Saturday, July 30, 2011

30 Julai 2011 ;)

Assalamualaikum..

Pagi (Around 6.30 a.m.)
Kuliah Subuh di De'Wakaf.
Menjelang Ramadhan :)
Rasulullah mengaminkan doa Jibril; 
berkaitan dengan mereka yang sempat hidup di dalam bulan Ramadhan, 
namun setelah Ramadhan berlalu dosa mereka masih tidak diampunkan, 
maka celakalah mereka.
Nauzubillah.
Manfaatkan setiap detik dalam bulan Ramadhan.
Uruskan masa sebaik mungkin.
Ramadhan bukan Maqasid (tujuan).
Ramadhan merupakan alat untuk mencapai ketaqwaan.
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ 
(surah al-Baqarah ayat 183)

Ibu beli Solusi edisi Khas Ramadhan daripada cik Gayah :) *yeay!
Ada sarapan.
Alhamdulillah, kenyang :)

Selesai sarapan, balik kejap. Baru dapat tahu ada tusyen. Pukul 10.30. 
Gotong-royong di De'wakaf kejap. Tak banyak. Tolong sikit-sikit saja. Balik rumah lagi. Ambil buku Addmath :) Pergi rumah Cikgu Nazz dengan Nur Syafiqah *kami kembar nama :) 
Study chapter 11. *azimah kata senang.
Alhamdulillah. Allah permudahkan :) 
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Sementara tunggu kawan lain *yg tengah study chapter lain
Dahlia study chapter 8, Azimah study chapter 10, 
Syafiqah (*kembar nama saya) study syariah *boleh pula...
inilah hasilnya :)













Itu saja :)
Assalamualaikum.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, July 29, 2011

Ingin berubah :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Hari ini saya berpeluang menghadirkan diri ke program Transformasi Kendiri. Program khas untuk pelajar puteri Smka Maahad Hamidiah. Pengisian utamanya berkaitan dengan Ikhtilat. Turut disentuh adalah, isu hedonisme. Rata-rata remaja hari ini sering meletakkan hedonisme itu sebagai salah satu perkara penting dalam kehidupan.

“Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.” 
Islam tidak melarang kita berhibur. Hanya memberi panduan. Hiburan yang paling berkesan untuk menghilang kegusaran di jiwa adalah dengan mentadabbur ayat-ayat Allah. Kita seronok melaung-laungkan bait-bait lirik penyanyi-penyanyi kafir yang tidak mengakui kewujudan Allah, tanpa kita tahu bahawa semua itu merupakan apa yang telah direncanakan oleh musuh Allah untuk merapuhkan jiwa umat islam. Mereka bertindak sedemikian untuk menyingkirkan nilai diri seorang hamba dalam diri setiap muslim. Seorang muslim yang mempunyai nilai dir seorang hamba dalam dirinya, sanggup berkorban apa sahaja untuk Pencipta yang satu. Namun, musuh-musuh Allah mengakui kelemahan kita. Mereka mencucuk jarum untuk membiarkan umat islam terus hanyut dan leka terbuai dengan keasyikan dunia sehingga melupakan tanggungjawab terhadap Allah.

"Saya nyanyi lagu-lagu tu suka-suka sahaja. Solat saya tetap solat. "

Boleh jadi inilah yang akan lahir kalau tidak dari mulut, hanya dari corong hati. Kita tidak boleh mengasingkan antara islam dan kehidupan. Islam itu cara hidup yang syumul. Solat kita penentu kehidupan kita. Baik solat kita, baiklah kehidupan kita. Solat mencegah kita daripada berbuat kemungkaran. Rasulullah menyuruh kita membenci kemungkaran (selemah-lemah iman). Bagaimana dengan kita? Kita adalah sebaliknya. Kita bangga melaung-laungkan bait-bait lirik penyanyi-penyanyi yang tidak mengakui kebesaran Allah. Telah berjayalah musuh-musuh islam dalam meletakkan satu racun dalam hati kita. Kerana lambat laun hati kita akan gelap. Satu titik. Satu titik. Akhirnya gelap sepenuhnya. Nauzubillah. Kita masih mampu merubahnya. Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong insya Allah. Step by step. Fake it till you make it.


Ungkapan Ustazah Marzilah,

Biasakan yang betul.Betulkan yang biasa.

Berbalik kepada prorgam Transformasi Kendiri, terpalit sedikit kekecewaan. Apabila saya mendengar ada antara pelajar yang sememangnya saya hormati, mengomel apabila pelajar yang duduk di bahagian belakang menyuarakan bahawa mereka tidak mendengar dengan jelas video yang sedang dipaparkan. Bukan saya mahu memperbesar isu kecil begini. Tetapi, kita patut meraikan kehadiran mereka di program itu. Kita tidak tahu, kehadiran yang mungkin dipaksa-paksa pada awalnya akhirnya mampu merubah diri mereka sedikit demi sedikit. Kita patut meraikan setiap hal kebaikan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini mampu menjadi pendorong untuk mereka berubah. Kita selaku insan yang menjadi penggerak untuk mendorong insan lain berubah atau dalam kata lain, seorang Dai'e perlulah sentiasa positif dalam membentuk perubahan dalam diri mereka. Perubahan sukar untuk berlaku dalam masa yang singkat.


Bayi sebelum pandai bertatih, perlu belajar untuk merangkak, duduk dan berdiri. Berperingkat. Begitu juga dalam membentuk perubahan dalam diri. Usaha yang berperingkat dan berterusan. Anak kecil semasa pertama kali belajar berjalan, entah berapa kali jatuh. Setiap kali jatuh, dia akan bangun lagi. Tidak pernah serik. Begitulah analoginya dalam membentuk perubahan diri. Teringat sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang sahabat di Smka Maahad Hamidiah.

Analogi si anak gajah.
Seekor anak gajah telah dirantai sejak kecil. Sejak hari pertama dia dirantai, dia berusaha untuk melepaskan diri daripada rantai yang membelenggunya. Walaubagaimanapun, usahanya gagal. Penat berusaha. Akhirnya, si anak gajah tidak pernah berusaha untuk membebaskan dirinya lagi. Sehinggalah si anak gajah meningkat dewasa. Tubuhnya besar. Namun, si anak gajah tidak pernah berusaha untuk membebaskan diri. Hal ini terjadi kerana si anak gajah telah berputus asa untuk mencuba sejak kecil. Akhirnya, si anak gajah ini terus dibelenggu rantai yang mengikat dirinya walaupun sebenarnya dengan sekali rentapan sahaja si anak gajah ini mampu mengubah nasibnya.

Usaha kita dalam membentuk perubahan itu perlu berterusan. Istiqamah. Tanpa mengenal erti putus asa. Sebuah lagi kisah yang turut disampaikan oleh seorang sahabat di Smka Maahad Hamidiah ketika forum Isra' dan Mikraj. Kisahnya berkisar mengenai seorang pemuda yang tinggal di dalam sebuah kampung. Si pemuda ini seorang yang sangat rajin berkebun (*kalau tidak silap). Walaubagaimanapun, si pemuda ini, tidak pernah menunaikan tuntutan solat sejak kecil. Penduduk kampung tersebut yang sangat prihatin terhadap pemuda itu sering mengajak ulama' untuk mendidik si pemuda itu untuk bersolat. Setiap ulama' yang datang bertemu si pemuda itu, pasti akan bersyarah panjang terhadap si pemuda. Suatu hari, seorang 'alim telah dijemput untuk mendidik si pemuda itu untuk bersolat. Pendekatan yang digunakan olehnya amat berbeza dengan ulama' sebelumnya. Beliau bersahabat dengan si pemuda tadi dan menetap di rumah pemuda tadi untuk beberapa hari. Tiba hari kepulangannya, dia meminta si pemuda tadi untuk menunaikan solat subuh. Sejak hari itu, si pemuda ini tidak pernah meninggalkan solat subuh. Kemudian, tahun berikutnya, si 'alim ini datang lagi berjumpa dengan si pemuda itu. Si 'alim ini bertanya mengenai perihal solat subuh si pemuda. Alhamdulillah, tidak pernah tinggal. Si 'alim ini menetap bersama si pemuda itu untuk beberapa hari. Sebelum pulang, si 'alim sekali lagi meminta agar si pemuda itu untuk menunaikan solat zuhur. Sejak hari itu, si pemuda itu tidak pernah meninggalkan solat subuh dan solat zuhur. Begitulah tahun-tahun berikutnya. Si 'Alim ini, mengambil masa 5 tahun untuk menjinakkan si pemuda untuk bersolat lima waktu sehari semalam. Perubahan yang sedikit demi sedikit tapi berterusan.

Namun, janganlah perkara ini menjadi alasan untuk kita bertangguh. Secara berperingkat tidak bermaksud kita perlu bertangguh dalam melaksanakan perubahan tersebut.

The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh

Karya Hlovate antara penceritaan terbaik mengenai manusia yang  ingin berubah. Bermula daripada seorang remaja lelaki yang cintakan art&music, Fend mula menjinakkan diri dengan masjid apabila tiba-tiba Chad mempelawanya untuk ke Australia. Pengembaraan mereka ke Australia seterusnya membawa perubaha besar dalam diri mereka. Berpuasa di Australia. Membina ukhuwwah bersama jemaah di masjid; tempat mereka menumpang tidur. Bangun di sepertiga malam. Berbuka bersama. Bertadarus bersama. Keindahan ukhuwwah yang terbentuk hasil dari iman yang tersemai, meskipun berbeza bangsa dan budaya. Pengalaman di sana mengajar mereka erti kehidupan. Pada awalnya, mereka sendiri liat untuk berubah. Tetapi, secara berperingkat mereka membawa diri mereka setapak demi setapak ke arah perubahan yang lebih baik.

Berdasarkan dua kisah ini, kita dapat mengambil kesimpulan, perubahan mampu dibentuk melalui jalinan ukhuwwah yang kukuh. Kasih sayang kerana Allah merupakan kunci untuk mendidik diri kita sendiri serta diri sahabat kita ke arah yang lebih baik.

*******
Buat sahabat.
Peringatan ini buat kita bersama. Kita sama-sama manusia. Kehidupan kita di dunia ini cuma sementara. Beringatlah sebelum menghadapNya. Hiburan itu dunia semata-mata. Ketenangan yang abadi itu datang dariNya. Kenapa perlu mengharap pada makhluk yang tak sempurna? Kembalilah padaNya. Kerana Dia sentiasa merindui doa kita. Letakkan cintaNya di tangga pertama. Letakkan Dia di tempat selayaknya. Bahagia hari ini bukan bahagia selamanya. Takut nanti di sana kita kan kecewa. Sahabat, sayang ini keranaNya. Semoga kita nanti di bawah naungan RahmatNya, di sana. Amin.

********
Ramadhan bakal menjelang. Iman melonjak-lonjak girang. Syaitan berang.

Salam Ramadhan 1432h.
Maaf dipohon menyucikan diri sebelum tibanya Ramadhan.
Saya hanya manusia biasa. Maafkan saya kalau saya salah.
wallahu'alam
Wassalam :)
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Tuesday, July 26, 2011

4 Ibnu Sina ♥


Assalamualaikum..

Drama!
Habis!
The end :)

Satu hadiah yang paling bermakna,
KENANGAN.
Belum tentu dapat lalui lagi pengalaman sebegini.

Tahniah, kawan-kawan! :)
 4 Khawarizmi. 4Rusyd. 4Ghazali. 4Razi. 4Ibnusina :) 


‎"..Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri....." (an-nisa:79)

Kita dikritik kerana penglibatan Pelajar puteri dalam beberapa babak tambahan.
Itu silap kita. Yang buruk jadikan sempadan :)

say, Thank you ALLAH! :)
wassalam.


Assalamualaikum..
Baru balik.
Teringat kenangan buat pameran sivik form 3.
Balik lewat malam juga.. :)

 InsyaAllah. Lebih baik.
doakan, ya..!
Prop ada penambahbaikan.
Lakonan, insya Allah.
Lebih baik berbanding petang tadi.
Ada kesungguhan.
Kalah, menang adat pertandingan.
Kita usahakan yang terbaik.
Hasilnya biar Allah tentukan.

Assalamualaikum :)
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Monday, July 25, 2011

Gulp and Gasp :)

Assalamualaikum..
Esok pementasan Drama BI, 
Gulp and Gasp.
Nervous2..
*mcm dia je, yang berlakon.jaga prop je..

Tak kisahlah, menang atau kalah.
Yang penting kita ada kenangan.
Kita ada sesuatu.
Taklah rasa sia-sia sangat..

Kita usaha apa yang patut..
selebihnya serah saja pada ALLAH.
Dia pasti tentukan yang terbaik.
Jangan terlalu taksub untuk menang.
Kalau kalah, pasti kecewa.
Cukuplah kita lakukan terbaik..
berserah padaNya.
Bukan mengalah. 
Tapi, tawakal.

Tiada yang sempurna.
Sempurna bukan milik kita.
Tapi, milik Allah.

*nak pergi buat preparation terakhir untuk esok.
Doakan yang terbaik untuk kami:)
Assalamualaikum
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar


Saturday, July 23, 2011

Ramadhan :)

Assalamualaikum..

Pejam celik. Pejam celik. Tak sampai dua minggu lagi, Ramadhan bakal menjengah.
Kejap saja rasanya. Rasanya baru sahaja menyudahkan Ramadhan yang lalu.

Harapan Ramadhan

Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Nasyid yang dialunkan Raihan ini,
merupakan antara nasyid favourite yang setia dikeudarakan di radio saat Ramadhan bakal menjelang.
Sememangnya, setiap yang beriman sangat mengharapkan, Ramadhan yang dilalui memberi makna. Membuahkan natijah berharga buat diri. Ramadhan madrasah kehidupan. Dalam bulan Baraqah ini, kita mempelajari erti tabah dan jerih payah. Dalam bulan baraqah ini, kita mempelajari erti nikmat pemberian Allah kepada kita. Dalam bulan Ramadhan inilah kita mendidik nafsu. Memperbaiki diri. Dan usaha itu semestinya bukan sekadar sepanjang Ramadhan. Namun perlu dikekalkan, dalam kehidupan mendatang.
insya ALLAH. :)

Wallahu'alam.
wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

no title :)

Gambar KOT











credit to: kamera Jehaada & Aliyana.
juga tuan punya kamera :)

Raja Drama :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Akhirnya, berpeluang juga nak update blog. 
'Connection' internet ada masalah. 
Esok, ada latihan drama.
Esok, Tok mak & Mak Su datang :)

Selasa, presentation drama..
Risau sangat.
Props banyak tak siap lagi.
Tapi, insya Allah.
Usahakan yang terbaik. 
Hasilnya biarlah Allah yang tentukan.

Sunday, July 17, 2011

taip laju-laju :)

Assalamualaikum..

Penat menaip.
Sekarang perlu taip laju-laju.
Walaupun sememangnya hakikat diri ini menaip agak lambat ;) 
Banyak benda kena taip.
Kerja kelab Media ;)

"Allah tidak memberati seseorang dengan apa yang tidak dia terdaya.."
+ taip saja. bukan perlu bermain pedang pun..
menaip pun susah ke?
tercongok depan ladtop, gerakkan jari..
tak susahpun...

- memang tak susah, tapi lenguh-lenguh rasanya badan ni..
dua tiga jam tak berganjak dari depan ladtop ibu..

+ kalau dah malas tu, macam-macam alasan nak diciptanya.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Diam.

+ Dah memang amanah itu terpikul di bahu.
Laksanakannya sepenuh hati.
Jangan umpama melepaskan batuk di tangga.

Diam lagi.

"Ya Allah permudahkanlah kerjaku.."

sambung kerja...
wassalam :)

kejora, kejora, kejuara * tersasul

Assalamualaikum..


kejora masuk padang,
semua pandang-pandang..
berdenting tang berdentang musuh ditentang
kejora pasti menang :)


kak wina: Kejora..
Kejora: Juara :)

gambar credit to : nazirul sarah a.k.a Ajie :)

finally,..
alhamdulillah.
tak sangka.
walaupun, tak banyak menyumbang,
tapi adalah juga dari tiada langsung :)
alhamdulillah..

*waiting for picture from Jehaada:)

*******

Things to be done:
i. Homework addmath :)
ii. Kerja kelab Media banyakk..
iii. peka Physics
iv. revolusi dakwah-Edisi ramadhan
v. preparation for props (gulp and gasp)
vi. preparation for oral BM
vii. preparation for formative test

"Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia jua menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.."
surah al-baqarah : 286
******
Pejam celik, pejam celik.Tinggal lebih kurang dua minggu lagi bulan syaaban berbaki.Setelah itu, Ramadhan akan menjelang sekali lagi. Teringat pada penceritaan yang dibawa oleh penulis novel terkenal, Hlovate mengenai kisah Fend dan Chad yang merantau ke Australia, *kalau tak silap dan melalui ramadhan di sana. Pengalaman mereka menyambut Ramadhan di sana, mematangkan diri mereka dan mengubah mereka 180 darjah kontra dengan diri asal mereka. Bumi ALLAH luas. Hidayah milik ALLAH. Dengan izinNya, sesiapa sahaja mampu beroleh hidayah dariNya.

Suasana seumpama yang digambarkan dalam novel inilah yang sangat dirindui tika menjelang Ramadhan. Malam-malam Ramadhan di Malaysia kontra berbanding kisah yang diketengahkan oleh penulis novel cotengan jalanan. Kalau di Malaysia, sepuluh malam pertama, saf jemaah yang bertarawih di surau penuh. Namun, hal ini beransur-ansur berkurangan. Akhirnya, pada sepuluh malam terakhir hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih setia bertarawih. Kebanyakan yang lainnya, sibuk dengan persiapan Aidilfitri. Suasana malam-malam terakhir Ramadhan sering disambut dengan warna-warni lampu neon dan juga pelita yang dipasang di halaman rumah. Pada hari-hari terakhir Ramadhan, siaran televisyen dan radio mula mempromosikan Aidilfitri dengan mengalunkan dan menyiarkan lagu-lagu serta program-program Aidilfitri. Tempat yang menjadi keutamaan pada malam-malam terakhir ialah, pusat membeli belah. Berbelanja bermacam-macam barangan tanpa mengambil kira pembaziran. Aidilfitri hanya sehari, tapi di Malaysia, Aidilfitri seolah-olah disambut sebulan penuh.Syawal seolah-olah medan untuk membalas dendam setelah sebulan menjalani ibadah puasa

.Kita sangat dianjurkan besederhana dalam berbelanja sama ada dalam persiapan menyambut syawal mahupun persiapan berbuka puasa sepanjang Ramadhan. Biasanya, ketika bulan Ramadhan inilah perbelanjaan meningkat. Sepatutnya, sepanjang Ramadhan perbelanjaan semakin dapat di jimatkan, tapi hal yang terjadi adalah sebaliknya. Juadah ketika berbuka adakalanya sampai tak muat meja. Akhirnya menjadi sajian tong sampah. Suatu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.

Ramadhan sekolah bagi pembentukan peribadi mulia.
Ramadhan menjanjikan kebaikan dan manfaat dari setiap aspek.
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

"Ya ALLAH berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban. Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Wallahu'alam.
wassalam:)
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, July 15, 2011

Salju Sakinah ♥

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga membaca Salju Sakinah karya Zaid Akhtar.
Dah lama teringin nak baca, walaupun ada rakan yang mengatakan kisahnya 'biasa-biasa' saja. 
Bukan itu yang saya kisahkan. Yang saya tahu, banyak input dari novel sebegini. 
Sebagaimana yang saya peroleh dari tiga novel karya A. Ubaidillah Alias terdahulu. Juga Tautan Hati karya Fatimah syarha. Tidak ketinggalan, karya ringkas dan 'selamba' Hlovate, Contengan Jalanan.
Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan pengajaran.

Wallahua'alam~

Petang jumaat *unknown title

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Atas izinnya, masih boleh merasa nikmat di atas muka bumi ini. 
Badan rasa macam nak demam. Sejuk. Mungkin sebab hujan pagi tadi. Hidung & mata tak berhenti-berhenti keluar air. 

Sakit itu ujian ALLAH. Sikit saja ALLAH nak uji.
Hari ini, terpaksa ponteng 'Transformasi Kendiri'. 
Sori :( 
Tak ada transport nak balik.
Tak sempat nak jumpa kak Azzera & Ist/Nadrah.
Itupun bersyukurlah dapat balik.
Thanks Mira :)

Esok ada KOT (kejohanan olahraga tahunan)
Tengah berkira-kira,
nak pergi atau tak..
Kalau pergi, balik kena tumpang orang.
(mira la tu..~)

Pendebat BM (Afiqah esp.), Pendebat BI (Ulfah&Arif) & Pendebat B.Arab, All the best. 
We pray the best for all of you.
Lepas ini, fokus untuk presentation drama (gulp and gasp).

******
Selagi kita berada di atas muka bumi Tuhan, 
kita tidak akan pernah berhenti dari bekerja.
Bekerja dan berkhidmat untukNya.
Mencari bekalan untuk dibawa ke sana.
Mencari kebahagiaan yang abadi di sana.

"Bekerjalah umpama kamu akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi ini,
beribadahlah umpama kamu akan mati dan menemuiNya esok hari.."

Wednesday, July 13, 2011

Penat?

‎"A life without difficulties is a classroom without lessons."
Susah, senang. Semua ujian Allah. Penat, seronok. Ada sebab dan tujuannya. Biar kita penat di sini. Jangan kita penat di sana. Penat di sini akan berakhir suatu ketika nanti. Penat di sana tak terganti. Tak terhenti. Penat di sini, kita masih mampu mengukir senyuman sebagai penawar. Penat di sana nanti, tiada lagi penawarnya. Penat di sini bakal terbalas. Itu janji Allah.

******
Kem Smart Solat

Dah habis. Menguruskan program khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 1, memberi 1001 pengalaman menghadapi karenah manusia. Ada yang begitu. Ada yang begini. Manusia tiada yang sempurna. Termasuk diri ini. 

Ditugaskan sebagai urusetia menjadi penggerak program sebelum berlangsung. Ajk Hadiah. Selisih faham tak mampu dielakkan. Pengalaman mengajar kita untuk lebih matang, insya ALLAH. Pada hari program akan bermula, seorang sahabat mengkhabarkan saya perlu menjadi fasilitator bagi program ini, mengganti seseorang. 
"Okeyy.." pada awalnya berat hati, kerana tiada persediaan awal.

Malam bermulanya program, saya dimaklumkan, tidak perlu berkhidmat sebagai fasilitator kerana fasilitator asal dapat menghadirkan diri. Macam-macam input saya peroleh dari program ini. Selaku urusetia, hanya memantau sepanjang perjalanan program, kadang-kadang saya berhenti untuk mendengar penerangan yang dibuat oleh fasilitator kepada kumpulannya. Ada input yang hinggap. Alhamdulillah. Kurnia dariNYA. 

Tiga hari berlalu, terasa sangat pendek.
"Dah habis?" Kenangan saja yang tinggal bersemi.
Penat? :) Kalau tak penat, bukan manusia..
Tentu-tentunya, yang terbayang-bayang saat itu, homework yang bertimbun-timbun. Tak disentuh. Tapi, alhamdulillah. Dah dapat settlekan semua Homework addmath, biology dll yang tak bersentuh untuk tiga hari. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kan? 
Sekarang fokus untuk KPI (Kempen Penghayatan Islam)

*******
Kita bukannya sempurna.
Apabila ada yang menegur, pasti ada yang tersirat cuba Allah sampaikan pada kita. Positifkan setiap kenyataan. 
What you see is what you get!

Melihat kesukaran sebuah perjuangan itu sebagai jalan ke syurga, kita akan memperoleh ketabahan dalam perjuangan.. :)

Wassalam..
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar:)

Rindu bertamu lagi..

Tahun lalu,
sempat ku bersamanya..
gembira.
Namun, ku masih tercari bahagia..
bahagia yang tak mampu 
terucap melalui kata..
Entah bila mampu ku rasa..
 Semoga tahun ini,
masih ada detik istimewa..
bersama dia yang ku rindui.
Akan ku nanti
kedatangannya..
yang tidak sampai sebulan lagi..

"Ya ALLAH, Berkati kami di Rejab dan Syaaban.
Sampaikanlah kami ke Ramadhan.."
Amin:)

Anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, July 1, 2011

Short post :)

Assalamualaikum,..

Imam Muda Final Malam ini.
Sedang berusaha 'settle-kan' soalan 'add math'.
*sempat pula update blog..

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dah keluar. 
Ada masalah dengan subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi)
ALLAH suruh usaha lebih lagi. 
Macam mana Cikgu Ezana kata,
 "ALLAH rindu doa kita.."
Mungkin itulah yang perlu diperbanyakkan lagi. 
Insya ALLAH.


"sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan,.."
[al-Insyirah:6]

Dua kali ALLAH ulang ayat ini dalam surah al-Insyirah. Janji ALLAH itu pasti. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan kemudahan yang akan menyusul.

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.."

Itu kata pepatah melayu.

"Orang yang banyak ketawa, akan banyak menangis suatu hari nanti.."
*macam terkena batang hidung sendiri pula



Apa-apapun, ALLAH itu Maha Adil. DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Setiap ketentuanNYA ada tersirat hikmah buat mereka yang benar-benar yakin akan kekuasaanNYA. Redha dan syukur dengan setiap ketentuanNYA, serta berusaha untuk menjadi lebih baik adalah tindakan terbaik. 
Dalam hal dunia, lihatlah mereka yang kurang dari diri kita supaya kita merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak berhenti berusaha. Namun, dalam menuntut ilmu dan hal akhirat, lihatlah mereka yang lebih dari kita, supaya kita berusaha untuk menjadi lebih baik.



wallahua'alam..
wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar