ampunkan engaku,Aku tidak peduli.Wahai anak-anak Adam,jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi,namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu,nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.{HR Al-Tarmizi}

Allah maha penerima Taubat.

#MENJAGA AURAT&PANDANGAN

Hari ini, bermacam-macam alternatif/ jalan untuk berinteraksi dengan dunia luar. Facebook, Blog, Tumblr, Twitter dan lain-lain. Ada sesetengah pihak yang meletakkan hukum haram berkaitan penggunaan laman sesawang-laman sesawang sosial ini. Tapi, bagi cik arkitek sendiri, semua benda dalam dunia ada pro & kontra. Semua tu juga berdasarkan cara kita gunakan. Kalau kita gunakan semua kemudahan itu dengan sebaik mungkin, yang kita peroleh, insya Allah positif. Tetapi, sebaliknya pula kalau kita gunakan dengan niat yang tidak wajar, yang akan kita peroleh adalah negatif. Penggunaan sebaik mungkin juga berbeza dari kaca mata setiap orang. Sangat subjektif. Tapi, perkara ini akan menjadi satu apabila yang menjadi panduan, yang menjadi manual kita dalam setiap segi kehidupan adalah syariat Allah.


Sekarang ni, teknologi membolehkan semua benda kita dapat di hujung jari. Tinggal kita saja yang memilih, sama ada mahukan yang baik atau sebaliknya. Meng-upload (memuat naik) gambar ke laman sesawang sosial juga perlu ada batasnya. Ada panduan. 




Itu bab aurat di alam maya. Tiada bezanya di alam realiti. Apa yang aurat di alam realiti, aurat juga di alam maya. Aurat seorang wanita itu mencerminkan maruah dirinya. Analogi ringkas, apabila ke kedai buku, Majalah letaknya di rak di luar kedai. Majalah tidak berbalut plastik sebagaimana buku-buku yang lebih mahal dan lebih menarik pengisiannya. Buku-buku yang berharga, berbalut plastik dan tersimpan kemas di dalam almari kaca, paling tidak pun tersusun rapi di atas rak kayu. Hendak membacanya, perlu dibeli. Berbeza dengan majalah, dapat dibelek-belek ke depan, ke belakang. Akhirnya, majalah tersebut diletakkan balik ke tempatnya. Tanpa ada  yang membeli. Begitulah ibaratnya, seorang wanita yang menutup aurat sebaik mungkin dengan mereka yang sebaliknya. 

#ANALOGI 4 BIJI BOTOL


Analogi lain yang dapat cik arkitek kaitkan. Apabila ingin membeli air minuman, kita diberi pilihan untuk memilih, yang pertama air yang tinggal separuh, dan botolnya tidak berpenutup. Yang kedua, air yang masih penuh, tetapi botolnya tidak berpenutup. Yang ketiga, air yang tinggal separuh dan botolnya berpenutup. Yang terakhir, air yang masih penuh dan botolnya berpenutup. Yang mana akan jadi pilihan. Tentunya, yang terakhir yang akan menjadi pilihan, kann? siapa mahukan air yang telah tercemar kerana botolnya yang tidak ditutup seperti pilihan pertama dan kedua. Dan, siapa pula yang menginginkan air yang mungkin telah diminum orang lain seperti pilihan ketiga. 


#Botol pertama: Airnya sudah tinggal separuh dan botolnya tidak berpenutup. Hal ini boleh dikaitkan dengan ungkapan 'sudah ditebuk tupai'. Seseorang yang kurang menjaga aurat dan pergaulannya dengan mereka yang bukan mahram.

#Botol kedua: Airnya masih penuh, tetapi botolnya tidak berpenutup. Gambaran ringkas mengenai seseorang yang masih tahu menjaga aurat dan pergaulannya, namun cara menutup auratnya masih belum sempurna, tudung tidak labuh menutupi dada, berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, dan sebagainya.

#Botol ketiga: Airnya tinggal separuh, tetapi masih berpenutup. Gambaran seseorang yang masih tahu menjaga aurat, namun, kurang menjaga pergaulannya sesama bukan mahram. Auratnya juga tidak ditutup dengan sempurna. Atau disebut sebagai, membalut aurat.

#Botol keempat: Airnya masih penuh, dan botolnya bertutup rapi. Inilah yang terbaik. Gambaran bagi seorang wanita yang auratnya ditutup sempurna dan pergaulannya dijaga rapi, serta sifat malu menghiasi diri dan menjadi benteng daripada melakukan larangan Allah.



#TUTUP AURAT VS BALUT AURAT

Pakai tudung sudah seperti satu trend. Pakai tudung semata-mata kerana berfesyen. Tanpa kita sedar atau mungkin kita menyedarinya, bahawa pakai tudung bukan semata-mata pakai tudung, tetapi satu tuntutan agar kita menjaga aurat kita daripada terlihat oleh mereka yang tidak berhak. Tapi, apa yang terlihat hari ini, tudung bermacam-macam jenis. Itu bukan kesalahan. Tetapi, yang menjadi kesilapannya adalah apabila kita seolah-olah mencipta aturan sendiri. Pakai tudung, tapi baju jarang, seluar ketat. Pakaiannya menampakkan bentuh badan. Mungkin masyarakat hari ini, melakukannya kerana tidak tahu. Dan, di situ peranan kita untuk membetulkan keadaan supaya mereka tahu. Amar Makruf dan Nahi Munkar. Mengajak berbuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Apabila azab Allah datang, ia tidak mengenal siapa. Seluruh anggota masyarakat akan menerima kesannya.


Tak kisahlah fesyen tudung yang bagaimana menjadi pilihan. Yang lebih utama adalah, ia menepati syariat Allah. Mematuhi syariat Allah itu suatu kewajipan dan bukan pilihan. Apabila kita sudah mengakui kita ini muslim dan beriman kepada Allah, mematuhi perintah dan syariat Allah adalah kewajipan tidak ada istilah 'tunggu dulu,' 'belum sampai seru.'

Memang perubahan itu tidak mampu dilaksanakan secara tiba-tiba. Mendadak. Tapi, kita perlu laksanakannya. Sedikit demi sedikit. Setiap perubahan menuju kebaikan memang akan menempuhi bermacam-macam dugaan. Ada ketika, diri terasa letih. Ada ketika diri terasa sia-sia apa yang dilakukan. Tapi, kita akan mampu menghadapinya, dengan meminta kekuatan dari Allah. Kalau kita benar-benar mahu kembalikan diri kita ke landasan fitrah, kebaikan, kita mohon kepada Allah semoga setiap hal dipermudahkan. 

Allah sentiasa membantu hambaNya yang meminta pertolongan.


#DARI MATA JATUH KE HATI

Pandangan pertama rezeki. Pandangan kedua maksiat. Mata mampu mendatangkan pelbagai kesan kalau penggunaannya tanpa berdasarkan al-Quran. Al-Quran merupakan manual hidup kita. Sebagaimana, barangan elektrik mempunyai manual penggunaannya, begitu juga diri kita. 'Pencipta' kita telah menyediakan manual yang sebaiknya untuk kita guna pakai agar kita mampu mengendalikan diri kita untuk melunaskan tanggungjawab, mengapa kita diciptakan. 



"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
 -Surah az-Zariyat: ayat 56.-

Ini manual kita.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah an-Nur, ayat 31

Allah yang mencipta kita. Allah tahu apa yang kelemahan kita. Kerana itu Allah memerintahkan kita supaya meundukkan pandangan. Hanya dengan pandangan mata kita mampu mengheret diri kita ke arah kebinasaan. Yang mana, pada awalnya hanya berpandangan, membawa kepada bibit perkenalan. Lama-kelamaan kehadirannya dirasakan mengisi 'kekosongan' hati yang sepatutnya diisi dengan pentarbiyahan buat diri. Kita semakin leka, dan terus leka, tanpa kita sedar kita sedang berbuat dosa. Syaitan terus menampakkan seolah-olah kita tidak salah. Apabila dosa yang dilakukan terasa manis, dan kebaikan dirasakan pahit. Kita terus tertipu. Mulanya hanya dari mata. Membawa ke beberapa kesan lain. Pandangan yang kemudiannya menuju ke hati, membuatkan kita alpa dan leka. Dalam hati kita ini, cuma boleh ada satu. Sama ada Allah atau bukan Allah. Tidak akan ada kedua-duanya sekali. Apabila hati kita sarat dengan perasaan lagha, di mana Allah? Di mana Allah di hati kita? Sepatutnya, hati kita sarat dengan kecintaan dan kerinduan buat Allah, Pencinta Agung.




"Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah."

wassalam. 
cik Arkitekk :)

Sunday, November 20, 2011

Teringin sangat! :)

Photobucket

Bismilahirrahmanirrahim,

Hari tu, ajak ibu pergi pustaka rakyat yang sejengkal je dari rumah ni. Mula-mula tu, ingat tak ada lah nak beli apa sangat. Cuma nak cari kertas keras untuk buat penanda buku 'special' untuk kawan-kawan Aisyah. Lepas tu, tergerak pula hati cik arkitekk nak naik tingkat atas. Jujur, cik Arkitek memang rambang mata kalau tengok banyak-banyak buku. Ikutkan hati nak beli macam-macam buku. Tapi, tak bawa duit pula. Minta ibu bayarkan. :) Punyalah pusing-pusing cari buku yang best. Dua tiga kali ambil, letak balik. Lepas tu, ambil, letak balik.

"Lama lagi ke? Dah nak isya' ni." Ibu dah tegur dah. Mungkin ibu dah selesai pilih buku. 
"Kejap." tawaf lagi rak buku. Pusing belakang, tengok adik pun tengah belek-belek buku.
"Ehh, cepatlah. Ibu dah nak balik." Sempat lagi tu, diri sendiri pun tak selesai lagi. 

Atas bawah rak buku tu ditenungnya. Akhirnya, terpandang sebuah buku. Warna pink. TRAVELOG HAJAH, KEMBARA TETAMU ALLAH. Tulisan Ezee Rahmani. Tangan terus ringan je mencapai. Tak tengok kiri kanan dahh, terus bagi ibu. Nak bayar. 



Kalau selama ini, asyik dengar tentang travelog haji, tulisan Prof. Kamil Ibrahim. Buku bestseller. Kali ini, buku yang mengisahkan perjalanan yang sama, cuma dari kaca mata seorang wanita. Pengalaman seorang wanita yang keadaan kesihatannya kurang baik menunaikan haji bersama suami. Seronok membaca! Dan, sangat teringin menjejakkan kaki ke sana. Ke tanah haram milikNya. Ya Allah, permudahkan. :)

"sujudku di hadapan Tuhan yang abadi,"

wassalam,
cik Arkitekk

Saturday, November 19, 2011

Mula sekarang!

Photobucket


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Pagi ini, 19 November 2011. Episod baru membuka tirai. Semalam sudah berakhir. Hari ini baru bermula. Semalam, mata tak mampu berhenti menitiskan air mata. Hari ini, diri ini bangkit. Tidak mahu tenggelam dan terus hanyut dalam arus emosi, yang tidak menentu. Melihat ke depan, dan menghilangkan segala kekaburan semalam. Tiada lagi titisan air mata. Biarlah perpisahan itu menjadi perpisahan yang sementara setelah kita semua dipertemukan dalam 4 IBNU SINA, dengan izinNya. Biarlah perpisahan yang sementara itu, membawa sesuatu kesan hebat dalam diri kita. :) Saya akan terus sayang IBS. Saya tak mahu hidup dalam kenangan, tetapi saya mahu kenangan terus hidup bersama saya dalam sebuah perjalanan menunaikan tanggungjawab selaku khalifah Allah di atas muka bumiNya. Itu tekad. Ya Allah, permudahkanlah.


Atas tu, result exam. Final Exam. Blurr? Mestilah. Tak sanggup nak tengok. 

Dapat dari FB orang:) Pinjam gambar kejap, yaa.

Maktabah universiti Yarmouk, Jordan. Nak pergi sini, bolehh? Tiba-tiba..

"Kata nak ambil psikologi?"
"Nak study pengajian islam. ILMU itu sangat berharga.Tak salahkan nak study semua benda." :')
Ya Allah, permudahkann.

Jom, gerak sekarangg :) Mula dari sekaranglahh.

**********
SPEECHLESS.
the hardest part of being friends,
 is loving you so much, my friends!
wassalam,
cik Arkitekk :)

Friday, November 18, 2011

*senyumm :)

Photobucket


Hari ini, tak pergi sekolah. Insya Allah dalam pukul 10.00 akan gerak pergi rumah ayuni, bersama dua sahabat saya yang sangat comell! Baiti & Amirah. Nak ready untuk jamuan kelas dan menyambut kedatangan pelajar2 lain. :) Doakan semuanya lancar, ya.. :) 

Hari ini, hari terakhir sekolah. *hanya mampu tersenyum. Sekali lagi, saya akan rindu segalanya. Semua yang saya lalui pada tahun ini, bersama kawan IBS saya :) Saya sayang semua kawan saya. Tak kiralah mereka IBS ke apa ke. Saya sayang kawan saya. Cuma, kenangan IBS tu lekat di kepala, dan macam susah nak lepaskan buat masa ini, sebab tahun depan belum tentu dapat kelas yang sama spesies macam IBS. Semua perlu ambil masa kann.? Mana ada baby keluar-keluar terus boleh kenal dunia. Slow-slow, kann? :)

Semoga ukhuwwah ini diberkati Ilahi :) Amin.


:)
wassalam,
cik Arkitekk 

Wednesday, November 16, 2011

Hari-hari terakhir di IBS?

Photobucket

Gift of a friend :)

Hari ini, hari rabu. Esok, Khamis. Mengikut apa yang ustazah Salmah kata, hari Khamis semua pelajar akan ditempatkan di kelas tahun depan. Tingkatan 2 pergi kelas tingkatan 3. Tingkatan 4 pergi kelas tingkatan LIMA! *tak nakk! Saya masih nak duduk dalam 4 IBNU SINA! Hati berat nak tinggalkan kelas tu. :) Boleh tak kalau tak streaming kelass? Saya tak nak IBS, tapi saya nak bersama kawan-kawan IBS saya. Mana taknya.. kelas IBS tu jauhh nun hujung dunia, terasing dari kelas lainn. Memang kawan-kawan yang dalam kelas tu jela dihadapnya tiap-tiap hari. Kami sama-sama tak puas hati sebab tercampak masuk IBS. Tapi, lama-lama kami okey, cuma sesekali ada rasa kesal. Kami sama-sama menghadap macam-macam orang kata tentang IBS. Mestilah saya sayang IBS sangat2! Saya bukan cakap tentang kelas first ke last ke second ke apa. Saya cuma cakap tentang IBS. Saya sayang IBS bukan sebab IBS kelas first*tak de maknanyaa.~ Saya sayang IBS, sebab IBS :) Saya akan rindu IBS. Saya akan rindu masa kita semua sungguh2 buat drama gulp&gasp. 



Biarlah anda nak kata saya lebih-lebih ke apa ke, ini belog saya. Suka hati saya nak tulis apa. Yang pasti saya akan rinduu :) semua ni tak de siaran ulangan, kann? 

selamat tinggal IBS.
ALL THE BEST SPM 2012 :)

wassalam, 
cik Arkitekk :)


Saturday, November 12, 2011

Kita tak sama!Buktikan.

Photobucket


           Alhamdulillah, seronok sangat semalam. Jamuan di rumah Dinie. Terima kasih banyak-banyak, Dinie & semua Outsiders yang datang!Anda semua sangatttt comel! Bukan selalu nak duduk sama-sama & jadi gila-gila sepenuhnya, kann? =) Okay, itu bukan main point untuk entri ni.


         
 Sejak dua menjak ni, apa yang cik arkitek perasan, banyak sangat filem-filem yang tak mencerminkan kita ni sebagai orang islam, negara islam.*bukan selama ni memang dah banyak ke? Kalau dulu, kira, ada tapisan. Tapi, sekarang, semua benda(semakin banyak) boleh untuk tontonan. Cuma tertanya-tanya, di mana letaknya islam dalam hal ini. Adakah kita sangka islam hanya letaknya atas sejadah, pegang Quran dan bertasbih sepanjang masa? Kita sedar tak yang setiap hembusan nafas, kalimah setiap pergerakan sendi kita ni, ada yang menghitung buruk baiknya? Raqib  & Atid. Tak pernah lepas dari mencatat kebajikan dan kejahatan yang kita lakukan. Dalam kehidupan. Bukan cuma ketika di atas sejadah semata-mata. Islam itu luas. Islam itu cara hidup. Dalam buat filem, islam ada panduan. Dalam nak buat program itu, dan ini semuanya ada panduan. Hidup kita ni, perlu diukur dengan pengukur yang sesuai, Syariah Allah. Islam. Kemahuan kita tak mampu untuk kenal yang mana betul, yang mana salah. Akal kita kadang-kadang tersila pilih, yang mana dilarang, yang mana tidak. Tapi, iman yang paling tepat. Setiap perkara yang dilarang Allah perlu ditinggalkan, dan perkara yang disuruh perlu dilakukan. Iman yang membuat penilaian yang paling tepat. Tak perlulah kita nak mencari duit kerana mengharapkan publisiti murahan dengan menayangkan filem-filem yang tak sepatutnya. Lama -kelamaan, orang kafir akan nampak kita sama macam mereka. Agama kita, islam, sama macam agama mereka. Serupa. Tiada beza. Sedangkan, yang sebetulnya adalah bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. 

...Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan al-din (agama) kamu bagi kamu, dan Aku (Allah) telah lengkapkan nikmat-Ku (nikmat Allah) ke atas kamu, dan Aku (Allah) telah reda Islam menjadi al-din (agama) kamu....
(Surah al-Maidah:3)

Jangan cakap Islam sama dengan agama-agama lain. Kita berbeza dengan mereka.

“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk dari mereka.” 
(HR. Abu Dawud dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban).

Jaga diri kita supaya kita dapat beri qudwah. Tanggungjawab dakwah bukan terletak pada bahu seorang yang bergelar Ustaz, Mufti, Imam, Bilal dan sebagainya, tetapi terletak pada bahu setiap orang yang menyatakan bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad pesuruhnya, serta dibuktikan dengan perkataan dan perbuatan dengan sepenuh keyakinan terhadap Allah. Apabila kita kata, kita orang islam,  tanggungjawab dakwah tu ada pada kita. Dan, berdakwah tidak semestinya dengan berceramah dan melalui kata-kata mahupun penulisan. Tetapi, melalui qudwah. Ini yang paling berkesan,kann?

Actions speak louder than words=)

p/s: Buktikan kita tak sama! *senyum.
wassalam,
cik Arkitek

Thursday, November 10, 2011

Tak boleh ke kita bersatu?

Photobucket


You and I - Irfan Makki
Cik Arkitek rimas hidup dalam perpecahan.Di mana kesatuan antara kita sesama umat islam.
Umat islam hari ini, suka sangat berpecahkan.. Tak perlu tengok jauh-jauh. Dekat sini. Malaysia. Kita lihat sendiri, macam mana perpercahan kita. Perpecahan itu ikut aliran politik masing-masing. Masing-masing taksub dengan politik, sehingga lupa hakikat kita ini saudara sesama islam. Yang bila solat, berkiblatkan arah yang sama. Kita bersaksi dengan dua kalimah yang sama, tiada Tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad pesuruh Allah. Di mana kita letak tuntutan persaudaraan, ukhuwwah islamiyah kita? Tak bolehkah kita belajar dari peristiwa yang dah berlaku? Macam mana umat islam di Libya longgar kesatuannya, dan akhirnya campur tangan Kafir musyrik memburukkan lagi keadaan. Yang bergaduh tu, sesama islam.*kebanyakannya. Barat cucuk jarum, hasut-menghasut dan kemudiannya bertepuk tangan melihat umat islam bertelingkah sesama sendiri. 
Sesungguhnya orang-orang mukmin (atau iman) itu adalah bersaudara, maka mendamaikanlah (apabila wujud perselisihan) antara dua saudara kamu sekelian. Dan, bertaqwalah (i.e. takutkanlah akan) Allah (s.w.t) mudah-mudahan kamu disayangi (oleh Allah s.w.t) 
[Ayat 10, Surah al-Hujurat]

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Sejauh mana kita memegang kalamullah dan RasulNya ini? Kita sibuk menuduh pihak itu dan ini. Kita sibuk menuding jari terhadap pihak itu dan ini. Tapi, apa tindakan kita untuk ubah perkara itu. Kita biarkan. Kita tuduh mereka dan kita menghukum mereka dengan kebencian. Itu silap. Ya, kita perlu benci kemungkaran dengan hati, dan itu selemah-lemah iman. Tapi, kita cuma disuruh untuk membenci kemungkaran, bukan membenci pelakunya. Kita tak berhak nak benci orang lain. Sebab kita tidak tahu pengakhiran hidup kita. Boleh jadi pengakhiran mereka yang suatu ketika dahulu melakukan kemungkaran adalah Khusnul Khatimah. Manakala kita, Suul Khatimah. Tapi, itu tak bermaksud kita biarkan mereka macam itu. Kita ubah semampu kita.

D O A. Adalah yang paling utama. D O A senjata paling tak ternilai untuk kita, umat islam. Kita jangan asyik kata kita betul, kita betul dan mereka salah. Kita betulkan apa yang mereka salah. Itu baru betul. Kita betulkan mereka kerana sayangnya kita pada mereka. Kita ubah dan perbaiki kesilapan kita kerana kita sayang mereka. Kita doakan mereka kerana sayang kita terhadap mereka sebagai saudara seagama. Bukan kita membenci mereka dan terus memburukkan mereka. Ibaratnya seorang ibu yang marahkan anaknya. Marahnya dia kerana sayang. Di mata anak kecil mungkin ia tanda kebencian. Tapi, akhirnya anak kecil itu akan faham marah itu kerana sayang. Kemarahan itu pula tidak sarat dengan kebencian. Cuma kemarahan yang mempunyai ketegasan dan kasih sayang. Begitulah ibaratnya. Lebih baik kita diam berbanding kita berkata-kata tentang sesuatu yang kita sendiri tiada jalan penyelesaian untuknya. Dah tentu-tentunya, tulisan ini, si penulisnya yang mentafsir dan menghadam maksudnya terlebih dahulu. Memang untuk peringatan dan renungan bersama.Tepuk dada, tanya iman, refleksi minda, ambil tindakan :)

p/s: cik Arkitek cuma bencikan perpecahan yang tiada penghujung.

wassalam,
cik Arkitek

Saya tak pergi sekolah?

Assalamualaikum,..

Alhamdulillah. Ada ruang lagi nak menulis dekat belog buruk ni. Hari ni tak pergi sekolah. Seronoklah ber-Tutorial bagai, kann? Esok sekolah, ya! Tajuk tiada kaitan dengan entri. Kali ini, cik Arkitek yang telah ponteng sekolah ni, nak bebel tentang satu tabiat murid-murid sekarang*tentunya cik Arkitek pun tidak ketinggalan. Sebab cik Arkitek cuma seorang manusia biasa yang buat silap, kann? Tahu tak apa? tahu takk?

M E N G U M P A T  G U R U

Serius, benda ni bukan luar biasa. Murid-murid sekarang macam tulah*terasa. Manusia mana yang tak buat silap, kann? Sekali cikgu tu tunjuk kesilapan, kelemahan dia, satu dunia murid tu canang cerita tentang guru tu. Manusia, kann. Tak puas hati je, semua yang cikgu tu buat diungkitnya. Sampai cik Arkitek pernah jumpa ada manusia-manusia yang panggil cikgu dengan nama je. Sama taraf dengan kawan tu.*InsyaAllah, yang tu cik Arkitek tak buat.

Untuk apalah kita umpat cikgu tu macam-macam. Sia-sia. Bukannya kita dapat apa-apa pun. Dosa mengumpat adalah. Ilmu yang cikgu tu bagi pada kita pun jadi tak berkat. Semuanya balik ada diri kita. Keburukannya, diri kita yang dapat. 

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :
"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".
Hadis riwayat Abu Daud.

Nak ke kita makan daging saudara seislam sendiri. Tahupun, tak nak. Tapi, kita dah lakukannya pun dengan cakap belakang, mengumpat. Kita perlu sedar, kedudukan seorang guru itu tinggi dalam islam. Menghormati guru itu tuntutan ke atas kita.


“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Kita juga tak boleh menolak dan menafikan bahawa guru juga berbuat kesalahan. Apabila seorang guru itu melakukan kesalahan, adalah lebih baik untuk kita mendoakan kebaikan atasnya berbanding dari kita memburuk-burukkannya kepada orang lain. Berusahalah dengan usaha yang halus untuk menegur kesilapan seorang guru. D O A yang paling utama. Itu senjata kita. Senjata istimewa orang islam, walau dalam sekecil-kecil mahupun sebesar-besar perkara. Tepuk dada, tanya iman, refleksi minda dan ambil tindakan :)

p/s: saya sayang cikgu saya :)
wassalam,
cik Arkitek

Tuesday, November 8, 2011

Waiting for a call

Irfan Makki - Waiting For The Call Lyrics


Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Insya Allah, one dayy :)
Aminn.

wassalam,
cik Arkitekk

Monday, November 7, 2011

ya Allah,
Tiada daya upayaku melainkan dengan kekuatanMu..
Tetapkan aku di atas landasanMu..
Sempurnakan hajatku sekiranya ia memberi kebaikan 
kepada agamaku, diriku, dan kehidupanku seluruhnya.
hanya kepadaMu aku menyembah, hanya kepadaMu aku meminta dan mengadu..

Saturday, November 5, 2011

Wukuf di Arafah.


Assalamualaikum..


Hari ini, 5 November 2011, bersamaan 9 Zulhijah 1432h.
Mereka yang mengerjakan haji diwajibkan untuk berada di Padang Arafah. 
Mereka yang tidak menunaikan haji digalakkan  untuk berpuasa.

Cik Arkitek tidak mahu berbicara panjang kerana cik Arkitek tiada pengalaman. Cuma berkongsi pengatahuan. Apa yang cik Arkitek tahu, tidak ada wukuf, tidak ada haji. Rasullah pun pernah bersabda, "haji adalah wukuf " Semasa wukuflah paling berat ujiannya buat jemaah haji. Perhimpunan umat manusia di padang Arafah, di bawah panas terik sangat menduga dan ini diumpamakan dengan perhimpunan umat manusia ketika dihadapan Allah, di padang Mahsyar untuk dihitung amalannya.


cik Arkitek nak kongsi serba sedikit kelebihan hari arafah ni, antaranya:-

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)

Semoga suatu hari nanti, Allah memberi kesempatan untuk kita melaksanakan rukun islam kelima ini =)
Amin.

Wassalam,
cik Arkitek.