Tuesday, June 30, 2009

Hadis 1

Dari Aisyah r.a katanya,
dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar.
Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk.
Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?
Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”
Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat
di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

[Hadis Riwayat : Muslim]

Semoga dapatlah kita sampaikan setiap
ilmu yang kita peroleh...
insya-ALLAh..
wassalam.. :)

No comments:

Post a Comment