Sunday, October 30, 2011

IDENTITI

Assalamualaikum..

Tiba-tiba terfikir pula nak cari satu identiti untuk blog ni. Yelah, sekarang kan macam-macam, DrCinta, UstazCinta, Datin situ Datuk sini.. Saya pun nak juga. Apa ekkk. Kalau boleh nak ada kaitan dengan jiwa.. :)

Arkitek Jiwa?

Kontraktor Jiwa?

Pakar Bedah Jiwa?

Jurutera Jiwa?

Nakhoda Jiwa?

Pakar 'sakit' Jiwa?

Yang last tu macam comel. Pakar sakit jiwa. Okey ke? Tapi bunyi ngeri pula. Lagipun, lebih baik mencegah dari merawat. Secara asasnya yang mampu mencegah mestilah yang terlibat dalam asas satu-satu perkara kan.. Arkitek ke? yang mana ni? Si Arkitek Jiwa. Ambil yang ni! :) okeeyy.

ARKITEK JIWA

Wassalam.
Cik Arkitek :)

Bola itu bulat :)


Assalamualaikum..

 Saya bukan budak bola. Saya tak minat bola. Tapi, saya tengok juga kadang-kadang. *terpaksa
Kalau dah dua beradik tu mengadap TV, pegang remote control tak tengok kiri kanan, memang terpaksalah.. 

Mula-mula tengok,
"bosanlah! Cer bukak TV lain! "
"Tukarlah. Main macam apa je.." =.='
"Buat apalah tengok orang kerja benda bulat tuhhh.."

Lama-lama, macam...
"Okeylahh... Redha je."
"Pegi baca bukulah, lagi bagus!" :P

Dalam pada dua beradik tu seronok-seronok tengok bola, terpikir pulak, kalaulah pemain bola tu pakai seluar panjang, kan sopan. Dah memang syariat lagipun.. Bukan bab sopan tak sopan saja, kan..? Kalau dah syariat tu, ada pilihan ke? 

"Dah memang peraturan permainan, nak buat macam mana?"

Peraturan manusia kita dahulukan? Dahlah peraturan orang kafir. Peraturan Allah boleh pulak ketepikan. Kita ikut je orang kafir tu kata apa. A, A lah yang kita buat. B, B lah yang kita ikut. Kalau macam tu, serupalah kita ni tak ada jati diri. Kita mengaku islam, tapi kita tak bawa islam itu bersama dalam semua segi hidup kita ini. Islam tu luas, kann.. Semua aspek kehidupan adalah islam kalau kita dah mengaku kita islam. Tidak ada pilihan. Kalau dah memang kena tutup aurat, perlulah tutup. Tidak ada pilihan sama ada mahu atau tidak. Yang ada pilihannya, cara. Nak macam ni ke macam tu... 

Bukan nak salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Semuanya kembali kepada diri kita sendiri juga kan. Tengok saja fenomena hari ini, yang bertudungnya macam-macam fesyen. Semua tak nak kalah. Tak kesahlah macam mana gayanya, yang penting menepati syariat. Tapi, apapun niat lebih utama. Kalau niat dah salah, macam mana dengan hasil,kann. Kita tak rasa malu ke dengan mereka yang bukan islam yang kenal islam dari diri kita yang mengaku muslim? Sepatutnya kita rasa malu. Sebab, mereka mengenal islam itu melalui kita dan kita dah bagi gambaran yang salah tentang islam di mata mereka. Apa yang mereka lihat ini lebih terkesan daripada lisan. Mereka fikir islam sama sahaja dengan agama lain. Mungkin sebab kita, mereka fikir tak ada apa pun yang lebih baik dalam islam berbanding agama mereka sendiri. Mana tidaknya kalau perangai, cara pakaian kita semuanya dah macam mereka. Tak ke mereka rasa umat islam TIADA JATI DIRI? ohh..~

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ


Kita yang islam ni, ada tanggungjawab. Tanggungjawab dakwah. Amar Makruf Nahi Munkar. Menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Rasulullah ada bersabda, yang mafhumnya lebih kurang kalau sesiapa melihat suatu kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, kalau tidak mampu, dengan lidah. Kalau tidak mampu dengan hati, dan itulah SELEMAH-LEMAH IMAN. Mencegah dengan hati ini, dimaksudkan sebagai membenci.  Kita mesti takkan buat benda yang kita bencikan? Kita lagi nak jauh dari benda-benda yang kita benci.Dah kalau kita sendiri terikut sama buat kemungkaran, di mana tahap keimanan kita kalau Rasulullah dah kata membenci dengan hati tu selemah-lemah iman. 
Tepuk dada, tanya iman.

okey. saya tahu. Jauh meneroka. Dari bola bawa ke tudung. Lepas tu berkait pula dengan iman. Memang itu kehidupan seorang muslim. Semuanya berkait dengan iman. Dari A sampai Z. Sepatutnya dengan neraca imanlah kita menilai hidup ini. Yang mana betul, yang mana salah. Akal mampu bezakan betul dan salah. Tapi. akal juga buat silap kalau tiada iman, kann..

Janganlah lepas ni menuding jari pemain bola ke, orang itu ke orang ini ke tiada iman. Siapa kita nak kata itu ini. Kita semua manusia biasa. Lihat diri sendiri dah cukup. Perbaiki diri sendiri. Kita jangan cakap pasal orang lain kalau kita tak ada usaha untuk ubah dia.

*terasa:)
Hanya perkongsian biasa.
Tegur mana yang silap.

p/s: Tajuk macam tak ada kaitan.. 
wassalam.
NSA95

Saturday, October 29, 2011

Untuk Girlfriends (kawan2 perempuan) saya :)

video


Khas untuk girlfriends(kawan2 perempuan) saya. Saya sayang awak semua! 
*Sila terharu :p

Saya tak nak tulis nama sorang2, saya takut kalau saya tulis nanti ada yang tertinggal. Siapa rasa dia kawan saya, ini untuk ANDA. Perkenalan pertama, yang entah berputik dari mana tak mampu saya nak ingat secara detail. Yang pasti, mengenali anda semu adalah satu anugerah dari Allah! Siapa kita tanpa kawan, kerana kita tak mampu lihat kelemahan kita sendiri. Saya minta maaf atas semua salah laku saya terhadap awak semua. Saya tidak sedar, atau mungkin sekali separuh sedar, atau mungkin sekali sedar tetapi sengaja melakukannya. I'm sorry? 

*sila terharu sekali lagi :p Ambil tisu, lap peluh :p

wassalam
NSA95

Thursday, October 27, 2011

Untuk awak berdua... :) JIRAN DEPAN

Assalamualaikum..

POST special dari JIRAN DEPAN :)       TQ, suweeeeetnya :)


Okey. Sekarang saya pula nak buat post special untuk awak berdua. (*saya tuhh..)
Serius! Bukan Tipu2x. Rindu sama awak berdua. Rindu nak kacau awak berdua... Hee :) (*AWAK ?) : p Exam ni lama sangat =,='. Dah rasa dekat sebulan dah tak duduk belakang awak berdua. FYI, kita pindah sebelah Baiti tak tahu sebab apa. Kita tak gaduh dengan Afiqah la... =,=' Maybe sebab Afiqah dulu selalu tak ada kat kelas, then kita duk sorang2. Lepas tu, tengok sebelah Baiti kosong, duduk jelah. Macam manalah boleh rapat dengan Baiti?

Baiti lukis. Tp, bukan dalam kelas-lah.. =,='
Hehe. Sorrylah, jiran depan sebab ganggu awak berdua. Tak tahu kenapa. Kalau dah duduk sebelah Baiti terus terputus fius. Tak fokus langsung. (*sometime. Tp, selalu.) Tengok Baiti Melukis time belajar Physic, time belajar add math, ada saja yang ditulisnya dalam buku Inspiration tu. Itu yang gelak tuh.. Rupa2nya, diam-diam Baiti selama ni, bukannya FOKUS. Tapi buat kerja lain. Kan Baiti, kan? =,=' Kita pegang rahsia tu, Baiti! Rasanya kalau awak berdua tahu apa yang kami berdua buat kat belakang tu, geleng kepala awak berdua sampai tergeliat urat. :)

Baiti pulak, tak abih2 nk kacau izni dengan  KHHHHHHH..... *tercekik. Dah lama pulak tak dengar nama tu. :p hehe~

Apapun, awak berdua tetap COMEL! Okey, Baiti sekali. Kita tahu Baiti jeles, kalau orang lain puji orang lain comel. Awak bertiga, SANGAAAAAAT COMEEEELLL :)

salah satu agenda tak bertauliah.(* tp, time ni cg baru nak ajar. Tak mula lagi)

Jadi stalker sebentar..
:p

meet Dalila&Izni

meet Baiti & Dalila


Rindu awak semua. Rindu IBS :)
Wassalam, 
NSA95:)

Monday, October 24, 2011

KONTRA.

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ini, sering kita dengan khabar-khabar mengenai ada pihak yang melaungkan ungkapan mahu mempertahan islam. Alhamdulillah. Soal mengapa bersikap sedemikian hanya Allah yang tahu. Tak perlu kita yang menilai. Hal itu terletak pada Allah. Wallahu'alam.
Walaubagaimanapun, saya sendiri tertanya-tanya, dalam pada tindakan seumpama itu diwar-warkan, yang menghairankan adalah, hal-hal fasiq lain masih lagi terus di biar berleluasa. Filem, Akhbar dan media-media lain yang menjadi medium utama dalam menyampaikan mesej tidak dikawal sebaiknya. Filem yang tidak sepatutnya ditayangkan, kini ligat dimainkan. Di mana kesungguhan dalam memartabatkan islam? Saya hanya rakyat biasa yang tiada kuasa. Seboleh mungkin saya tidak mahu menjadi sekadar seorang pemerhati. Doa sudah tentu tidak henti-henti dikirimkan. Insya Allah. Saya dan tentunya ummah hari, rindukan seorang pemimpin yang terbentuk dari acuan Sunnah Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin yang sehebat Khulafa' ar-Rasyidin. Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz.

"Ya Allah, hidupkan kami dalam islam(kesejahteraan). Ampunkan dosa kami dan pemimpin-pemimpin kami. Sedarkan kami akan hakikat indahnya agamaMu. Sedarkan kami dan pemimpin kami tentang sunnah RasulMu. Sedarkan kami dan pemimpin kami tentang syariatMu. Sedarkan kami dan pemimpin kami tentang amanah Mu terhadap kami..."

Amin.

Saturday, October 22, 2011

Renungan Seketika

Melihat langit.
Seribu satu rahsia penciptaannya.
Tidak bertiang.
Tetap teguh memayung dunia.
Angin petang menyapa.
Tidak kelihatan,
tapi begitu meyakinkan kehadirannya.
menghadirkan kedinginan.
Melihat rintik hujan yang membasahi bumi.
Dingin mencengkam.
Turunnya dari awan.
Awan hitam.
Membawa sejuta rahmat dari Allah.
Melihat pepohon hijau.
Berbuah ranum.
Berbeza rupa dan bentuk, meskipun datangnya dari benih yang sama.
Segala-galanya punya rahsia di sebalik kejadiannya.
Hikmahnya tersirat.
Perlu kita huraikan.
Agar kita tidak kecundang.
Dalam usaha memakmurkan bumi Allah.
Selaku KhalifahNya, sebagaimana yang diamanahkan.

Tuesday, October 11, 2011

Sayunya nasib bangsaku


Oh alangkah sayunya hatiku
Bila aku melihatkan bangsaku
Kasih sayangnya sudah musnah
Perpaduan sudah punah ranah
Bahkan berlaku di dalam bangsaku
Pergaduhan dan tipu menipu
Kasih sayang sudah tidak lagi dipeduli
Masing-masing hidup cara sendiri

Alangkah malang bangsaku
Cuba bersatu tapi tidak mampu
Malah makin menjauhkan antara satu sama lain
Kerna kita hanya tahu menggunakan akal semata
Tuhan tidak dibawa bersama
Tuhan tidak diambil kira

Sebenarnya kunci segalanya
Bila kita mencintai Tuhan
Cintakan Tuhan perpaduan dan kasih sayang
Pasti Tuhan segera mewujudkan

Oh marilah,kita semua menyintai Tuhan kita
Agar bangsa dan juga negara bersatu dan berpadu semula
Ampunan Tuhan menaungi bumi Tuhan dirahmati
Kasih sayang berbunga semula
Semua insan hidup berharmoni

Wahai Tuhan datangkan segera
Penyelamat bagi kami semua
Menyatukan bangsa dan juga negara
Semoga hidup aman bahagia

*******
Inilah hakikat bangsa kita hari ini. Berbalah kerana kuasa, pangkat dan harta, sehingga mengenepikan ukhuwwah islamiyah; persaudaraan sesama muslim. Setiap perbezaan bukan diraikan malah mahu mencari siapa yang benar dan siapa yang salah. Saling menuding jari mencari siapa yang salah, & bukannya mencari penyelesaian. Itulah bangsa kita. Kita mengatakan kita muslim, tapi setiap pembawaan diri seorang muslim dalam kehidupan kita ketepikan. Secara ringkasnya, hal ini terjadi boleh jadi kerana tiada CINTA untuk PENCIPTA, niat yang tidak telus & IKHLAS semata-mata kerana Allah, kerana mencari redha Allah, tetapi adalah sebaliknya, semua tindakan hanya untuk kepentingan dunia! Sehingga sanggup menegakkan benang yang basah untuk kekal dengan pangkat dan kuasa. Sampai bila kita akan terus begini?
Tepuk dada, tanya iman, refleksi minda, ambil tindakan :)

Monday, October 10, 2011

Esok dah mula dah... :)

Assalamualaikum..

Esok dah mula final exam, insyaAllah.
Matlamat sesebuah pembelajaran di dalam kelas, bukan semata-mata untuk menjawab soalan peperiksaan, tetapi adalah untuk (yang paling UTAMA) mencari redha Allah! Kita menimba ilmu untuk memakmurkan muka bumi Allah, menjadi Khalifah sebagaimana yang diperintahkan ke atas kita. Bukan semata-mata untuk lulus exam. Silap besr kalau kita belajar bertahun-tahun kerana mahu dapat pangkat dan harta, tanpa sedikitpun diniatkan kerana Allah, kerana untuk mendapat redha Allah. Setiap hal yang dipelajari juga sepatutnya (baca sekali lagi: SEPATUTNYA) mampu menambahkan lagi keimanan kita kepada yang Memiliki setiap Ilmu di langit mahupun di bumi! Semakin kita belajar, semakin kita dekat dengan Allah. Semakin kita belaja, semakin bertambah cinta kita kepada Allah. Itu yang sepatutnya dan sewajarnya. Setiap ilmu yang kita peroleh, secara formal atau sebaliknya adalah milik Allah. Kita hanya diberi pinjam. Sekelip mata, kita mampu kehilangan segala-galanya, sebab kita tiada kuasa. Kita selaku peminjam, perlu merelakan apabila Yang Memberi pinjam mahu mengambil semula apa yang dipinjamkan.

Peperiksaan sekadar untuk menguji kefahaman kita dalam hal yang telah kita pelajari, untuk melihat sejauh mana penguasaan kita dalam sesuatu perkara. Tapi, bukan bermakna kita perlu mengatakan "Gagal exam tak ada masalahnya.. yang penting ilmu itu ada. Kita tahu kita belajar, cukuplah.." Ilmu memang ada. Tapi, kita ini manusia biasa yang perlu kepada penilaian untuk membangunkan diri kita sendiri. Exam merupakan salah satu caranya. Usahakan yang terbaik untuk menjadi lebih baik! Insya Allah.

 
Buat sahabat-sahabat seangkatan,
Salam imtihan. Peperiksaan ini hanya peperiksaan dunia. Jangan merasakan bahawa hal ini merupakan sesuatu yang sangat berat untuk dihadapi, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya, dengan sesuatu yang tidak terdaya untuk dipikul oleh hambaNya. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Usahakan yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Allah tidak menyoal tentang bagaimana hasilnya, tapi Allah tanya bagaimana usaha kita.Doa senjata yang paling UTAMA! Wallahu'alam.

Wassalam
NSA :)

Saturday, October 8, 2011

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.. :)

Assalamualaikum...


Tiada ucapan yang selayaknya untuk diungkapkan terlebih dahulu melainkan 'Alhamdulillah'. Ucapan yang menzahirkan kesyukuran atas nikmat hari ini, hidayahNya, rezekiNya, dan segala-galanya yang dikurniakan dari Pencipta Alam ini.

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik sepotong nama, Diana Amir. 
'Subhanallah!'Hanya ungkapan itu yang mampu dizahirkan saat melihat wajah ayu ini kini bertudung. Satu perubahan besar! Tiada siapa mampu menduga. Hidayah milik Allah,kan. 

Siti Nordiana
Tidak lupa juga Penyanyi, Siti Nordiana. Beliau juga antara yang melakukan perubahan.
Insya Allah. sikit-sikit. Perubahan bukan boleh berlaku secara drastik. Perlahan-perlahan, kita jadi lebih baik, semakin baik dan terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Manusia memang takkan mampu mencapai kesempurnaan, tapi manusia mampu untuk berusaha untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik, kan?
Lagipun, Allah tak tanya tentang hasil yang kita dapat, tapi Allah tanya usaha kita. Allah tak tanya, sama ada kita dapat ubah dunia atau tidak, tetapi Allah tanya apa yang kita buat untuk ubah dunia.
Dalam pada itu, ada juga suara-suara negatif yang memandang serong perubahan mereka ini sebagai salah satu cara untuk mencari publisiti semata-mata. Nauzubillah. Lebih baik kita berbaik sangka daripada berburuk sangka. Mereka berubah kerana Allah, dan bukan kerana dunia. InsyaAllah.

Semoga kita semua istiqamah dalam setiap segi perubahan yang kita laksanakan. Semoga penghijrahan yang dilakukan oleh artis-artis belia ini mampu membuka mata belia hari ini tentang hakikat syariat islam. Semoga niat kita ikhlas semata-mata keranaNya, dan bukan semata-mata untuk berfesyen dan dipandang cantik. Amalan itu bermula dengan niat. Niat yang ikhlas kerana Allah adalah sebaik-baik niat dalam setiap tindakan. Insya Allah :)


Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah yang membolak-balikkan hati manusia,
tetapkanlah hati kami di atas landasanMu.
Tenangkan jiwa kami dengan sentiasa memegang syariatMu..
Teguhkan hati kami untuk sentiasa beramal dengan sunnah RasulMu..
Pelihara hati kami agar sentiasa mencintaiMu..
Sesungguhnya, dalam kekuasaanMulah hati-hati kami..
Engkaulah Tuhan, pemilik seluruh Alam..
Amin~

:)

Monday, October 3, 2011

KEM Amali Solat di SMAPutra, Putrajaya.

Assalamualaikum,..


Alhamdulillah, dengan izinNya, saya dan sebelas orang rakan yang lain telah selesai melunaskan tanggungjawab yang dititipkan. Kerjasama dari pelajar tingkatan 1 SMAPutra juga begitu memberangsangkan. Sejujurnya, saya sendiri tidak sangka mereka seramah itu. Berbeza dengan pelajar maahad sendiri. Mungkin persekitaran yang membezakan. Mereka rancak bercerita, tidak malu bertanya, walaupun perkenalan tidak sampai seminggu. Begitu ramah. Jujur. Saya rindukan wajah mereka. Mereka mahu belajar. Walaupun, ada ketikanya mereka terkasar, mereka tidak kekok untuk memohon maaf. Mereka batch pertama. Tiada senior. Atas sebab inilah, kami dititipkan tugas ke sana. Untuk membetulkan, yang mana termampu. Kami juga berusaha semampu yang boleh. Masa yang singkat tidak membataskan kemesraan antara kami dan mereka. Dari awal perkenalan mereka sudah meraikan kedatangan kami.

Untuk adik-adik akak,
Jaga diri elok-elok, ya.Berusaha untuk jadi kakak yang terbaik untuk adik-adik form 1 tahun depan. Jaga aurat, jaga sahsiah. Jaga akhlak. Jaga ikhtilat. Jaga maruah. Ingat, kita adalah muslim yang belajar. Muslim yang belajar sentiasa bawa perubahan baru dalam diri. Akak tahu adik-adik akak di SMAPutra semuanya baik-baik. Insya Allah. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. :) Serius. Kita takkan mampu ubah diri kita secara drastik. Sikit-sikit. Istiqamah. InsyaAllah. Akak suka sikap adik-adik yang tak malu untuk bertanya. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi :)

Wassalam..
Kakak 'hamidiah' :)