Thursday, November 10, 2011

Tak boleh ke kita bersatu?

Photobucket


You and I - Irfan Makki
Cik Arkitek rimas hidup dalam perpecahan.Di mana kesatuan antara kita sesama umat islam.
Umat islam hari ini, suka sangat berpecahkan.. Tak perlu tengok jauh-jauh. Dekat sini. Malaysia. Kita lihat sendiri, macam mana perpercahan kita. Perpecahan itu ikut aliran politik masing-masing. Masing-masing taksub dengan politik, sehingga lupa hakikat kita ini saudara sesama islam. Yang bila solat, berkiblatkan arah yang sama. Kita bersaksi dengan dua kalimah yang sama, tiada Tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad pesuruh Allah. Di mana kita letak tuntutan persaudaraan, ukhuwwah islamiyah kita? Tak bolehkah kita belajar dari peristiwa yang dah berlaku? Macam mana umat islam di Libya longgar kesatuannya, dan akhirnya campur tangan Kafir musyrik memburukkan lagi keadaan. Yang bergaduh tu, sesama islam.*kebanyakannya. Barat cucuk jarum, hasut-menghasut dan kemudiannya bertepuk tangan melihat umat islam bertelingkah sesama sendiri. 
Sesungguhnya orang-orang mukmin (atau iman) itu adalah bersaudara, maka mendamaikanlah (apabila wujud perselisihan) antara dua saudara kamu sekelian. Dan, bertaqwalah (i.e. takutkanlah akan) Allah (s.w.t) mudah-mudahan kamu disayangi (oleh Allah s.w.t) 
[Ayat 10, Surah al-Hujurat]

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Sejauh mana kita memegang kalamullah dan RasulNya ini? Kita sibuk menuduh pihak itu dan ini. Kita sibuk menuding jari terhadap pihak itu dan ini. Tapi, apa tindakan kita untuk ubah perkara itu. Kita biarkan. Kita tuduh mereka dan kita menghukum mereka dengan kebencian. Itu silap. Ya, kita perlu benci kemungkaran dengan hati, dan itu selemah-lemah iman. Tapi, kita cuma disuruh untuk membenci kemungkaran, bukan membenci pelakunya. Kita tak berhak nak benci orang lain. Sebab kita tidak tahu pengakhiran hidup kita. Boleh jadi pengakhiran mereka yang suatu ketika dahulu melakukan kemungkaran adalah Khusnul Khatimah. Manakala kita, Suul Khatimah. Tapi, itu tak bermaksud kita biarkan mereka macam itu. Kita ubah semampu kita.

D O A. Adalah yang paling utama. D O A senjata paling tak ternilai untuk kita, umat islam. Kita jangan asyik kata kita betul, kita betul dan mereka salah. Kita betulkan apa yang mereka salah. Itu baru betul. Kita betulkan mereka kerana sayangnya kita pada mereka. Kita ubah dan perbaiki kesilapan kita kerana kita sayang mereka. Kita doakan mereka kerana sayang kita terhadap mereka sebagai saudara seagama. Bukan kita membenci mereka dan terus memburukkan mereka. Ibaratnya seorang ibu yang marahkan anaknya. Marahnya dia kerana sayang. Di mata anak kecil mungkin ia tanda kebencian. Tapi, akhirnya anak kecil itu akan faham marah itu kerana sayang. Kemarahan itu pula tidak sarat dengan kebencian. Cuma kemarahan yang mempunyai ketegasan dan kasih sayang. Begitulah ibaratnya. Lebih baik kita diam berbanding kita berkata-kata tentang sesuatu yang kita sendiri tiada jalan penyelesaian untuknya. Dah tentu-tentunya, tulisan ini, si penulisnya yang mentafsir dan menghadam maksudnya terlebih dahulu. Memang untuk peringatan dan renungan bersama.Tepuk dada, tanya iman, refleksi minda, ambil tindakan :)

p/s: cik Arkitek cuma bencikan perpecahan yang tiada penghujung.

wassalam,
cik Arkitek

No comments:

Post a Comment