Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Ikhlas, tak ikhlas?

Assalamualaikum..

Bicara ini dimulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan nabi yang mulia, juga buat para sahabat serta ahli keluarga baginda. Perjalanan hidup ini bermacam karenahnya. Pelbagai ranjau dan durinya. Seketika kebahagiaan yang kita kecapi. Seketika lagi duka dan hiba yang menghurung diri. Begitulah rentetan kehidupan anak Adam di muka bumi ILAHI. Seketika dipuji. Seketika nanti disisih, dihina malah dicerca. Begitulah hakikatnya kehidupan. Sebentar di atas sebentar lagi di bawah. Kerana itu, dalam menjalani kehidupan ini, sifat yang seharusnya disisihkan daripada diri kita sama sekali adalah sifat bongkak. Takbur. Sifat inilah yang bakal memutuskan amalan kita dengan ALLAH. Dengan sifat yang seumpama inilah, menyebabkan tiada ketulusan yang lahir dari jiwa kita dalam melaksanakan amal di atas dunia ini. Seandainya amalan yang dilaksanakan hadir tanpa sebenih ketulusan yang tertanam di hati, sudah pastinya secara tidak langsung kesannya membawa kepada kehidupan ini. Setiap amalan yang dikerjakan, sentiasa disertai pengharapan agar insan lain menghargai dan memujinya. Bukankah ini sudah cukup menunjukkan riak? Nauzubillahiminzalik.

Biarlah amal kita itu disertai ketulusan dan keikhlasan. Ikhlas itu amat mudah sekali dilafazkan, namun sukar sekali untuk mengesan kewujudannya. Umpama mencari seekor semut hitam di atas sebiji batu hitam. Kehadirannya mampu dirasai, namun sukar sekali untuk mencuri pandangan.

Biarlah hanya ALLAH yang menilai diri. ALLAH itu sebaik-baik PENILAI. PENILAI yang sangat adil dalam melaksanakan penilaian ke atas hamba-hambaNYA. Tidak memandang pada pangkat, harta, keturunan jua rupa paras. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang menjadi pengukurnya. Tidak seperti penilaian manusia yang sangat cetek ilmunya. Hanya setitis sekiranya hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang lebih daripada lautan yang terbentang di atas muka bumi ini. Manusia sering kali menilai sesuatu berasaskan kepentingan material. Kepentingan dunia.

Begitulah hakikat yang diri ini juga tidak mampu menafikannya. Diri ini juga terkadang tersilap langkahnya dalam meniti tiatian kehidupan di atas bumi ILAHI. Diri ini juga terkadang terlepas pandang atas kesilapan yang dilakukan. Maafkan diri ini atas khilafnya diri.
Wassalam~
-Anaqi.NorsyafiqahSaifulAnuar-
19 Februari 2010

Friday, February 12, 2010

Kalam dari hati...

Semalam, Hari ini dan esok..
membawa bermacam pengertian bagi setiap diri insan..
begitu juga hati ini..
Hati ini menggendong secebis pengertian..
pengertian dan pengajaran yang mungkin
hanya diri ini yang mampu mentafsirkannya..

sesekali..
bayangan ayah, bonda, sahabat..
menyaji pandangan maya..
sejenak itu jua fikiran ini ligat menafsir
setiap wajah yang dalam kesamaran dinihari,..
nilainya disebalik wajah yang terpamer di benak saat itu..

Abah, panggilan buat insan bergelar ayah yang amat selari dengan diri ini
tanpa kasihnya, mungkin diri ini terkotak-katik di bumi ALLAH,..
bicaranya mendamaikan hati..
marahnya kerana khilafnya diri ini..
renungannya penuh kasih dan sayang..

Ibu, hadirnya sentiasa mengundang ketenangan dalam sanubari ini..
melihat wajahnya sudah cukup menyajikan hati ini hidangan kasih..
yang amat diharapkan mereka yang bergelar anak..
bicaranya terkesan di hati...
senyumannya menggembirakan jiwa yang sedang lara..
tangisnya meruntun hiba..

Teman.. Sahabat.. atau apa sahaja gelarannya..
mengundang ceria di hati..
membawa pergi sepi yang menigisi kosongnya hati..
mengundang warna pelangi di balik awan kesedihan..
kehadirannya membawa senyum, tangis dan tawa..

amat kusyukuri anugerah ini..
anugerah dari ILAHI..
terima kasih, ya ALLAH..
hanya pengabdian diri pada MU
yang mampu diri ini lakukan..
subhanallah...

Thursday, February 4, 2010

Menginsafi fenomena akhir zaman..

Hari ini..
Kutoleh kanan dan kiri,..
yang menyaji kornea ini,..
fenomena masyarakat akhir zaman..
lebih banyak ketawanya
berbanding mengingati RABB Yang Agung...
dan, sesuatu yang tidak mampu lidah ini menafikannya..
Diri ini juga hanyut bersama mereka...
Ya, diri ini turut serta hanyut di arus lautan dunia yang
dipenuhi 1001 pemangsa yang hanya menanti masa
buat menjerat setiap yang leka..
dan.. hati ini tidak mahu menjadi mangsa..
mangsa ketandusan ilmu ukhrawi..

Sibuk kita menyangkal dan menilai seseorang..
sedang, diri kita sendiri masih belum ternilai
tambah, tolaknya.. kurang, lebihnya..
kita tidak menyedari kekurangan diri kita sendiri..
sibuk kita perjuangkan itu, perjuangkan ini
sedang dalam masa yang sama..
tanpa kita sedari,diri kita sendiri bersikap sebagaimana mereka..
orang yang kufur...
bahkan kita lebih dahsyat dari itu..
hukum ALLAH dipersenda...
Kewajipan sebagai seorang muslim
hanya dipandang sebelah mata...
dalam keadaan inilah kita terkocoh-kocoh
memperjuangkan agama..
menampakkam diri sebagai seorang amat
berpegang pada agamanya, seorang agamawan..
tetapi,.. hakikat dan realiti yang sebenarnya adalah sebaliknya...
tindak-tanduk kita, hanya mengaburi mata manusia,..
kerana, kita lupa tentang penilaian ALLAH..
kita hanya mementingkan apa yang diperkatakan manusia
berbanding penilaian ALLAH Azza Wa Jalla.
sukar sekali untuk kita menemui insan
yang menangis kerana gagalnya hati buat
menggapai cinta RABB Yang Agung,
cinta yang abadi..

Beginilah hakikat insan akhir zaman..
Lupa diri..
Lupa Tanggungjawab,..
Lupa hakikat perjuangan yang sebenar..
Yang ligat di fikirannya...
dunia..dunia..dunia...
seakan-akan dunia itu menjamin kebahagiaan yang abadi.
nauzubillahiminzalik..

-anaqi-

Saturday, January 30, 2010

Seharian di bumi Johor.

28 Januari 2010
seharian menghirup udara bumi Johor
yang sudah sekian lama tidak kujejaki
sejenak, hati ini mendakap ketenangan..
ketenangan di desa permai yang dirindui..
namun,..
kepulangan kudisambut tangisan pilu bersulam duka..
Pemergiannya terkesan di jiwa setiap ahli keluarga..

petang 27 Januari, khabar tentang pemergian
seorang ahli keluarga yang sudah tentunya amat dikasihi..
menyusup masuk corong telinga ini..
Bapa saudaraku, Idris Rebin..
pergi menghadap ILAHI..
pemergiannya satu kehilangan besar
buat kami seisi keluarga...
Al-Fatihah..~

Friday, January 22, 2010

mencari sebuah ketulusan di sebalik timbunan madah dusta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Kaki ini melangkah,
menuruti kehendak dan keperluan hati,
mencari di mana masih terselitnya sebuah kejujuran
di celah segunung pendustaan.
umpama mencari serpihan permata
yang bersisa di sebalik serpihan kaca.
Masih adakah serpihannya
buat kurasai kemanisannya
dan pengertian sebenih ketulusan,
kejujuran dan keikhlasan sekeping hati?
Masih adakah kalam kebenaran
di balik timbunan kepura-puraan?

Letih,..
hati ini cukup letih..
Jiwa ini payah..
Payah untuk terus mengharungi lautan bara kepura-puraan...
sedang, hati ini masih terus mencari-cari
sebenih petunjuk dariNYA buat meneruskan hidup..
bagaimana mungkin DIA mengirimkan buat diriku
sebenih petunjuk saat jasad ini berdiri di pulau kosong..
pulau yang tiada kejujuran? pulau yang dikelilingi pohonan hipokrit?
bagaimana mahu kupetik buahan kebenaran, andai tiada pohonnya?
di mana bisa ku dakap sebuah kebenaran..
di mana bisa ku didik hati ini buat terus menghambakan diri padaNYA?

Yang pasti...
bukan di pulau yang hanya ditaburi madah semanis madu..
sedangkan,..hakikatnya lebih pahit dari hempedu..
wallahu'alam..
Wassalam...

"ya ALLAH..
Pemerintah sekalian alam..
yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi..
yang mengetahui setiap yang zahir dan yang tersembunyi..
sesungguhnya, hanya ENGKAU yang mengerti bicara hati ini...
Hanya ENGKAU yang bisa mendengar bicara bisu hati ini...
Ya RAbb..
Lindungilah hamba-hambaMU ini dari kemanisan nikmat dunia,..
biarlah pahitnya yang menyerap ke sanubari...
asalkan kemanisan rahmat mu itu masih mampu kami rasai..
ya ALLAH..
lindungilah kami dari fitnah dunia akhir zaman..
titipkan ketenangan di hati kami, ya Rabb..
ampuni dosa kami yang menggunung tinggi..
ampuni kami atas dosa-dosa yang telah kami lakukan.."

Tuesday, January 19, 2010

3 Safar 1431h bersamaan 19 Januari 2010

assalamualaikum..

setelah seharian melalui hari ini,..
alhamdulillah..
ALLAH masih menganugerahkan kudrat pada diri ini
untuk terus berdiri walaupun adakalanya...
luka kesan kejatuhan semalam masih berdarah...
mungkin tak separah kelmarin yang masih berbekas.

sudah mula membahagiakan diri
dengan pameran hari ini..
dan mula menyimpan kemas,..
kisah indah semalam..
kisah yang akan terus abadi dalam hati ini..
insya-ALLAH..

p/s: hepi bufday buat Sya-iz,ayusha n My Ex-PKT.. Dinie..
semoga berjaya dunia dan akhirat..
dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA
moga2 9a's dalam tangan kita semua..
insya-ALLAH..
Amin~~

-9a's hanya pencapaian..
bukan pengukur sebenar sesebuah kejayaan..
tiada guna ada A dalam genggaman..
kalau dihati tiada iman!-


- Rindu 2009!! -

Wednesday, January 13, 2010

Rindukan Insan Ter S.A.Y.A.N.G

assalamualaikum...

rindu! rindu! rindu!
R.I.N.D.U sesangat..
pada seorang insan
penting dalam hidup nih...
sangat rindu!!
tadi...
ada dapat call dari insan yang amat ana sayangi tuh..
dah dekat dua bulan (kowt) tak jumpa.. sedihnye..

sedih bile tok ma tanya bila nak balik kampung..
tetibe teringat pulak kata2 cg Ezana tentang hati seorang ibu..

"Tok ma...
akak rindu tok ma...
mahu balik kampung lorh..
tapi...
entah bila..
Tok ma..
doakan akak kat sini yerh..."

Monday, January 11, 2010

11 januari 2010

assalamualaikum..
n0thing to write..
sajer je..
isi kekosongan nih...
lps nih nak makan then, homework.. ade ke?
N.T.A.H..

sepanjang hari nih..
ada program PMD..
uhh.. ape tue..?
PMD tu sinkof bagi Program maju Diri..
tiap-tiap tahun ada program nih..
tapi, pelajar-pelajarnye,.
taknak jugak maju2 kan diri..
ish2..
harapnye.. kita semua
bukan salah seorang dari mereka tu..
insya-ALLAH..
titik...
cukup sampai sini..

wassalam...

Saturday, January 9, 2010

Sedih,kecewa...N.t.A.h....

assalamualaikum..
sebenarnya tak terlintas pun nak menulis ni..
tapi, ada sesuatu yang mendorong ana untuk menulis...
petang-petang macam ni, biasalah..
dah tentu2nya tak nak menghadap buku..~
teroknya diri ini... (jangan ekot,ea..)

dlm bosan + malas ue..
sjer lar explore FB..
dan...
ntah kenapa bila explore punye explore...
jumpa page someone ,...
yg suatu ketika dulu pernah ana hormat,...
(hormat lah.. sebab dia lagi tua dari ana.. kira macam kakak 0r abg..)
tp,..
petang nie..
hnye kerana FB..
rase hormat tue trus lesap..
sedih tngok..
dulu,..
dia lah yang ingtkan itu.. ingatkan ini..
sekarang? tak taw nak cakap apa..
tak mau lah citer detail sngt..
tak perlu kowt.. nnti dikira memburukkan org pulak...
kalau tak paham apa yg tertulis nih tak pe aar..
cukuplah ana je yg paham..
spe yg paham ue..
paham lah..
sekadar menzahirkan rasa...
nanti kalau pendam2 tak terzahir lagi payah...

wallahualam...
-ALLAh sahaja yang tahu-

Friday, January 8, 2010

AL-kisah 2010.

assalamualaikum,...
alhamdulillah, sempat juga ana mencuri masa untuk menarikan jari mencoretkan kalam di sini,..
dah seminggu bersekolah..
dengan keadaan sekolah yang berbeza, kelas yang berbeza...
kawan yang masih sama tapi,..
keakraban itu yang membezakannya....
ana cuba sesuaikan diri dengan
persekitaran baru...( sekolah dah semakin cantik... :P)
di kelas baru... 3 0sman..
walaupun, sampai sekarang masih ada walaupun secebis...
perasaan tak puas hati..
dan kecewa dengan pertukaran ini..
tapi, hati ini sudah meredhakannya..
ana yakin, ada hikmahnya...
mungkin.. ana perlu belajar sesuatu dari 3 0sman...
yang dulu ana tak pernah perolehinya di 2 ABU BAKAR...
apa-apa pun...
tak kiralah di mana pun kita menuntut,..
kelas apa pun...
sama..

"semua sama..
yang membezakan manusia di sisi ALLAH..
bukan pangkat, harta, warna kulit, apatah lagi kebijaksanaan,...
tapi...
yang membezakan manusia di sisi ALLAH..
adalah
iman dan taqwa..."

ALLAH tak pandang sebanyak mana pun harta kita ada..
sebab ALLAH Maha Kaya..
ALLAH tak pandang setinggi mana pun pangkat kita ada..
sebab ALLAH Maha Berkuasa...
ALLAH tak pandang sejauh mana pun kebijaksanaan kita...
sebab ALLAH maha Bijaksana,..

Bijak macam mana pun kita..

kalau tiada iman di dada..
tiada gunanya...

wallahu'alam...
wassalam...

Friday, January 1, 2010

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Entah kenapa..
ana sendiri juga tidak mengerti hati ini...
seakan-akan ada sesuatu yang belum terluah..
hati ini bagai menakung kedukaan yang belum terluah..
Hanya DIA yang mengetahuinya...


"Ya ALLAH..
Di Kala saat ini..
pada siapa lagi aku bisa mengadu,..
melainkan pada MU..
Tuhan yang Maha Mendengar
dan Mengetahui tiap sesuatu yang
berada di langit dan di bumi..
Sesungguhnya...
hanya dengan mengabdikan diri kepadaMU,..
kami bisa menggapai ketenangan yang abadi..

Ya ALLAH...
sedang hati ini tenggelam
dalam lautan kedukaan ciptaannya sendiri..
ENGKAU bimbingilah ia dengan cahaya petunjuk MU..
supaya ia tetap teguh di atas landasan suci MU..
dan tidak sekali-kali pernah berputus asa...
titipkan ketabahan buat hati ini, ya ALLAH...

Ya ALLAH..
yang maha Pengasih..
Lagi Maha Penyayang...
ENGKAU titipkanlah ketenangan buat hati ini..
ketenangan dalam menjalankan amanah MU..
ketenangan dalam bermunajat kepada MU..
juga ketenangan dalam usaha menggapai cinta dan Syurga MU, ya RABB..."
" Maka Jika berpaling (dari keimanan), Maka katakanlah (Muhammad), " Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal, dan DIA adalah tuhan yang memiliki arasy (singgahsana) yang agung"
[surah at-Taubah:129]