Bismillahirrahmanirrahimm..
Bukan mudah untuk berubah daripada satu benda yang kita dah biasa buat, walaupun perkara itu berdosa. Tanpa keazaman yang betul-betul teguh, ditambah lagi dengan pengaruh persekitaran yang tidak membantu, usaha untuk melakukan perubahan pasti sukar dan terbantut. Cik arkitek pernah membaca nukilan salah seorang kolumnis majalah GenQ. Bagaimana seorang pelajar yang terdetik di hatinya untuk berubah, tetapi niat itu hanya mati di situ apabila mereka yang berada di sekelilingnya sering memandang negatif dan menuding jari ke arahnya setiap kali ada perkara buruk yang terjadi. Padanya, 'sia-sialah aku jadi baik, dah kalau semua orang tak percaya pun pada aku. Semua orang anggap aku ni jahat walaupun aku dah berubah. Kalau macam tu, baik aku terus jadi diri aku. Diri aku yang selalu mereka perkatakan, yang selalu mereka burukkan.' Bukan seorang dua yang rasa macam ini. Rasanya semua orang yang kita kata mereka jahat, ada terdetik di hati mereka perasaan seumpama ini.
#Kenapa yakin sangat? Kalau dah jahat tu tetap jahatlah jugaa..
Semua orang fitrahnya bersih. Suci. Pernah cik arkitek terdengar suatu kisah di mana, ada seorang mat rempit yang kalau sekali kita pandang, kita pun takut nak dekat, dengan gaya samsengnyaa. Tapi, si mat rempit ini tadi, telah berhenti di tepi jalan semata-mata untuk mengangkat bangkai kucing di tengah jalan. Itu kisah yang dikongsi dari seorang doktor. Si doktor yang pada awalnya menyangka dirinya hebat, kerana menyelamatkan nyawa orang tiap-tiap hari, terkedu. Tidak terlintas di hatinya untuk melakukan tindakan seperti mat rempit tu. Mungkin anda kata perkara kecil je. Membuang benda yang menghalang jalan, itu perbuatan baikkan..? Sejahat-jahat manusia pun, pasti ada satu sudut dalam hatinya dia mahu bertaubat dan betulkan diri dia. Tapi, itulah persekitaran tak membantu. Orang sekeliling hanya tahu mengata, mengata dan mengata. Kalau tak kuat, memang payah nak berubah. Kenapalah kita ni suka sangat nak menghukum orang? Tak boleh ke kita ni bantu mereka. Bukan sesuka hati je kata 'awak tu dah jahat sangat. Allah pun tak ampunkan awak. Neraka jelah tempatnya..' Siapa kita nak hukum orang, cakap mereka ni penghuni syurga ke neraka. Allah je yang tetapkan semua tu. Jangan sebab kita rasa kita ni banyak ilmu&amal, kita dah layak masih syurga, dan kita dah layak untuk hukum orang lain! Ingat, kita masuk syurga BUKAN sebab AMAL kita, tapi sebab RAHMAT ALLAH.
#Orang jahat ni, bukannya boleh percaya sangat. Silap hari bulan, dia kenakan kita balik.
Apa kata kalau kita berbaik sangka. Lebih baik, kita berbaik sangka. Tapi, perlu berpada-pada jugalah, jangan sampai macam drama-drama TV. Setidaknya, kita raikanlah mereka yang nak berubah ni. Kita kongsikan berita-berita gembira, seperti Allah suka orang yang bertaubat. Bukannya mencemuh dan mematahkan semangat ingin berubah dalam diri mereka. :)
Kita jangan sesekali rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Boleh jadi, orang yang kita kata kita lebih baik dari dia itu akan mati dalam khusnul khatimah. Kita pula sebaliknya. Siapa tahu. Kita semua sama pada hakikatnya. Sama-sama ada kekurangan. Sama-sama harapkan rahmat Allah dalam kehidupan. Hanya takwa yang membezakan. Jangan jadikan diri kita sebagai penyebab mengapa orang lain tidak berubah ke arah kebaikan. Jangan benci orang kerana kesalahan yang mereka lakukan, tapi benci apa yang mereka lakukan. Siapa kita nak benci orang lain, sebab kita semua sama!
#Kalau mereka tu betul-betul nak berubah, mereka mesti istiqamah. Takkan cakap sikit terus down?
Mereka manusia. Mereka sedar diri mereka pernah buat silap. Mereka mungkin takut untuk bangkit bersama kesilapan tu. Walaupun dah berlalu, benda tu masih membelenggu mereka. Kalau yang kuat, alhamdulillah. Manusia, kann. Kita pun, kalau orang kata lebih-lebih, semangat kita pun hilang. Lagi-lagi dengan keadaan sekeliling yang memang tak membantu. Semuanya dunia. Jadi, bila mereka datang cari kita, dan nyatakan hasrat untuk berubah tu, apa salahnya kita raikan. Jangan pula kita hukum macam-macam. :)
Salam maal hijrah
1433 :)
Wallahua'lam,
wassalam,
cik arkitek.