Thursday, November 24, 2011

Remaja & Majlis ilmu.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)

Alhamdulillah, nak dekat seminggu dah cuti sekolah, kann. Cik arkitek hanya mampu terperap di rumah, menghadap skrin ni, menghadap apa saja buku yang menarik. Masing-masing mesti ada plan kann? Keluar buat reunion-lah, outing dengan kawan-kawan, main bowling, tengok wayang. Seronoknya.. Tapi, tak ke lagi seronok kalau kita dapat sertai majlis ilmu. #bosan! Mana ada bosan. Kalau niat kita kerana Allah, kita takkan rasa bosan. Kalau kita letakkan menuntut ilmu sebagai satu kewajipan ke atas diri kita sebagai seorang muslim, ada rasa tanggungjawab, kita takkan rasa bosan walau sedikit pun. Paling tidak pun, seminggu sekali. Kalau dah memang tak boleh sangat, sebulan sekali pun jadilah. Kuliah-kuliah di surau kejiranan mana-mana pun mesti banyak. Apa salahnya join, kan majlis ilmu macam tu umpama taman syurga. Malaikat doakan orang menuntut ilmu ni. :)


#Pergi kuliah? Macam mak cik pak cik je.

Aikk, sejak bila ada law yang kata cuma generasi mak cik pak cik je boleh pergi kuliah? Kita yang muda-muda ni lah kena rajin-rajinkan diri pergi berbagai-bagai kuliah. Banyak yang kita kena belajar. Nak jalani hidup dengan cara yang benar-benar diredhai Allah, mesti dengan ilmu. Kalau nak ilmu, kena belajarlah kann? Kita jangan cakap, 'alah, nanti dah pencen, aku ulang aliklah dari surau. Semua kuliah tak tinggal.' Kita belum tentu ada peluang tu. Orang bertuah saja dapat.Selagi kita ada peluang ni, manfaatkanlah. Tak rugi duduk majlis ilmu.

#ehmmm, memang tak rugi..

Okaylah, Bukan nak paksa "Hari-hari kena pergi kuliah maghrib. Jangan tinggal satu pun!" Kita ajak. Benda baikkan. Tak perlulah hari-hari, paling tidak untuk permulaan, kalau ada majlis ilmu sempena apa-apa Majlis Sambutan Perayaan umat islam, joinlahh. Contoh paling dekat, tak lama lagi maal hijrah. Mestinya, surau-surau/ masjid-masjid dekat kawasan kejiranan tu adakan ceramah.

#Ala, mesti cakap benda sama. Topik sama. Tiap-tiap tahun, benda yang sama je diulang. Bosanlahh~

Kita kan manusia. Memang kena selalu diingatkan dengan perkara yang sama. Dalam menuntut ilmu ni, kita jangan rasa, 'Aku dah cukup hebat! Aku dah tahu semua benda!' Kita kena rendah diri. Walaupun kita dah tahu tentang sesuatu perkara tu, kita anggap saja itu satu bentuk peringatan. Nak ingatkan kita balik. Nak suruh kita muhasabah diri ke mana ilmu tu kita guna. Kalau kita kata kita dah tahu dah, tapi tindakan kita, sikap kita macam orang yang tak pernah tahu, susahlahh. Ilmu tanpa amal macam pokok tiada buah. Itu bukan saya kata, tapi pepatah arab.

Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. (HR. Ath-Thabrani)


#ermm, seganlahh. Mak cik pak cik je yang ramai kat majlis ilmu. Mana ada kawan sebaya.

Memang payah sikit. Remaja macam kita-kita ni, memang semua benda nak ada kawan. Itulah, yang cik arkitek cuba tepis. Ini pengalaman cik arkitek, dulu nak pergi kuliah subuh tu, berat je. Yelah, pagi-pagi. Orang muda lain dok sambung tidur lagi. Memang ibu pun tak paksa. Tapi, lama-lama, berjinak sikit-sikit, rasa seronok pula. Mula-mula, memang macam kena paksa. Memang mula-mula seganlah, tengok semua orang yang baya ibu, abah je. Dan, cik arkitek sangat bertuah kerana memang ada seorang rakan yang istiqamah hadirkan diri ke majlis ilmu macam tu. Cik arkitek dapat kekuatan dari dia. Doakan kami istiqamah. So, masalah tak ada kawan, tolak tepi dulu. Kalau kita betul nak tuntut ilmu ada kawan ke tak ada kawan, sama saja. :)

#Ni memang nak wajibkan pergi majlis ilmu ke?

Bukanlah mewajibkan. Siapalah cik arkitek nak suka-suka hati tetapkan hukum. Cuma ajak. Benda baikkan. Oklah, kalau macam rasa berat nak pergi majlis ilmu, mulakan dulu dengan cara-cara yang ringan. Sekarang kan ada internet. Medium baru. Ustaz-ustaz pun banyak yang guna medium ni untuk dekati generasi kita-kita ni.. Jomlah sahut ajakan mereka tu. Ustaz Azhar Idrus, antara contohnya. Jomlah kita cari ilmu dan amalkannya. Baik untuk kita juga. Kita ni bukan selamanya akan jadi 'budak' selamanya. Kita akan pikul tanggungjawab lain juga suatu hari nanti. Sebagai suami, isteri, ayah, ibu dan paling penting yang memang dah terpikul kat bahu kita, khalifah Allah. Takkan kita nak nafikan tu semua? Takkan kita nak biar jiwa kita ni diisi dengan khayalan yang tak sudah-sudah? Kita isi jiwa kita dengan macam-macam jenis lagu yang semuanya membuatkan kita lupa pada realiti tanggungjawab kita. Bukannya salah nak berhibur, tetapi, kenalah pilih betul-betul dan jangan sampai cedera iman. Wallhua'alam.

Siapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah akan memberikannya pemahaman terhadap Agama (Sahih Ibnu Majah)

Cik arkitek nak  kongsi satu video dari youtube, 
Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi video ini di facebook pagi tadi :)




Peringatan ini juga buat diri sendiri, yang seringkali terlepas pandang.
Betulkan mana yang salah. 
wassalam, 
cik arkitek

No comments:

Post a Comment