Thursday, November 10, 2011

Saya tak pergi sekolah?

Assalamualaikum,..

Alhamdulillah. Ada ruang lagi nak menulis dekat belog buruk ni. Hari ni tak pergi sekolah. Seronoklah ber-Tutorial bagai, kann? Esok sekolah, ya! Tajuk tiada kaitan dengan entri. Kali ini, cik Arkitek yang telah ponteng sekolah ni, nak bebel tentang satu tabiat murid-murid sekarang*tentunya cik Arkitek pun tidak ketinggalan. Sebab cik Arkitek cuma seorang manusia biasa yang buat silap, kann? Tahu tak apa? tahu takk?

M E N G U M P A T  G U R U

Serius, benda ni bukan luar biasa. Murid-murid sekarang macam tulah*terasa. Manusia mana yang tak buat silap, kann? Sekali cikgu tu tunjuk kesilapan, kelemahan dia, satu dunia murid tu canang cerita tentang guru tu. Manusia, kann. Tak puas hati je, semua yang cikgu tu buat diungkitnya. Sampai cik Arkitek pernah jumpa ada manusia-manusia yang panggil cikgu dengan nama je. Sama taraf dengan kawan tu.*InsyaAllah, yang tu cik Arkitek tak buat.

Untuk apalah kita umpat cikgu tu macam-macam. Sia-sia. Bukannya kita dapat apa-apa pun. Dosa mengumpat adalah. Ilmu yang cikgu tu bagi pada kita pun jadi tak berkat. Semuanya balik ada diri kita. Keburukannya, diri kita yang dapat. 

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :
"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".
Hadis riwayat Abu Daud.

Nak ke kita makan daging saudara seislam sendiri. Tahupun, tak nak. Tapi, kita dah lakukannya pun dengan cakap belakang, mengumpat. Kita perlu sedar, kedudukan seorang guru itu tinggi dalam islam. Menghormati guru itu tuntutan ke atas kita.


“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Kita juga tak boleh menolak dan menafikan bahawa guru juga berbuat kesalahan. Apabila seorang guru itu melakukan kesalahan, adalah lebih baik untuk kita mendoakan kebaikan atasnya berbanding dari kita memburuk-burukkannya kepada orang lain. Berusahalah dengan usaha yang halus untuk menegur kesilapan seorang guru. D O A yang paling utama. Itu senjata kita. Senjata istimewa orang islam, walau dalam sekecil-kecil mahupun sebesar-besar perkara. Tepuk dada, tanya iman, refleksi minda dan ambil tindakan :)

p/s: saya sayang cikgu saya :)
wassalam,
cik Arkitek

No comments:

Post a Comment