Bismillahirrahmanirrahim..
Cik Arkitek ada idea nak tulis tentang apa. Tapi jenuh fikir ayat yang nak dikeluarkan. Naik berpinar-pinar mata ni, tenung skrin fikir. Akhirnya, dapat jugalah nak tulis. Grafik atas ni, gambaran ala-ala pelajar sekolah lelaki nak pinjam nota pelajar sekolah perempuan.
#jadi apa kaitannya dengan ikhtilat. Hal sekolah tu. Boleh kann?
Boleh, tu boleh. Tetapi, lebih baik elakkan. Kalau kita ada rujukan dari pihak kita(sesama jantina) , lebih baik kalau kita utamakan yang itu selagi mampu. Bukan terlalu syadid. Tapi, ini untuk jaga hati kita sendiri. Terutamanya yang perempuan. Serius. Hati perempuan ni mudah luluh. Mudah sangat. Tapi, bergantung juga la kann. Ada orang yang memang hati kering tu, tak tahu nak cakap la. Hati perempuan ni mudaj sangat tersentuh. Pantang usik sikit, mulalah.. :) Itu fitrah. Jangan rasa bersalah. Memang wanita tercipta begitu. Sebab tulah, sebaik-baiknya kita elakkan pergaulan yang berlebihan. Kalau nak berurusan pun, cukup sekadar cakap apa yang perlu. Tak perlulah sampai menokok tambah gelak ketawa dan gurauan yang mencuit hati. Takut nanti hati kita yang ada masalah.
#masalah apa pulak ni?
Masalah hati. Jatuh hati. Kalau jatuh longkang, lukanya nampak. Jatuh hati? Ada nampak lukanya. Nanti mulalah tak menentu. Habiskan masa menghadap FACEBOOK sebab jadi stalker sejati. *wahhh! Sengih sampai tak perasan orang sebelah. Pergi mana-mana dengan harapan dapat jumpa si dia.
#Takkan sampai macam tu sekali?
Ehh, betul. Tengok FB, berapa orang yang angau tak tentu pasal. Update status semuanya jiwang-jiwang. *salah ke? Tak salah. Tapi, kan lagi baik kalau kita ni buat sesuatu yang mampu mengundang redha Allah, kann? Tidak le sia-sia detik kehidupan kita tu, kann? Hidup ni cuma sekali. Muda cuma sekali. So, gunakanlah sebaiknya. Jadi orang yang luar biasa. Semasa muda-mudi lain sibuk berjiwang-jiwang layan perasaan, apa kata kita bentuk peribadi kita. Masa ini lah kita nak ready-kan diri kita untuk masa depan. Tak perlu nak gatal-gatal mencari pasangan hidup*amboi, ready-kan diri untuk menjadi pasangan hidup yang terbaik yang kita mampu supaya Allah pertemukan kita dengan orang yang baik. Kita sibuk mencari, merancang. Kita lupa yang Allah pun merancang juga, dan perancangan Allah itu lebih baik.*okey, jauhnya melerett.
#Tapi, kalau kita ni sedaya upaya jaga, tapi 'orang sana' tu yang mulakan, macam mana? Tak layan, kata sombonglah, kedekut ilmulah, macam-macam...
Bila orang minta, kita kenalah penuhi. Tapi, itu pun berpada-pada. Apa yang perlu. Cuba kita sendiri sarankan pada dia supaya jaga pergaulan. Kalau kita sedaya upaya nak jaga hati kita, insya Allah, Allah tolong. Allah tak menzalimi hambaNya. Dalam urusan hari ini, bukan semua hal kita boleh berjumpa dengan sesama jantina saja. Ada ketikanya kita memang perlu berurusan dengan berlainan jantina demi kemaslahatan umat. Di sinilah perlunya kita jaga peribadi kita, tutur kata kita, adab kita, batas kita. Semuanya untuk elak, ada masalah hati.
#Sekejap. Kalau ada masalah hati, terkesan ke pada diri kita? Kalau setakat jadi stalker tu, macam biasa saja.
Bila muncul masalah hati, hati ni mulalah terisi dengan angan-angan kosong. Semuanya indah-indah. Dah kalau hati dah feeling-feeling macam dalam fairytale cinderella, bila masa pula nak ingat Allah. Ayat ulang tayang : Hati kita ni, hanya boleh diisi dengan salah satu, Allah atau bukan Allah. Kita sibuk berangan, fikir pasal orang tu. Solat memang solat. Tapi, erti sebalik solat tu, wallahu'alam. Itulah dia, mula-mula memang cuma perbincangan/ perbualan biasa. Lepas tu, muncul pula senda gurau yang mencuit hati. Terkekeh ketawa. Semua tu, mula lekat di hati. Terkenang-kenang. Lagha. Buat kita jauh dari Allah.
#ohhh. Macam mana kalau perasaan tu datang tiba-tiba. Perasaan kan datang tanpa diundang..
Banyakkan istighfar. Banyakkan ingat Allah. Tepis semua tu dengan baca ayat Allah. Allah yang hadirkan rasa tu dalam hati kita, Allah juga yang mampu jaga hati kita dari dikotori. Langkah paling utama, paling penting, doa. Itu senjata kita*ayat ulang tayang lagi. Doa. Minta pada Allah agar hati kita terus dekat dengan Allah, agar hati kita terjaga dari perkara-perkara lagha. Kurangkan dengar lagu-lagu cinta *walaupun nasyid. Sebab kadang-kadang lagu-lagu tu buat kita rasa terbuai-buai dengan perasaan. Kalau dah telinga tu minta sangat nak dengar sesuatu yang indah, dengar ayat Allah. Itu yang paling indah dalam dunia kann?
Peringatan buat cik arkitek juga yang mudah lupa :)
ya Allah, permudahkan.
wassalam,
cik Arkitek
p/s: doodle comel tu freebies dari dua orang blogger yang sangat bermurah hati :)
Terima kasih.
Link mereka, ada di ruang kredit. :)
No comments:
Post a Comment