Saturday, February 20, 2010

Cinta ini milik siapa?

Assalamualaikum...

Lihat pada dunia hari ini, salah satu fenomena yang tidak lari dari hakikat hidup bukan sahaja hari ini,bahkan semalam, kelmarin.. hakikatnya tetap sama; cinta.Kalimah yang sering mencuri perhatian bukan sahaja muda-mudi malah manusia seluruhnya. Mustahil untuk dikatakan, bahawa ada manusia yang tidak mahu menyintai dan tidak mahu dicintai.
lumrah kejadiaan manusia yang disematkan di hatinya untuk memiliki dan dimiliki, menyintai dan dicintai. Itu satu lumrah yang tidak mampu dinafikan. Namun, dalam kecetekan ilmu manusia yang tidak seberapa, menyebabkan kita hanyut dan akhirnya lemas di lautan cinta palsu dunia. cinta yang berpaksikan nafsu semata. Tanpa secebis pun disandarkan pada RABB yang agung.Sehingga terlupa batas yang telah digariskan dalam islam.

Sewajarnya, cinta itu disandarkan pada Sang PENCIPTA sebelum disandarkan pada makhluk ciptaanNYA.Kerana, dengan cinta yang berpaksikan ILAHI, barulah
KeredhaanNYA bisa dikecapi. Kebahagian juga datang menjengah. Bukan sahaja di atas muka bumi ILAHI ini.. bahkan di sana. Sebagaimana janji ILAHi dalam kalamnya.

"Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang paling dekat (kepada ALLAh), berada dalam syurga penuh kenikmatan, segolongan besar daripadanya orang-orang terdahulu, dan segolongan kecil daripada orang-orang yang kemudian."
(surah al-Waqiah:10-14)

dan FirmanNYA lagi:

"Dan, golongan kanan, Alangkah mulianya golongan kanan
itu. (mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang mengalir terus menerus, dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya,dan katil-katil yang tebal lagi empuk. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung, Lalu kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh cinta dan sebaya umurnya,.. "
(surah Al-Waqiah: 27-38)

Alangkah istimewanya janji ALLAH buat golongan kanan. iaitu mereka yang beriman kepada ALLAH, menyintai ALLAH, dan sentiasa mengingatiNYA. Cinta yang sebenar itu adalah, dengan mengikuti sunnah rasulullah, mentaati ALLAH..

Maafkan diri ini atas kesilapan dan khilaf diri yang tidak disengajakan,..
wassalam..
Anaqi.Norsyafiqahsaifulanuar

No comments:

Post a Comment