Tuesday, October 13, 2009

Ana juga manusia...

Ana juga manusia,
yang kadang-kadang letih mengharungi hidup yang tak menentu onak durinya..
adakalanya mencabar keimanan, dan adakalanya memekarkan bunga kebahagiaan. Ana bersyukur kerana ana masih lagi di atas landasan agamaNYA. Ana bersyukur kerana masih lagi berpaut pada tali ALLAH. Meskipun syaitan laknatullah sering membisikkan rona-rona bahagia dunia yang tidak menjanjikan kebahagiaan Akhirat. Alhamdulillah, biarpun kadangkala ana tumpas.. tapi, ana masih bisa bangkit semula bersama kekuatan kudrat yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang buat ana. membetulkan kesilapan yang telah ana lakukan. Kekuatan dan keazaman yang kadangkala lenyap ditelan tipu daya syaitan, masih lagi bersisa dan masih mampu membuahkan usaha. Jutaan kesyukuran ana ungkapkan.

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

No comments:

Post a Comment