Monday, March 26, 2012

Banyak sangat vitamin M!

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Entah kenapa, sejak dua menjak, tiga menjak ni, penyakit M tu macam menyerang dan tak nak pergi. Dah cuti lama sangat ke? Bukan setakat penyakit M semakin menular. Vitamin M pun macam dah jadi 'makanan tambahan' wajib. Nak buka buku je, mesti jadi lemah. Nak buka buku je, mesti mengantuk. Tak ada semangat. Tapi, tak semua buku. Bila melibatkan fizik, kimia terutamanya. Kenapa? Mungkin sebab, terlalu berorientasikan peperiksaan dunia. 

Berputus asa di tengah jalan, adalah kerana kesilapan di titik mula (niat/matlamat)

Mungkin perlu refresh semula hati. Perlu kembalikan semangat dulu. Perlu kembalikan semangat untuk belajar semula. Anggaplah belajar ni bukan untuk peperiksaan. Tapi, untuk dekat dengan Allah. Untuk bangunkan umat islam. Anggaplah ini satu tanggungjawab dan bukan beban. Memang mudah nak cakap. Susah nak buat. Ringan di lidah. Berat pada perbuatan. 

Mulakan dengan jaga hubungan dengan Allah. Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga kita. Ya, jaga kita dari sifat lemah dan malas. Banyakkan berdoa kepada Allah, minta dipermudahkan segala urusan. Minta dijauhkan dari gangguan. :)

SAYA BELAJAR BUKAN UNTUK SPM SEMATA! SAYA BELAJAR BUKAN UNTUK GPS SEKOLAH!  SAYA BELAJAR BUKAN HANYA UNTUK A+! SAYA NAK, SAYA BELAJAR KERANA ALLAH! 

Saya rasa sia-sia apabila saya rasa saya hanya belajar kerana nak dapat A+ dan hanya untuk SPM. 

-------

Ya Allah, jaga hati ini. Jaga hati ini dari lemah dan malas. Jaga hati ini agar sentiasa dekat dengan Mu. Jaga hati ini agar sentiasa dahagakan ilmu Mu. Jaga hati ini agar sentiasa berusaha mencintai Mu, dengan menuntut ilmu. Jaga hati ini agar matlamat hidup saya tidak lari daripada jalanMu. Jaga hati ini, ya Allah. Hati ini berada di bawah kekuasaanMu. :)

Ya Allah, permudahkanlah.


Wassalam.
Cik arkitek.



No comments:

Post a Comment