Thursday, November 3, 2011

HAJI: Perjalanan menuju Illahi

Assalamualaikum..


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Alhamdulillah, hari cik Arkitek dah habis exam. Dapatlah fokus balik dengan belog, kann... Tak lama lagi wukuf di Arafah. Kemuncak ibadah haji. Jadinya, cik Arkitek terlintas nak tulis tentang HAJI. Sebuah perjalanan menuju Illahi. Lebih-lebih lagi, hari weekend  yang lepas, cik Arkitek ada pergi kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Long Chik*kalau tak silap. Beliau menjadikan haji sebagai perkara asas untuk sesi tersebut. Itu yang cuba cik Arkitek kongsikan hari ini. Okey? Sebelum tu, jom like page ni!

Langsung dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. =)

Untuk bercerita panjang tentang HAJI, cik Arkitek masih terlalu muda dan tiada pengalaman. Cik Arkitek hanya nak kongsi sedikit sebanyak yang cik Arkitek tahu dari mereka yang lebih berpengalaman. =) Kita mulakan dengan pengisian Ustaz Long Chik di kuliah subuh weekend lepas. Kita jangan pernah anggap kita dapat sampai ke tanah suci, kita dapat menunaikan haji dan umrah kerana duit kita, kerana kekayaan kita, kerana kesihatan kita. Tetapi, kita sampai di tanah suci, kerana Allah yang memilih kita untuk sampai ke sana. Ada orang yang dapat pergi tiap-tiap tahun. Ada orang dapat pergi sekali seumur hidup. Ada orang dapat pergi lima tahun sekali. Allah yang pilih. Kita jangan rasa kehebatan diri kita, kehebatan usaha kita dan kekayaan kita yang membawa kita ke tanah suci. Memang benar kita semua berusaha. Tapi, kalau Allah tak izin, biarlah kita punya harta segunung pun, kita takkan mampu untuk sampai ke sana. Jangan rasa hebat dengan diri sendiri. Kita takkan mampu untuk lindungi diri kita dari syaitan tanpa bantuan Allah. Sebab itu, Allah ajar taawuz/lafaz isti'azah pada kita: Aku berlindung DENGAN ALLAH dari syaitan yang direjam. Tanpa kuasa Allah, izin Allah, kita takkan mampu untuk gerakkan sendi-sendi kita, kita takkan mampu bernafas, kita takkan mampu berkata-kata, kita takkan mampu melihat apatah lagi membawa diri ke Baitullah. Kita takkan mampu kalau Allah tak pilih kita, kalau Allah tak izinkan. Tapi, ini bukan penyebab kita menjadikan alasan untuk kita tidak berusaha. Kita perlu berusaha supaya Allah pilih kita.

Dalam hati kita cuma akan ada salah satu, Allah atau ghairullah (bukan Allah-dunia)

Anggaplah perjalanan Haji itu sebagai perjalanan menuju Illahi. Yang mana, berpisahnya dengan keluarga dan kampung halaman umpama kita tidak akan  bertemu lagi dengan mereka. Pergi selamanya. Anggaplah pakaian ihram yang membaluti tubuh kita umpama kain kafan yang membaluti jasad kita nanti. Anggaplah kenderaan yang kita naiki umpama keranda yang mengusung kita ke tanah perkuburan. Anggaplah setiap permasalahan dalam perjalanan umpama munkar & nakir yang menyoal di dalam kubur. Anggaplah binatang berbisa yang kita temui di jalan umpama Ular dan kala Jengking yang menjadi peneman kita di dalam kubur. Wallahu'alam.

Sebelum terlupa, SALAM AIDIL ADHA. 



wassalam, 
cik Arkitek

No comments:

Post a Comment