Sunday, December 18, 2011

Tentang SAHABAT :)

Photobucket


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sayang kawan saya.
Waktu yang dah berlalu takkan mampu untuk kita ulang buat kedua kalinya. Seumur hidup itulah satu-satunya detik yang membawa cerita itu. Takkan pernah ada ulang tayang. Kalau pun berulang lagi, segalanya pasti sudah berbeza. Umur semakin meningkat, dan pemikiran yang semakin matang. Insya Allah :)

....

Persahabatan. Mudah dilafazkan. Kadang-kadang ungkapannya tanpa diiringi kasih dan janji yang terpateri keranaNya. Kosong. Tiada pengertian. Tiada pengikat sejati. Sedangkan, persahabatan adalah harta yang paling berharga. Lihat sejauh mana pengorbanan Abu Bakar As- Siddiq demi sahabatnya, yang juga kekasih Allah. Di saat insan lain mengingkari kata-kata baginda, Abu Bakar membenarkan. Itulah dia keimanan yang mengikat ukhuwwah. Ukhuwwah mereka terhubung dengan tali Allah. Persahabatan, ukhuwwah, perhubungan yang cuma mencari redha Allah semata-mata, tanpa menjadikan material sebagai landasan utama.

Persahabatan yang indah keranaNya tidak perlu untuk saling temu. Persahabatan kerana Ilahi, akan sentiasa hidup dengan doa. Saling mendoakan yang terbaik buat si sahabat. Sahabat yang tidak jemu mengingatkannya tentang hakikat kehidupan yang sementara. Sahabat yang tak pernah lesu dari mengucapkan matlamat utama sebuah kehidupan di atas muka bumiNya.

"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam." Surah al-An'am, ayat 162

Itu dia tujuan hidup kita. Semuanya semata-mata kerana Allah. Hidup ini keranaNya. Kerana mencari redhaNya. Sahabat terbaik adalah yang mampu mengingatkan kita tentang hakikat ini, dan bukannya mengajak kita untuk menjauh dari matlamat sebenar kehidupan ini.


....

#Maksudnya, kita kena kawan dengan orang yang baik-baik je?
Memanglah kita disuruh untuk bersahabat dengan mereka yang baik-baik. Kan, sahabat yang baik diumpamakan seperti si penjual minyak wangi. Kalau bersahabat dengan si penjual minyak wangi, wangian akan melekat pada diri kita. Sebaliknya kalau kita bersahabat dengan seorang tukang besi. Kita akan terkena tempiasnya, sama ada baju kita terbakar, atau kita berbau busuk. Sabda Rasulullah:

Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

#Kalau dah semua orang berkawan dengan orang yang baik-baik, siapa nak berkawan dengan orang yang kurang baik? Siapa yang nak betulkan mereka?
Kitalah. Kita bersahabat dengan orang yang baik-baik untuk tarbiyah diri kita, kemudian kita dekati mereka, tunjukkan qudwah yang baik. Dan, yang paling penting, doakan mereka. Sebab, Allah yang membolak balikkan hati manusia. Tanpa izin Allah seseorang itu tak akan beroleh hidayah Allah.

#Kalau kawan kita buat salah, buat dosa, kita tak mampu nak tegur dengan tangan dan lisan, kita kena benci dalam hati kann?
Ya, tapi bukan si pelaku dosa yang kita benci. Dosa yang dilakukan tu yang kita benci. Kita jangan sisihkan si pelaku dosa. Sebaliknya, kita berusaha apa yang kita mampu untuk betulkan mereka. Jangan menghukum mereka, tapi fahamkan mereka. Sekali lagi, doa-lah senjata kita. :) Jadikan proses ini sebagai satu tarbiyah untuk diri  kita juga.

Sharing is caring. Jangan lupa baca :)
Teman Baik-Fatimah Syarha

Hadith Nabi : 

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)



"Uhibbukumfillah." :)
wassalam,
wallahua'lam
cik arkitek

No comments:

Post a Comment