Alhamdulillah, seronok sangat semalam. Jamuan di rumah Dinie. Terima kasih banyak-banyak, Dinie & semua Outsiders yang datang!Anda semua sangatttt comel! Bukan selalu nak duduk sama-sama & jadi gila-gila sepenuhnya, kann? =) Okay, itu bukan main point untuk entri ni.
Sejak dua menjak ni, apa yang cik arkitek perasan, banyak sangat filem-filem yang tak mencerminkan kita ni sebagai orang islam, negara islam.*bukan selama ni memang dah banyak ke? Kalau dulu, kira, ada tapisan. Tapi, sekarang, semua benda(semakin banyak) boleh untuk tontonan. Cuma tertanya-tanya, di mana letaknya islam dalam hal ini. Adakah kita sangka islam hanya letaknya atas sejadah, pegang Quran dan bertasbih sepanjang masa? Kita sedar tak yang setiap hembusan nafas, kalimah setiap pergerakan sendi kita ni, ada yang menghitung buruk baiknya? Raqib & Atid. Tak pernah lepas dari mencatat kebajikan dan kejahatan yang kita lakukan. Dalam kehidupan. Bukan cuma ketika di atas sejadah semata-mata. Islam itu luas. Islam itu cara hidup. Dalam buat filem, islam ada panduan. Dalam nak buat program itu, dan ini semuanya ada panduan. Hidup kita ni, perlu diukur dengan pengukur yang sesuai, Syariah Allah. Islam. Kemahuan kita tak mampu untuk kenal yang mana betul, yang mana salah. Akal kita kadang-kadang tersila pilih, yang mana dilarang, yang mana tidak. Tapi, iman yang paling tepat. Setiap perkara yang dilarang Allah perlu ditinggalkan, dan perkara yang disuruh perlu dilakukan. Iman yang membuat penilaian yang paling tepat. Tak perlulah kita nak mencari duit kerana mengharapkan publisiti murahan dengan menayangkan filem-filem yang tak sepatutnya. Lama -kelamaan, orang kafir akan nampak kita sama macam mereka. Agama kita, islam, sama macam agama mereka. Serupa. Tiada beza. Sedangkan, yang sebetulnya adalah bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
...Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan al-din (agama) kamu bagi kamu, dan Aku (Allah) telah lengkapkan nikmat-Ku (nikmat Allah) ke atas kamu, dan Aku (Allah) telah reda Islam menjadi al-din (agama) kamu....(Surah al-Maidah:3)
Jangan cakap Islam sama dengan agama-agama lain. Kita berbeza dengan mereka.
“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk dari mereka.”(HR. Abu Dawud dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban).
Jaga diri kita supaya kita dapat beri qudwah. Tanggungjawab dakwah bukan terletak pada bahu seorang yang bergelar Ustaz, Mufti, Imam, Bilal dan sebagainya, tetapi terletak pada bahu setiap orang yang menyatakan bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad pesuruhnya, serta dibuktikan dengan perkataan dan perbuatan dengan sepenuh keyakinan terhadap Allah. Apabila kita kata, kita orang islam, tanggungjawab dakwah tu ada pada kita. Dan, berdakwah tidak semestinya dengan berceramah dan melalui kata-kata mahupun penulisan. Tetapi, melalui qudwah. Ini yang paling berkesan,kann?
Actions speak louder than words=)
p/s: Buktikan kita tak sama! *senyum.
wassalam,
cik Arkitek
No comments:
Post a Comment