Wednesday, May 27, 2009

UKHUWAH FILLAH....


Indah sungguh ukhuwah yang terjalin ikhlas semata-mata kerana MU, Ya RABBI
Sentiasa dibatasi dengan syariatMU,...
Tidak pernah sunyi dengan kalimah tarbiyah menyucikan jiwa,...
Kalimah Zikrullah sentiasa meniti di bibir...

Tiada yang lebih indah melainkan ukhuwah yang terjalin semata-mata kerana MU,..
Ukhuwah yang terjalin semata-mata mencari keredhaanMU,..
ukhuwah yang terjalin buat mencari kemanisan iman,..
ukhuwah yang terjalin buat mencari rahmat kasihMu...

Ya ALLAH,..
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui ,..
bahawa hati-hati ini telah bersatu buat bernaung di bawah naugan CintaMU,..
bertemu buat mematuhiMU,..
bersatu buat memikul beban dakwahMU,..
dan mengikat janji setia buat menegakkan syariatMU dalam kehidupan...

Ya ALLAH,
Eratkanlah ikatan ini...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,..
Tunjukkanlah hati-hati ini jalan yang benar,..
sinarilah hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMU yang tak pernah padam,..
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
serta keindahan tawakal padaMU,...

Ya RABBI,..
suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMU yang hakiki,..
jika ENGKAU takdirkan kami mati,..
matikanlah kami sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU,...
Sesungguhnya,ENGKAUlah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik PENOLONG....

No comments:

Post a Comment