Tuesday, October 11, 2011

Sayunya nasib bangsaku


Oh alangkah sayunya hatiku
Bila aku melihatkan bangsaku
Kasih sayangnya sudah musnah
Perpaduan sudah punah ranah
Bahkan berlaku di dalam bangsaku
Pergaduhan dan tipu menipu
Kasih sayang sudah tidak lagi dipeduli
Masing-masing hidup cara sendiri

Alangkah malang bangsaku
Cuba bersatu tapi tidak mampu
Malah makin menjauhkan antara satu sama lain
Kerna kita hanya tahu menggunakan akal semata
Tuhan tidak dibawa bersama
Tuhan tidak diambil kira

Sebenarnya kunci segalanya
Bila kita mencintai Tuhan
Cintakan Tuhan perpaduan dan kasih sayang
Pasti Tuhan segera mewujudkan

Oh marilah,kita semua menyintai Tuhan kita
Agar bangsa dan juga negara bersatu dan berpadu semula
Ampunan Tuhan menaungi bumi Tuhan dirahmati
Kasih sayang berbunga semula
Semua insan hidup berharmoni

Wahai Tuhan datangkan segera
Penyelamat bagi kami semua
Menyatukan bangsa dan juga negara
Semoga hidup aman bahagia

*******
Inilah hakikat bangsa kita hari ini. Berbalah kerana kuasa, pangkat dan harta, sehingga mengenepikan ukhuwwah islamiyah; persaudaraan sesama muslim. Setiap perbezaan bukan diraikan malah mahu mencari siapa yang benar dan siapa yang salah. Saling menuding jari mencari siapa yang salah, & bukannya mencari penyelesaian. Itulah bangsa kita. Kita mengatakan kita muslim, tapi setiap pembawaan diri seorang muslim dalam kehidupan kita ketepikan. Secara ringkasnya, hal ini terjadi boleh jadi kerana tiada CINTA untuk PENCIPTA, niat yang tidak telus & IKHLAS semata-mata kerana Allah, kerana mencari redha Allah, tetapi adalah sebaliknya, semua tindakan hanya untuk kepentingan dunia! Sehingga sanggup menegakkan benang yang basah untuk kekal dengan pangkat dan kuasa. Sampai bila kita akan terus begini?
Tepuk dada, tanya iman, refleksi minda, ambil tindakan :)

No comments:

Post a Comment