Monday, December 10, 2012

Ilmu dan Peperiksaan Kecil Dunia


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah kepada Calon-calon SPM kerana telah berjaya menjalani peperiksaan 'kecil' dunia. Buku-buku teks dah dipulangkan. Buku-buku rujukan SPM dah bertukar rak. Ada yang dah dijual kepada adik-adik junior. Ada juga yang simpan masuk kotak sebab nak buat kenangan. Erkk. Tak kurang juga, ada yang dikitar semula. Environmental-friendly sungguh semua orangg. Baguslah tu. Jangan cemarkan alam sekitar kita. yaa! Sama-sama kita jaga kebersihan alam semula jadi kita. Nanti, yang dapat senang, yang dapat manfaat kita juga, ya takk? Lagi pun, memang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan muka bumi Allah ni. Kalau dah tercemar sana sini, dah tak makmurlahh. Kita gagal melunaskan tanggungjawab yang satu ini. Nauzubillah. 

Raikan kegembiraan sehingga lupa hakikat?

Gembira bukan kepalang apabila pengawas peperiksaan mula bagi arahan, "Masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen anda."

Ada yang rasa macam nak jerit kuat-kuat. Ada yang rasa nak koyak kertas jawapan depan mata tu. Erkk. Ada yang rasa nak buat karate atas meja sampai terpatah dua meja tu, walaupun pada hakikatnya tak mampu pun. Tak kurang juga, yang dengan tenang mengucapkan 'Alhamdulillah.'

Tak salah gembira. Tak salah nak raikan. Tapi, biar berpada. Sebab, hakikatnya kita masih lagi hamba Dia. Tugas kita belum selesai. Tugas menuntut ilmu pun masih belum berakhir. Takkan pernah berakhir. Ilmu itu sangat luas. Bukan cuma pada kertas-kertass peperiksaan. :)


SPM cuma salah satu antara peperiksaan kecil dalam kehidupan kita di dunia. Meletak pen setelah menjawab soalan terakhir dalam SPM bukan bermakna titik noktah untuk menuntut ilmu. Masih jauh lagi perjalanan kita sebagai hambaNya. Masih banyak lagi ilmu yang perlu kita kutip agar amalan kita cukup baik untuk dijadikan bekalan bertemuNya nanti. Biar kehidupan kita ini tidak sia-sia, walau cuma sedetik. :)

Perjuangan kita untuk menegakkan agama Allah, tidak semestinya dengan senjata zahir. Ilmu itu hakikatnya adalah senjata yang paling utama pada hari ini. Kita mampu lihat sendiri. Keadaan ummah hari ini. Tenat kerana kurangnya ilmu. Atau lebih tepat lagi, kurangnya pengamalan dan penghayatan ilmu oleh mereka yang berilmu. 

Ilmu tanpa amalkan umpama pohon tanpa buahh. :)

Buat teman. 

Seiring sehaluan satu cita dan impian.
Susah dan senang kita tempuhi bersama.
Bertemu berpisah kerana Allah.

Kita tetap saudara. Meski kita terpisah jauh. Kita tetap saudara. Kerana jalinan kita atas nama iman dan islam. Bertemu berpisah kerana Allah. Teruskan perjuangan di bumiNya. Sentiasa doakan kebaikan buat kita bersama, juga buat ummah! Ingatkan aku apabila aku lupa, kerana aku juga manusia! :)

Sahabat, aku sayang kamu! Semoga Allah redha.

Silaturrahim ini tak akan terpisah. 
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat :')

Seiring Sehaluan - UNIC
Wassalam.
CikArkitek

Wednesday, November 28, 2012

Palestin Kita


Bismilahirrahmanirrahim.

No matter what they do, they can never hurt you. Cause your soul will always be free. Palestine tomorrow will be free, InsyaAllah.

Ya. Itu lagu Maher Zain. Syahdu dengar. Kita selalu lupa kisah kita yang satu ni. Ya. Kisah kita. Kita dan mereka bersaudara.

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam. (Shahih Muslim No.4685)

 Hadis riwayat Abu Musa ra. dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bagiannya saling menguatkan bagian yang lain.
(Shahih Muslim No.4684)

Serangan bertalu-talu yang dilancarkan rejim ke atas bumi Gaza kita pandang sepi. Usaha? Lagilah sunyii. Kita kata, 'Yang penting, Malaysia amannn..'

Kita bersikap tak peduli, pejam mata, pekakkan telinga dengan apa yang terjadi di sana. Tidak timbul rasa tanggungjawab untuk membantu mereka di sana. Di sana, hiburan mereka dentuman bom dan peluru. Di sini, kita sibuk terkinja-kinja di depan televisyen, di depan pentas anugerah yang bermacam-macam.

Nilai ukhuwwah islam kosong. Tiada kesatuan. Tiada rasa persaudaraan terhadap mereka, sedangkan kita dan mereka adalah bersaudara. Ya. Kita memang tak kenal mereka. Tak pernah bersua. Tetapi, antara kita dan mereka ada satu ikatan yang terjalin atas nama saudara sesama islam, yang berpegang kepada keimanan yang sama.
******


























Mainkan peranan kita untuk sama-sama membantu mereka, mempertahankan kesucian agama. Ya. Agama Allah memang akan terus dipelihara oleh Nya, tapi nanti Allah tanya kita, apa yang kita buat untuk pertahankan saudara kita, agama kita, akidah kitaaa..

Mereka berjuang di sana, mempertahankan kesucian bumi Palestin, merawat luka kesan robekan dari rejim, apa kita sama-sama merawat luka dalaman kita yang telah lama berdarahhh? :)

#MuhasabahDiri

LongLivePalestine by Lowkey
CikArkitek.

Saturday, November 10, 2012

We're one big family


Bismillahirrahmanirrahimm..

Lamanyaa tak menulis panjang berjela dekat belog ni. Hampir terlupa kewujudannya. Saya tahu saya memang tak konsisten meng-update. Normal-lah kann? Budak sekolah mana ada masa untuk hari menghadap skrin ni, menaip bermacam-macam cerita. Err, ada orang kisahh? Tak kisah pun tak apa. At least, I've something that I can keep just for me.Untuk muhasabah diri dalam masa-masa kritikal bila hati jauh dari Allah. Kadang-kadang, bila baca balik apa yang kita tulis, macam terkena batang hidung sendiri. Dan, benda ni sangat membantu untuk kita buat koreksi diri. Kita memang tak sempurna. Tapi, kita semua diberi pilihan, ruang dan peluang untuk jadi lebih baikkk. Kannn? :') So, Be strong and move on. There's something precious waiting in front of you. 

.....

Let's move on to the topic straight away. Family. Friendship. Ukhuwwah. Keluarga. Saudara. 

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara”
(Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Mukmin itu bersaudara tanpa mengira sama ada mempunyai pertalian darah mahupun sebaliknya. Asal nama mukmin saja, bersaudara. Kalau yang tiada pertalian darah itu kita panggil saudara, inikan pula mukmin yang punya pertalian darah dengan kita. Tambah-tambah lagilah, kann? Jadi, apabila ada yang bersengketa sesama saudara kita itu, apa yang perlu kita lakukan? Berdiam diri? Pemerhati sepi? Penyiar berita tidak rasmi? Menjadi batu api? Lihat sambungan daripada ayat 10 surah al-Hujurat;

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat: 10)

Ya. Maka damaikanlah. Itu yang Allah suruh kepada kita melalui rasulNya.

Untuk mendamaikan memang bukan kerja mudah. Tapi, apabila kita benar-benar ikhlas mahu membantu, menjadi orang tengah dan bukannya menokok tambah cerita yang bukan-bukan sehingga memburukkan lagi keadaann, semuanya akan mampu diselesaikan dengan cara baik. Tiada untungnya bersengketa, bertegang urat berpanjangan. Hati kita yang tidak tenang kerana sifat dengki dan buruk sangka sibuk mengisi ruang hati.

Semua orang ada sebab untuk berkecil hati, semua orang ada sebab untuk buruk sangka, semua orang ada sebab untuk marah. Tapi, kita perlu ingat, setiap antara kita, sebagai muslim, ada al-Quran sebagai panduan hidup. Ada as-Sunnah sebagai teladan. Kenapa mesti kita biarkan diri mengikut telunjuk ego dan amarah diri? Sedangkan kita sebenarnya mampu untuk menundukkan ego, kawal kemarahan kita, dan kikis sifat mazmumah dengan cara mengingatiNya. Dengan izinNya, akan dipermudahkan.

Dalam masa yang sama, jangan serabutkan keadaan dengan asyik menuding jari terhadap orang lain tentang sesuatu kesalahan. Takut nanti tanpa kita sedar, kitalah penyumbang terbesar kepada masalah yang timbul. Jangan berlagak seolah-olah kita sudah cukup sempurna sehingga kita hanya tahu mengherdik, memerli dan mencemuh dengan beralasankan niat untuk memulihkan keadaan.

Yang berenggang kita rapatkan. Yang bersengketa, kita damaikan. Yang berselisih faham kita beri pencerahan. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita akrabkan lagi. Bukannya lagi memburukkan keadaan dengan asyik melihat silap orang lain tanpa ambil tahu peranan kita untuk membetulkan keadaan...



"I care about you. And I wish you could realise. There’s no difference between us two. We’re part of one family" One Big Family - Maher Zain

Wassalam.
HambaPencipta:')

Monday, August 13, 2012

Allah kan ada..

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Susahnya nak jaga hati. Perit. Sakit. Macam-macam. Semuanya seakan berkecamuk sesama sendiri di sudut yang sukar untuk dijejaki. *cewahh. Yang pasti, sangat-sangat pasti, asasnya adalah kerana hubungan dengan Allah tidak cukup baik. Tidak cukup akrab. Tidak terjaga. Beribadah sambil lewa. Macam mana nak dipermudahkan segala urusan, ye dakk? Bila rasa jiwa kacau, mulalah semuanya serba tak kena (terasa-terasa... ) Normal kann? Pasang surut perasaan tu. Kejap rasa macam... ishhh! Kejap rasa, 'biarlah', 'takpelah'. Manusia mana yang tak ada perasaan tu, cuba bawak mai kejap. Nak try tibai. *ehh, jangan cari pasal. 

....

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". At-taubah, ayat 40.

Ya. Apapun keadaan yang terpaksa kita hadapi saat ini, ketika ini, ingatlah, Allah ada bersama. SENTIASA. Tak pernah Allah tinggalkan kita. Tak pernah. Walau sesaat pun. Allah sentiasa ada di dekat kira. Tapi, sebaliknya, kita yang selalu jauhkan diri dari Allah. Kita yang selalui abaikan tanggungjawab kita dengan Allah. Kita selalu lupa untuk menatap ayat-ayat cinta Allah yang Allah titip khas buat kita. Padahal, semuanya dah lengkap dah dalam tu.



Setiap manusia takkan pernah terlepas daripada ujian. Kalau bukan dengan ujian kepayahan dan kesusahan, diuji dengan kesenangan dunia, pangkat, kedudukan serta sanjungan daripada manusia. Apabila diuji dengan nikmat, kesenangan hidup, kita seringkali alpa dan leka. Bila susah baru nak cari Allah.

Jaga hubungan dengan Allah. Akrabkan seakrab mungkin. Letak cinta dan redha Allah ditangga teratas kecintaan kita. InsyaAllah, hati kita lebih kuat untuk mengharungi kehidupan kerana Allah adalah yang paling utama dalam hidup kita. Penilaian Allah lebih kita ambil kira berbanding penilaian manusia. Redha Allah lebih kita kisahkan daripada redha manusia. Di situ akan ada kunci ketenangan hati. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Wallahua'lam.
hakikatnya, saya sedang mengubat hati sendiri yang jauh dari Pencipta.
Allah, don't let me go astray. Guide me all the way to Your jannah.
cikarkitek^^

Thursday, August 2, 2012

Kahwin muda.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Ohh, kenapa tajuknya cenggitu? ohho. K. Bukan nak menggatal. Bukan sama sekali. Harap berbaik sangka di bulan yang penuh barakah ini. Terima kasih. 

weheartit.com

Tahu tak anda, bahawa setiap remaja, apabila sudah mencecah ke umur 15 tahun dan ke atas, dah mula menyebut tentang kahwin. Ya. Zaman dulu-dulu, umur 16, 17 tahun, tuk, nenek kita dah ada anak dah. Tapi, orang dulu-dulu bukan macam orang sekarang. Orang dulu kahwin, sebab mereka dah sedia, *err, ke takk? Tapi, setidak-tidaknya, ada mata pencarian. Ada sumber kewangan. Ada ilmu *tak semua, tapi, kira adalah; bersesuaian dengan zaman tu. Kos hidup dulu pun jauh beza dengan kos hidup kita hari ini. Sikap orang dulu-dulu pun berbeza. Mereka lebih matang daripada kita ni. Tak caya? Suka hati. Nilai diri sendiri.

Kahwin muda pada zaman kini. relevan atau sebaliknya.

Ehh, apa sebut pasal benda-benda macam ni? Fitrah kann? Sejak dua menjak, tiga menjak ni, ada seorang hamba Allah ni, asyik menyebut tentang perkahwinan. Kbiarlah dia. Ya. Biarlah dia. Saya tak ganggu dia sikit pun. Saya cuma nyatakan pendapat saja. Tiba-tiba, terlintas nak tulis.


weheartit.com


Memang tak salah nak kahwin awal. Sikit pun tak salah. Serius. Tak. Tapi, cuba nilai, muhasabah dari A sampai Z diri kita betul-betul. Luar dan dalam. Betul-betul bersedia? Fizikal dan mental. Kahwin bukan cuma menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, juga merupakan tanggungjawab besar, terutama untuk seseorang yang bergelar LELAKI. Memetik kata-kata Calon Ketua Umum SMKAMH,

Apabila kita cinta seseorang, kita mahu membawa dia ke SYURGA Allah bersama kita.

Dah cukup bersediakah untuk bawa keluarga kita ke syurga? Diri kita sendiri pun, kita tak pasti terjaga, inikan pula nak bawa orang lain. *muhasabah sama-sama. Janganlah letakkan matlamat kita itu semata-mata perkahwinan. Tapi jauh dari itu. Banyak lagi yang perlu kita fokuskan. Serius. Tahukan anda, selesai je lafaz akad, tu rasa macam ada batu besar jatuh atas bahu?(terutamanya lelaki) *hiperbola sangat!

"Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah" – HR Baihaqi dari Anas bin Malik

Ya. Berkahwin itu menyempurnakan sebahagian agama. Tapi, bukan senang-senang tanggungjawab tu. Dah layak untuk kita jadi imam untuk keluarga kita? (bagi lelaki) Bukan semata-mata imam dalam solat. Tapi, imam dalam kehidupan itu seluruhnya. Imam yang membawa dan memandu keluarga; isteri dan anak-anak ke syurga. Ya. Bukan kerja senang. Satu tanggungjawab besar. Hanya dengan iman dan ilmu kita mampu melakukannya. Apabila kita melihat perkahwinan itu melebihi daripada fitrah kehidupan, kita akan mampu membina satu persepsi baru. Kahwin bukan semata-mata 'shweeeeetnyee!' Tapi satu pengabdian kepada Pencipta.

Ustaz Jamal selalu pesan, 'tak payahlah kahwin awal.(terutamanya lelaki)' *sebab lelaki yang akan sara keluarga, didik keluarga, bimbing keluarga. Kann? Tapi, tak bermakna kahwin awal itu salah. Tak salah. Kalau kita dah ready. Dah yakin mampu jalankan tanggungjawab. Dah yakin kita mampu bawa keluarga ke syurga. Kenapa tidakk?

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Memang perkahwinan itu salah satu cara untuk jaga pandangan. Tapi, ada satu lagi option kann? 'Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa....' 


Saya bukanlah orang yang anti-kahwin awal. Tak. Cuma, saya sekadar berkongsi pendapat tentang kahwin awal. Rata-rata remaja hari ini*kawan-kawan sendiri (diri sendiri pun ye jugaak) cuma lihat perkahwinan ni, sebagai suatu fitrah semata-mata. Satu keseronokan. Satu ke-Shweeet-an. *nampak sangat tak matang.(diri sendiri)

Post ni pun, bukan untuk mencari-cari kesalahan orang lain. A kahwin awal. B kahwin awal. Bukan! Tapi, saya cuma mengajak diri saya dan sahabat-sahabat saya untuk muhasabah diri, sejauh mana kita sedia untuk bercakap tentang perkahwinan. *saya pun bukan ada pengalaman. Mesti ada salah punyaaa ehh. Maaf (:

Betulkan yang salah (:
Wassalam.
cikarkitek.


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem (:

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum. 

Ramadhan kareem! Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan. Allahu Rabbi, semoga ramadhan tahun ini adalah yang lebih baik dari sebelumnya. Ramadhan bukan bulan ibadah. Tapi, bulan untuk kita naik taraf ibadah kita. Ibadah bukan sahaja kena banyak masa dalam bulan ramadhan. Tapi dalam bulan-bulan setelah ramadhan juga. Ramadhan titik mula untuk kita bina takwa. Sebab, tujuan Allah syariatkan ke atas kita supaya berpuasa di bulan ramadhan, adalah untuk mencapai takwa. 

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (surah al-Baqarah:183)

Rugilah kalau kita merupakan mereka yang Allah beri peluang berada di bulan barakah ini, tetapi kita tidak mampu membawa sebarang peningkatan dalam ibadah kita. Jom. Bangunkan diri kita ke arah yang lebih baik. Ini peluang terbaik untuk kita. Bangkit! Bangun! :)

Dalam bulan ini, ada satu malam yang mengandungi ganjaran besar yang Allah sediakan buat umat nabi Muhammad. Ya. Malam lailatulQadr. Ya. Sepuluh malam terakhir. Tetapi, tak bermakna kita cuma perlu bersungguh-sungguh beribadah hanya pada sepuluh malam terakhir. Mula dari sekarang, dan berterusan sampai bila-bila. Istiqamah! Itu yang Allah suka.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..


Ramadhan kareem, kawan-kawan!
Wassalam. 

Friday, June 22, 2012

That's what makes you beautiful! (:

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Berabuk. Uhuk.. Uhukk.. Berzaman tak update. Busy. Busy. Abaikan. Mid year exam. Study. Tuisyen bagai. Walaupun, kadang-kadang rasa malas tu datang juga. Tapi, mana boleh layan, kann? Kata nak berjaya dunia akhirat. Kenalah berusaha juga, kalau tak nanti apapun tak ada. Sebenarnya, kalau nk diikutkan, dah tak ada ah masa-masa nak tulis ni semua. Tak sampai dua bulan kot, nak trial. Patut dah kena pulun. Kalau result gempak dan macam gunung everest tak apalah juga. Kfine. Kejap lagi.

Adik, jaga diri. *Pesanan untuk diri sendiri juga.

Sejak dua menjak, tiga menjak ni, cikgu selalu bising pasal kes-kes dating dan yang sewaktu dengannya. "Biasalah tuu.." Benda tu sepatutnya menjadi sesuatu yang luar biasa untuk seorang muslim. Ya. Muslim. Bukan cuma pelajar sekolah Agama. Orang selalu cakap, "Awak tu sekolah dekat SMKA ..... " Hakikatnya, bukan pelajar sekolah yang ada A, tu je perlu peka, dan rasa tak biasa dengan benda ni semua. Tapi semua orang yang mengaku dia islam, mengaku Allah sebagai Tuhan, dan nabi Muhammad sebagai pesuruhNya. Jangan sampai kita rasa biasa dengan maksiat. 

Ditakuti, mula-mula kita rasa asing dengan maksiat. Kita tak suka. Kemudian, perlahan-lahan kita rasa biasa. Kita buat endah tak endah. Lepas tu, kita dekat dengan maksiat. Persekitaran kita semuanya maksiat. Tapi, kita masih mampu pertahankan diri kita, cuma kita rasa biasa. Tapi, lambat laun, kita mula berjinak-jinak dengan maksiat pula. Tanpa kita sedar, kita dah melintas garisan pemisah antara diri kita dan maksiat. Itu dia tipu daya iblis. Sikit-sikit, sampai kita tak sedar kita dah tersalah buat pilihan.

Mula-mula senyum-senyum. Lepas tu berkirim salam bagai. Start exchange nombor. Chatting-chatting. Calling-calling. Keluar ramai2 dengan kawan. Akhirnya keluar berdua-dua je. Kan menghampiri zina tu. 

Ramai orang (saya juga) tak sedar yang kita ni, mula buat satu kesilapan besar hanya bermula dari satu kesilapan yang sekecil kuman. Dan, lepas dah buat silap tu, mulalah "kalaulahh...." "kalaulahhh.." Dah tak ada kalau-kalau. Masa tu, yang dapat kita buat, bertaubat pada Allah. Itulah yang sebaik-baiknya, kann?

Mencegah lebih baik dari merawat kann?

Adik-adikku, sahabat-sahabatku..


Jaga diri. Jaga maruah. Jaga iman. Jaga aurat. Kita ni, kalau tersalah langkah, bukan sahaja mengheret diri kita ke neraka, tapi orang lain juga. Cari cinta Allah. Itu penawar. Penyembuh paling ampuh. Dengan cinta Allah, kita takkan pernah rasa diri kita ini ditinggalkan sendirian. Sebab, Allah sentiasa ada untuk kita. Macam mana perit pun hidup kita, berat mana pun ujian Allah, susah mana pun perjalanan kita, Allah ada dengan kita. Allah ada dengan kita. Dia sentiasa Memberi, walaupun kita jarang sekali untuk bersyukur. Layak ke untuk kita mengenepikan Allah dari menerima cinta kita? 

Jangan fikir Allah sangat memerlukan cinta kita. Hakikatnya kita yang sangat perlu untuk cinta Allah. Tanpa cinta Allah dan pengabdian diri kepada Allah, hidup kita sia-sia. Tak ada nilai. Biar ribuan manusia menyanjung kita, tapi kalau tiada cinta Allah, kita tak ada apa-apa. 

Cinta Allah. 
That's what makes you beautiful.


Jangan lupa tengok! (: Spread the love!




Wassalam,
terima kasih en. google sebab tolong cari lirik tu dan gambar! (:
Cik Arkitek.

Saturday, April 28, 2012

Iman itu pagar.

Photobucket


“Tidak akan berzina seorang penzina itu sekiranya di kala dia berzina itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan mencuri seorang pencuri itu sekiranya di kala dia mencuri itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak itu sekiranya di kala dia meminum arak itu dia berada dalam keimanan.”

[Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, An-Nasa’ie, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad.]

DUNIA TANPA SEMPADAN

Rata mengetahui, juga menyedari akan hakikat dunia hari ini. Tiada sempadan. Meski kita terpisah dengan peta-peta, dan sempadan yang dicipta manusia, hakikatnya kita tidak bersempadan. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Ya. Apa sahaja. Sekiranya, kita merupakan mereka yang telah hilang satu benteng, jeriji paling kukuh dalam diri. Kita akan dapat, berpeluang melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita, sekiranya kita telah hilang satu kekuatan, satu pertahanan paling ampuh dalam diri. Satu pertahanan yang cukup ampuh untuk menentang musuh kita, dan nafsu didikannya.
“Apakah benteng itu? Daripada apa ia dibina?”

IMAN BENTENG PALING AMPUH

Iman. Satu perkataan yang mempunyai nilai yang besar. Perlu disemai. Perlu dipupuk. Perlu sentiasa dibaja, dan dijaga, kerana iman itu ada turun naiknya. Bukan sentiasa berada di atas, kerana kita Cuma manusia biasa yang perlukan usaha yang berterusan dalam meningkatkan iman. Kita bukan Para Anbiya’. Tapi, tidak bermakna iman kita tidak dapat mengalami peningkatan.

“Penting sangat ke iman tu?”

Macam mana kalau dekat sekolah tak ada pagar. Macam mana kalau dekat penjara tak ada besi jaring-jaring? Macam mana kalau rumah kita taka da pagar? Terjaga ke keselamatan?

“Err.. Tak kot.”


Ya. Samalah macam, Iman. Iman itu pagar kita. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis di atas tadi. Seseorang yang ada iman di hatinya, takkan buat perkara yang dilarang Allah, takkan buat perkara keji, takkan buat benda yang Allah dan Rasulullah tak suka. Walaupun SEKECIL-KECIL perkara. Sebab orang yang ada iman, hatinya sensitif dengan setiap perkara yang mampu mengundang murka Allah.

Jadi aspek yang perlu diperbaiki terlebih dahulu untuk membentuk peribadi adalah keimanan. Dari keimanan akan lahir kecintaan kepada Allah dan rasul, kepatuhan kepada syariat Allah, kesepaduan antara umat islam dan hasilnya akan membuahkan akhlak yang mulia menurut acuan al-quran dan as-sunnah.

“Macam mana nak tingkatkan iman?”

JALAN KEBAIKAN ADA BANYAK CABANG

Nak jadi baik, nak tingkatkan iman, nak dekat dengan Allah, mungkin ada yang kata susah. Jalan ke syurga itu memang payah, kerana syurga itu indah. Indah yang tak tergambar oleh manusia. Selayaknyalah kita memerlukan usaha yang besar untuk mendapat sesuatu yang indah. Tapi, jangan pula beralasankan kesukaran itu, kita enggan berusaha. Ibadah wajib jangan tinggal. Itu memang mesti. Wajib. Ditambah lagi dengan perkara sunat. Yang mengikut sunnah Rasulullah. Jalan kebaikan itu ada banyak cabang. Menuntut ilmu juga akan dikira ibadah apabila kita niatkan kerana Allah. Membantu guru, berkongsi ilmu, melaksanakan kerja rumah juga merupakan ibadah apabila diniatkan kerana Allah. 

Jangan sempitkan ruang pemikiran kita, yang nak dekat dengan Allah, nak jadi baik hanya perlu duduk atas sejadah dan tinggalkan dunia sepenuhnya. Memang beribadah seperti solat perlu. Wajib. Tetapi, islam ini cara hidup yang luas merangkumi semua aspek. Islam ini satu sistem kehidupan yang sempurna. Ikut aturanNya, insyaAllah, hidup kita jadi satu ibadah.

Betulkan mana yang silap :)
Wallahu'alam.
Wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Stongan ohh stongann.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim. 

Loong time no see. Saya busy.* Stail matluthfi sambil makan epal. Pejam-celik, pejam-celik, dah bulan empat. Cepat saja masa berlalu. Ada yang sempot mengejar 'masa' yang dah terang-terangan takkan stop dan tunggu kita. Ada yang steady saja berjalan sebelah 'masa'. Beruntunglah mereka.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-asr: ayat 1-3)

Semoga kita bukan dalam golongan yang Allah kategorikan sebagai mereka yang mengalami kerugian. InsyaAllah.

SARUNG LENGAN


Ya. Sarung lengan atau nama manjanya STONGAN, sebagaimana yang tertera di ruang tajuk. Ada juga yang bagi nama femes, Arm Sock. Ok. Tak kisahlah nama apa sekalipun yang menjadi pilihan. Sama saja semua. Oklah. Straight to the point jelahh, kann. Badan kepimpinan SMKA MAAHAD HAMIDIAH, yang dianggotai * cewahh,- BADAR, Pengawas dan Pengawas Asrama, telah menguatkuasakan pemakaian arm sock ni kepada semua pelajar puteri SMKA MAAHAD HAMIDIAH. *ini bukan segmen pengumuman tajaan.

gambar hiasan
Normal. Manusia macam-macam ragamnya. Lain orang, lain hati, lain kulit, walaupun kita semua asalnya daripada benda yang sama. Ada yang persoalkan, 'kenapa kena pakai arm sock?' Ada juga yang memberi alasan, panas, rimas dan seribu satu alasan yang lain. Ya. memang saya akui, arm sock tu, kadang-kadang buat kita rasa panas, dahlah pakai lengan panjang, kena pakai arm sock lagi.. Tapi, benda tu akan jadi normal, kalau kita terus istiqamahkan diri kita untuk buat benda tu. Alah bisa tegal biasa.

PERLU SANGAT KE, PAKAI SARUNG LENGAN?


Emm. Tak wajib. Tak ada pun dalil, yang mewajibkan pemakaian sarung lengan. Tapi, bergantung kepada situasi yang mana, keadaan-keadaan tertentu, yang boleh menampakkan aurat.

Err..?

Aurat wanita adalah seluruh anggota badan, kecuali buka dan tapak tangan, sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.

Secara tidak sengaja, atau sengaja, kadang-kadang apabila kita mengangkat tangan meskipun kita memakai lengan panjang, aurat kita akan terdedah. Ya, nampak kecil. Tapi, sekecil-kecil perkara itu juga aturan Allah. Syariat Allah. Bukan memaksa. Kalau kita meyakini pakaian kita cukup sempurna dan mampu untuk mengelakkan aurat kita dari terdedah, tiada permasalahan untuk kita tidak memakai arm sock. Terpulang.

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”. (Surah an-Nur:ayat 31)

KITA MAHUKAN YANG SEMPURNA.


Mengambil islam itu perlu seluruhnya, dan bukan hanya sekerat-sekerat. Kita memang takkan jadi SEMPURNA seluruhnya, tapi kita boleh berusaha ke arah itu. Slow-slow. Perubahan, dan untuk menerima perubahan itu, memang kena perlahan-perlahan. Semua tu satu proses. Proses untuk dekatkan diri kita pada Allah. Slow-slow, kita mula menutup aurat dengan sempurna. ISTIQAMAH. Itu lebih penting. Senyum, dan tenangkan diri apabila rasa tak mampu. Allah pasti akan bantu.

Kita tak wajib pakai tudung, sarung kaki, sarung lengan. Tapi, kita wajib tutup aurat :)

Wallahu'alam.
Betulkan mana yang silap.
saya juga manusia.
Wassalam:)

Wednesday, March 28, 2012

Monday, March 26, 2012

Banyak sangat vitamin M!

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Entah kenapa, sejak dua menjak, tiga menjak ni, penyakit M tu macam menyerang dan tak nak pergi. Dah cuti lama sangat ke? Bukan setakat penyakit M semakin menular. Vitamin M pun macam dah jadi 'makanan tambahan' wajib. Nak buka buku je, mesti jadi lemah. Nak buka buku je, mesti mengantuk. Tak ada semangat. Tapi, tak semua buku. Bila melibatkan fizik, kimia terutamanya. Kenapa? Mungkin sebab, terlalu berorientasikan peperiksaan dunia. 

Berputus asa di tengah jalan, adalah kerana kesilapan di titik mula (niat/matlamat)

Mungkin perlu refresh semula hati. Perlu kembalikan semangat dulu. Perlu kembalikan semangat untuk belajar semula. Anggaplah belajar ni bukan untuk peperiksaan. Tapi, untuk dekat dengan Allah. Untuk bangunkan umat islam. Anggaplah ini satu tanggungjawab dan bukan beban. Memang mudah nak cakap. Susah nak buat. Ringan di lidah. Berat pada perbuatan. 

Mulakan dengan jaga hubungan dengan Allah. Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga kita. Ya, jaga kita dari sifat lemah dan malas. Banyakkan berdoa kepada Allah, minta dipermudahkan segala urusan. Minta dijauhkan dari gangguan. :)

SAYA BELAJAR BUKAN UNTUK SPM SEMATA! SAYA BELAJAR BUKAN UNTUK GPS SEKOLAH!  SAYA BELAJAR BUKAN HANYA UNTUK A+! SAYA NAK, SAYA BELAJAR KERANA ALLAH! 

Saya rasa sia-sia apabila saya rasa saya hanya belajar kerana nak dapat A+ dan hanya untuk SPM. 

-------

Ya Allah, jaga hati ini. Jaga hati ini dari lemah dan malas. Jaga hati ini agar sentiasa dekat dengan Mu. Jaga hati ini agar sentiasa dahagakan ilmu Mu. Jaga hati ini agar sentiasa berusaha mencintai Mu, dengan menuntut ilmu. Jaga hati ini agar matlamat hidup saya tidak lari daripada jalanMu. Jaga hati ini, ya Allah. Hati ini berada di bawah kekuasaanMu. :)

Ya Allah, permudahkanlah.


Wassalam.
Cik arkitek.



Sunday, March 25, 2012

Adab dalam membenci.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahu. Dah pagi buta. Tak boleh nak tidur. Nak buat macam mana? Daripada termenung tak tentu pasal, baik tulis sesuatu dekat belog comot yang semakin terbiar sejak akhir-akhir ni. Tak tahu nak tulis tentang apa. Tapi, memandangkan pagi tadi baru lepas habis memikirkan tajuk lisan untuk isnin nanti, jadinya, saya berniat untuk berkongsi topik tu. 

------
Kisah ini dipetik dari kitab yang dikarang Umar Muhammad Noor, terbitan Telaga Biru. Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia. Bukan kitab sebarangan. Kitab ini menghimpunkan kisah-kisah teladan dari ulama' terdahulu. InsyaAllah, banyak ibrah (Pengajaran) yang dapat kita sama-sama ambil daripada himpunan kisah-kisah ini. Daripada banyak-banyak kisah yang dibawakan oleh penulis dalam kitab ini, saya tertarik dengan sebuah kisah yang membawa pengisian agar kita bersederhana dalam membenci.

Membela seseorang yang dicintai, adalah suatu hal yang biasa bagi kita. Tapi, membela seseorang yang kita benci, adalah suatu hal yang luar biasa. Lebih-lebih lagi dalam realiti kehidupan hari ini. Kebiasaannya, kebencian disertai dengan dendam yang membara. Dan apabila seseorang yang kita benci itu memperoleh sesuatu keburukan, itu adalah kegembiraan buat kita. Namun, sejarah ada mencatatkan kisah seorang tokoh yang berhati mulia. Mengetepikan kebencian, demi untuk menegakkan kebenaran.

Kisah ini berlaku di Mesir, dan melibatkan dua orang tokoh besar, Ibnu Binti al-A'az dan Ibnu Daqiq al-'Ied. Kedua-dua ulama' ini mempunyai perhubungan yang kurang baik yang disertai kebencian atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan oleh penulis dalam kitab ini. Diceritakan, suatu hari Ibnu Binti al-A'az telah melakukan satu kesalahan yang tidak dapat dimaafkan oleh sultan dan wazir. Keadaan ini mendorong mereka untuk membuat tuduhan palsu ke atas Ibnu Binti al-A'az agar Ibnu Binti al-A'az dihukum bunuh. Tuduhan tersebut adalah, mengatakan bahawa Ibnu Binti al-A'az telah murtad. Tuduhan tersebut seterusnya ditulis di atas selembar surat untuk diedarkan kepada tokoh-tokoh besar Mesir untuk ditandatangani sebagai tanda persetujuan. Seorang demi seorang menandatangani surat tersebut. Ibnu Daqiq al-'Ied merupakan tokoh terakhir yang menerima surat tersebut.



Beliau membaca isi kandungan surat tersebut satu persatu dan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sama ada mahu menurunkan tandatangan beliau sebagai tanda persetujuan untuk menghukum mati Ibnu Binti al-A'az. Sekiranya kita berada di tempat beliau, mungkin sekali kita melihat ruang ini sebagai peluang untuk kita membalas dendam dan melenyapkan orang yang kita benci untuk selama-lamanya. Tetapi, adalah sebaliknya bagi Ibnu Daqiq al-'Ied. Beliau mengambil keputusan untuk tidak menurunkan tandatangan dan menyatakan "tidak halal bagi ku untuk menandatangani surat ini.." Beliau turut mengatakan bahawa "Aku tidak akan ikut serta membunuh seorang muslim."

-------

Inilah dia. Apabila hati tunduk kepada tuntutan Allah, dan bukannya tuntutan nafsu. Mengetepikan kebencian untuk menegakkan kebenaran. Melaksanakan keadilan. Untuk menafikan bahawa kita bebas daripada membenci seseorang, amatlah mustahil. Oleh sebab itu, islam bukan sahaja memberi garis panduan dalam berukhuwwah, malah dalan membenci juga ada garis panduannya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-maidah ayat 8.

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Q.S. AL-Maidah: 8)

Ungkapan Saidina Ali yang diriwayatkan oleh al-Hafiz ibn abi syaibah,

"Cintailah kekasihmu sekadar saja. Siapa tahu, ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Bencilah musuhmu sekadar saja. Siapa tahu, ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Hassan al-Basri juga ada menyebut:

Berpadalah dalam mencintai dan berpadalah dalam membenci. Banyak orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Banyak orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. (diriwayatkan oleh al-Baihaqi)

Siapa kita untuk membenci seseorang secara berlebihan sehingga kita menzalimi orang yang kita benci?

wallahu'alam.
wassalam.
cikarkitek.

Friday, March 23, 2012

Rindu.. :)

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lewat sangat ni untuk terus menatap skrin empat segi yang Allah pinjamkan untuk saya mencari secebis pengetahuan. Tapi, kegusaran yang bersarang di hati menyebabkan mata tidak mampu lena meski insan lain kian terbuai dengan keindahan mimpi.

Mungkin kerinduan yang menjadi punca. Mungkin juga ada permasalahan lain di sebalik kesesakan yang dialami jiwa. Mungkin juga hati ini jauh dari Penciptanya. 

---------



Ya Allah, berikan hati ini ketenangan. Ketenangan dalam mencintaiMu. Ketenangan dalam mengingatiMu. Ketenangan dalam usaha meraih redhaMu. 

Ya Allah, sesungguhnya, diri ini tidak mempunyai kekuatan untuk terus bangkit, melainkan dengan kudrat pemberianMu, dengan rahmatMu, dengan kemurahanMu untuk hambaMu. 

Ya Allah, saat hati ini merindukan makhluk ciptaanMu, ingatkan hati ini akan hakikat sebenar kehidupan, sebagai tempat menyemai kerinduan buat Pencipta.

Ya Allah, saat hati ini teringin untuk dibuai dengan kata-kata cinta, ingatkan hati ini bahawa ada kalimah cinta agung yang sudah tersedia untuknya, kalamullah. Kalam cinta Pencipta untuk makhlukNya.

Ya Allah, saat hati ini ingin mengenal cinta, ingatkan hati ini kisah cinta kekasih Mu, junjungan mulia, Rasulullah khatimul anbiya'.

Ya Allah, bantu hati ini untuk meraih cintaMu. Untuk meraih RedhaMu. Untuk meraih kelazatan bermunajat kepada Mu. 


wassalam.
cik arkitek

Thursday, February 16, 2012

Sampaikanlah salam... (sambung sendiri)

Photobucket

Bismilahirrahmanirrahim..

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Orang menganggap salam itu cuma perkara enteng. Perkara mudah. Perkara remeh yang tidak membawa sebarang kesan dalam seluruh kehidupan kita. Itu kata kita. Hakikatnya, salam itu salah satu wasilah untuk mengeratkan silaturrahim. Salam itu kebaikan. Salam itu juga satu sedekah. 


"Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah mengampunkan dosa kedua duanya.’ (Riwayat Abu Daud)



"Bagi salam pada mereka yang tidak kenal, nanti mereka fikir kita ada niat lain.."

Ya, mungkin payah untuk kita ubah persepsi yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat hari ini. Jarang sekali untuk mengucapkan salam, melainkan sesama mereka yang kita kenali. Beginilah, apa salahnya, kita mulakan dengan situasi-situasi kecil yang sering kita hadapi seharian. Apabila kita ke klinik, ucapkan salam kepada doktor ataupun pembantu perubatan yang bertugas. Apabila kita berurusan di Bank, ucapkan salam kepada pegawai yang sedang berurusan dengan kita. Dalam kata mudahnya, ucapkan salam kepada orang yang kita berurusan dengan mereka. Inilah satu bentuk praktikal mudah. Semarakkan salam. Salam itulah yang membezakan kita dengan mereka yang bukan islam. Kita ada ucapan khusus untuk kita ucapkan sesama islam, tapi kenapa kita tidak amalkannya?

"Seganlah.."

Tidak perlu segan. Kita bukan buat jahat. Sebab itu, saya sarankan untuk kita agar mulakan ucapan salam kepada orang yang kita berurusan dengan mereka. Dan lagi, kenapa perlu segan, sedangkan kita ini saudara seakidah. Kita sama. Salam inilah salah satu wasilah untuk menjadikan ukhuwwah kita kukuh. 

"Penting sangat ke untuk kukuhkan ukhuwwah tu?"

Penting. Tengok keadaan kita hari ini, umat islam tiada jati diri. Umat islam tiada kesatuan. Berbalah dalam hal remeh. Ukhuwwah yang kukuh, yang benar terjalin atas nama persaudaraan keimanan sahaja yang mampu menyelamatkan kita. Lihat ketika zaman Rasulullah. Bagaimana kesanggupan kaum ansar membantu golongan muhajirin yang sehelai sepinggang. Kita boleh perbaharui ukhuwwah kita, persaudaraan kita dengan salam. 

"Itu zaman rasulullah..."

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Siapa lagi kita nak ikut kalau bukan Rasulullah dan sahabat baginda? Tepuk dada tanya iman.


Wallahua'lam.
Wassalam..
Cik Arkitek

Tuesday, January 24, 2012

Allah yang pertama!

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba, di tengah malam yang tak berapa nak tengah malam dan tak berapa nak sunyi ni, teringin nak berkongsi dengan sesuatu yang saya peroleh daripada pembacaan dalam buku motivasi yang dikarang oleh Hilal Asyraf. Kembara Hamba Mencari Cahaya. Ya, ini memang bukan buku latest Hilal Asyraf. Ada sesuatu yang mencuit hati saya untuk sama-sama berkongsi kisah ini. Sebenarnya, banyak lagi. Tetapi, cukuplah sekadar kisah yang ini dulu untuk saya kongsikan.

....

Diceritakan pada suatu zaman, serigala telah menjaga biri-biri dan tidak memakannya. Sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya. Yang mana, sekiranya serigala dan biri-biri saling berdampingan, pastinya si biri-biri akan dimakan oleh sang serigala. Itulah kebiasaannya. Zaman yang simaksudkan adalah zaman pemerintahan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz yang juga merupakan keturunan dari Khalifah Umar al-Khattab, sahabat Rasulullah. Disebutkan juga, berlakunya hal ini adalah kerana keadilan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Sejauh mana kesahihan kisah ini, tidak pula dapat dipastikan. Mungkin kisah ini merupakan suatu kiasan ataupun perumpamaan orang dahulu kala untuk menyatakan keadilan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz dalam mentadbir kerajaannya. 



Terdapat satu lagi kisah menarik semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Sifar kemiskinan. Sehinggakan tiada langsung orang yang layak untuk menerima zakat. Akhirnya wang-wang baitulmal tersebut digunakan untuk mengahwinkan lelaki yang tidak mampu berkahwin dan membebaskan hamba. Khalifah Umar Abdul Aziz ini hanya memerintah selama dua tahun. Lihat bagaimana beliau berjaya meningkatkan pentadbiran kerajaannya dalam masa yang singkat. Diceritakan juga bahawa, zaman pemerintahannya merupakan zaman yang aman dan makmur. Sehingga digambarkan sekiranya kedai ditinggalkan begitu sahaja, kecurian tidak akan berlaku.

Apabila ditanya bagaimana beliau mampu membentuk kerajaan dan rakyat yang sebegitu rupa, beliau menjawab,

"Aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah terlebih dahulu, maka Allah menyelesaikan urusanku dengan rakyat dan kerajaanku.."

Itu dia rahsianya. Selesaikah urusan dengan Allah, dan Allah akan selesaikan urusan kita. Allah adalah Penguasa alam ini. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu. Tiadalah mustahil untuk berlakunya sesuatu perkara, kalau memang sudah diizinkan olehNya. TAK MUSTAHIL. Kalau memang Allah kata jadi, maka jadilah. Allah pasti akan memudahkan urusan kita apabila kita selesaikan urusan kita dengan Allah. 



Jangan fikir urusan dunia kita tiada kaitan dengan Allah. Allah adalah yang memiliki segalanya yang ada di langit dan di bumi. Allah adalah yang menguasai hari pembalasan. Allah adalah yang memberi rezeki kepada kita. Allah adalah yang maha Melihat kita setiap masa. Allah adalah segala-galanya.

Kita datang dari Allah, kita juga akan kembali kepada Allah. Jadi? Logik ke kalau kita kata hal kita di atas dunia ni tak ada kaitan dengan Allah.

Jom selesaikan urusan dengan Allah. Insya Allah, Allah akan selesaikan urusan kita. Urusan kita akan dipermudahkan Allah. Allah akan bantu hambaNya yang sentiasa ingatkanNya.

Wassalam
cik Arkitek

Sunday, January 22, 2012

Letihnya..

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dah nak ke penghujung januari. Masih dipanjangkan umur, masih terus mampu menapak di bumiNya.  Kehidupan yang Dia beri kepada kita, bukan untuk dipersia. Tapi, untuk dimanfaatkan. Hari persekolahan, memang melelahkan. Pergi ke sekolah tika matahari belum menampakkan diri sepenuhnya. Pulangnya di petang hari, tika mentari sedang menanti saat untuk ditelan bumi. Memang melelahkan. Keluhan juga hadir saat sabar teruji. Tapi, kiranya hendak dibandingkan dengan kelelahan, kepayahan yang dilalui generasi anbiya', dan generasi sahabat, apalah sangat nilainya keringat kita itu. Sangat sedikit dan jauh sekali untuk dikatakan setahap. Kepayahan mereka lebih dari apa yang kita rasa hari ini. :) Allah berikan saya ruang dan peluang ini, untuk sama-sama kita perbaiki diri. Saya menulis hakikatnya adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri, tentang hakikat yang saya sering lupa dan abaikan.


...

Apabila kita rasa putus asa, rasa lemah untuk terus menapak, cuba renungkan kembali apa sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan kita ini. Kata ulang tayang buat ke-entah berapa kali-nya,

Berputus asa di tengah jalan itu adalah kerana berlakunya kesilapan di titik mula.

Itu bukan kata-kata saya. Tapi, kata-kata mereka yang berilmu. Ada betulnya kenyataan ini. Andainya paksi kita kukuh, di situ kita akan peroleh kekuatan apabila kita jatuh. Rasa diri ini sibuk sampai tak sempat nak rehat akan terubat sebab kita tahu kita buat semua tu untuk siapa dan kerana siapa. Rasa diri ini letih yang tak berpenghujung akan terubat bila fikir, kita akan dapat balasan yang baik dari 'dia' yang kita niatkan kerja-kerja kita.

#Siapa 'dia' itu? 
Ya, siapa 'dia' itu? Ibu bapa? Tidak. 'Dia' yang dimaksudkan, adalah Yang tidak pernah mengecewakan. Dia yang sentiasa ada untuk kita. Dia yang sentiasa membekalkan kita dengan iman, hidayah dan kekuatan untuk kita menjalani kehidupan. Dia yang sentiasa bersama kita, saat susah dan senang. Dia yang sentiasa Mendengar semua isi hati kita. Dia yang sentiasa melihat dan menilai setiap yang kita kerjakan. 

#Allah :')
Ya, Dialah Allah. Allah sentiasa ada untuk kita. Setiap apa yang kita kerjakan akan diberi balasan di sisi Allah. Walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Semua Allah akan balas.

Jadi, rasa putus asa?
Renung kembali matlamat kita.. :')

wassalam
cik arkitek.

Saturday, January 7, 2012

Melihat dunia.. :)

Photobucket

Bismilahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah, dalam kesibukan hari-hari persekolahan, Allah masih sudi memberi hari minggu sebagai ruang dan peluang untuk saya menulis sesuatu sebagai perkongsian bersama sahabat yang saya kasihi. 

Sahabat yang dikasihi,

Kehidupan kita ini cuma sementara. Sangat singkat dan hanya seketika. Dunia ini cuma persinggahan kita sebelum kita meneruskan perjalanan menuju alam sana. Alam yang abadi. Yang kekal selamanya. Dunia ini, bukan tempat kita menghabiskan masa dengan berehat, diam dan bergurau senda tanpa ada tujuan dan matlamat yang pasti. Tetapi, dunia adalah tempat kita menanam anak benih. Hasilnya akan kita tuai di akhirat nanti. 

Lihatlah dunia seperti hamparan sejadah. -Hilal Asyraf-

Sejadah. Apa yang sering kita lakukan di atas sejadah? #solat, berzikir, membaca al-quran. Ya, memang itulah rutin kita di atas sejadah. Kita beribadah di atasnya.  Begitulah yang perlu kita lakukan di atas dunia, dalam kehidupan kita ini. 

#beribadah?
Ya. Beribadah kepadaNya. Sentiasa. Kehidupan kita ini adalah ibadah. Apa sahaja yang kita lakukan, hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepadaNya. Pencipta kita. Semua yang kita lakukan, kepada apa kita niatkan setiap perbuatan kita itu, akan dinilai disisi Allah.

“ Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan baik sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya “ (Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)



Ketahuilah sahabat, kehidupan dunia ini, segala nikmat di dalamnya, setiap isi dunia adalah sementara dan bukannya kekal abadi selamanya. Suatu ketika nanti, apabila kita akan menyedari bahawa kita berada di dunia itu dalam waktu yang sangat singkat, tidak lebih daripada satu hari atau mungkin setengah hari. Sangat singkat. Semua nikmat di sekeliling kita ini, tidak ada nilai sekiranya tidak kita manfaatkannya ke jalan Allah. Bahkan, nikmat-nikmat yang tidak kita manfaatkan itulah yang akan mengheret kita ke neraka Allah. Hiburan-hiburan yang melalaikan kita, yang menjauhkan diri kita dari Allah, akan menyebabkan diri kita dimamah api neraka Allah. Di ketika itu, seandainya kita meminta untuk kembali lagi ke dunia, dan meminta untuk diberi peluang kedua, kita telah terlambat. Kita kekal di sana..

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin". 
(as-Sajadah, ayat 12)

Kalau bukan di dunia, di mana lagi..

Kita cuma ada dunia untuk kita cari bekalan. Kita cuma ada harta di dunia ini untuk kita gunakannya ke jalan Allah. Kita cuma ada peluang di dunia ini sahaja untuk kita mengabdikan diri kepada Allah. 

#Macam kena kongkong je. Dekat atas dunia ni, cari bekal, cari bekal, jangan buat kerja lain..
Itu bukan satu kongkongan. Sahabat, Allah telah menghidupkan kita di atas muka bumi ini secara percuma. Udara yang kita sedut setiap saat itu juga Allah beri percuma. Tak perlu dibayar. Allah cuma minta kita beribadah kepadaNya. Cari bekalan untuk berjumpanya. Sebab, lepas ni, Allah nak beri kita syurga. Jangan rasa hidup dengan islam, hidup dengan syariat Allah ini sebagai satu kongkongan. Sebenarnya, inilah rahmat Allah. Allah memberi kita islam. Islam bukan semata-mata agama yang menjadi amalan/ pegangan individu, tetapi satu cara hidup yang syumul merangkumi setiap aspek kehidupan, perhubungan-kekeluargaan,kejiranan, persahabatan, ekonomi, perundangan dan banyak lagii.. :) Inilah sistem kehidupan yang paling teratur. Kerana sistem ini bukan manusia yang cipta, bukan dari daya pemikiran manusia yang cetek. Tapi, sistem ini adalah aturan Allah. Allah yang telah mencipta manusia.

Buatlah sebarang pekerjaan. Lakukanlah sebarang perbuatan. Asalkan bertepatan dengan syariat danniatkanlah apa yang kita laksanakan itu, apa yang kita kerjakan itu semata-mata untuk Allah. :)

"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam.." 
(Surah-an'am, ayat 162)

Wallahu'alam..
Wassalam,
cik Arkitek.